Dapatkan Koleksi Pereka Fesyen Terkenal tanah air di www.nakbeli.com.my

Koleksi 6 pereka fesyen kini di NAKBELI.COM.MY

Anda peminat pakaian berkualiti  dari pereka fesyen dengan harga mampu milik ? Haa ni I nak perkenalkan laman web www.nakbeli.com.my dimana anda boleh dapatkan Koleksi Pereka Fesyen Terkenal di laman talian milik hurr.tv yang menampilkan pereka fesyen terkenal termasuklah Rizman Ruzaini, Carven Ong, Jo Disaya, Maatin Shakir, Justin Yap dan Syomirizwa Gupta menerusi hurr.tv x Designers Series.

Sejak tahun 2016, platform berkenaan telah menjadi perhatian pembeli bagi koleksi barangan ‘pre-loved’ daripada Instafamous antaranya Sharifah Rose, Nisha Ezzati, Itsrosenicotine dan Sarancak. Nak Beli dahulunya dikenali sebagai Beli@hurr bukan nama asing dalam platform beli-belah dalam talian Malaysia. Aksesori serta jenama penjagaan wajah dan kulit MUCA juga diletakkan di bawah platform sama sekaligus menjadikan Nak Beli sebagai ‘one-stop centre’ pilihan bagi mendapatkan produk ‘top to toe’ dengan harga yang berpatutan.

Sejumlah 114 rekaan berkenaan kini boleh didapati dengan harga istimewa serendah RM139 bagi pembeli yang mendapatkannya secara eksklusif di platform Nak Beli dengan diskaun sehingga 50%. Promosi ini akan tamat pada 5 April 2020. Kesemua enam pereka fesyen hebat berkenaan telah mempamerkan koleksi rekaan terbaik mereka menerusi pertunjukan fesyen khas yang diadakan di restoran Vogue Lounge, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Koleksi Rizman Ruzaini


Dapatkan koleksi khas mereka di platform Nak Beli yang antaranya sesuai digayakan di waktu santai mahupun pada acara rasmi dimana acara majlis. Tidak boleh dilupakan juga adalah rekaan kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia 2016 bertemakan Menara Berkembar KLCC dan segmen khas telah dimulakan dengan pereka fesyen Rizman Ruzaini. Duo pereka fesyen ini amat disegani dengan label mereka digayakan artis terkenal Malaysia antaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Fazura dan Amyra Rosli.


Koleksi Carven Ong


Musim perayaan Tahun Baru Cina selalunya menggunakan warna merah dalam setiap rekaan untuk menjadi tumpuan pada setiap majlis yang dihadiri ini juga telah diperagakan dalam filem 'Crazy Rich Asian' sebagai baju perkahwinan dalam filem ini oleh pereka fesyen Carven Ong pada satu ketika lali mendapat perhatiaan menerusi kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia 2019.


Koleksi Jo Disaya


'Street Wear' rekaan oleh Jo Disaya, Mercedez Bens Most Promising Designer 2017 pula tampil dengan elemen 'sophisticated' namun lebih santai yang menyerlahkan aura seronok bagi si pemakai.


Koleksi Maatin Shakir


Boho-chic adalah inspirasi yang sesuai untuk para gadis masa kini telah dipelbagaikan dengan penuh kreativiti disamping menerapkan cetakan etnik dalam rekaan Maatin Syakir yang tampil secara sulung pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2014.


Koleksi Justin Yap


Koleksi Justin Yap pernah digayakan oleh pelakon Scha Al-Yahya dan Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh. Koleksinya yang direka khusus bagi mereka yang ingin tampil elegan, anggun dan mewah.


Koleksi Syomirizwa Gupta


Koleksi Syomirizwa Gupta seharusnya menjadi tumpuan pembeli untuk dimiliki kerana terkenal dengan rekaannya yang sering bermain dengan warna terang serta out of the box.



Berikut adalah pautan untuk melihat koleksi rekaan yang ditawarkan di Nak Beli:
Rizman Ruzaini - https://nakbeli.com.my/collections/rizman-ruzaini
Carven Ong - https://nakbeli.com.my/collections/carven-ong
Jo Disaya - https://nakbeli.com.my/collections/jodisaya
Maatin Shakir - https://nakbeli.com.my/collections/maatin-shakir
Justin Yap - https://nakbeli.com.my/collections/justin-yap
Syomirizwa Gupta - https://nakbeli.com.my/collections/syomirizwa-gupta

Beberapa pereka fesyen tempatan lain akan ditampilkan dari semasa ke semasa. Koleksi rekaan pereka fesyen tempatan ini mendapat sokongan Restoran Vogue Lounge, Kuala Lumpur menerusi pertunjukan fesyen ‘Vogue Lounge x Fashion Designer Series’ yang diadakan setiap bulan di restoran tersebut yang terletak di aras 38, Menara SuezCap, Bangsar South.  Sekiranya anda ingin hadir dan melihat sendiri koleksi yang ditampilkan, sila ikuti kemaskini Vogue Lounge di Instagram atau Facebook dan lakukan tempahan.

Bagi mendapatkan inspirasi penataan, anda boleh ke laman web, YouTube, atau muat turun aplikasi
telefon pintar hurr.tv di Google Play atau App Store untuk melihat episod khas Nak Beli. Untuk
maklumat terkini, ikuti Nak Beli di Instagram.

WebsiteFacebookYouTubeInstagramTwitter

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com