Mid Autumn Festival @ Sunway Putra Mall




Mid Autumn Festival @ Sunway Putra Mall [ 1000+ Tanglung di 'Main Concourse Sunway Putra Mall' ] 60ft Terowong Tanglung menghiasi di sepanjang perjalanan ruangan utama di Sunway Putra Mall yang menjanjikan pengalaman 'INSTA-WORTHY' di setiap penjuru. Setiap tanglung direka dan dihiasi dengan kreativiti pelajar di Malaysia dan dibuka kepada orang awam pelbagai bangsa. Semua yang hadir dapat tanglung dan kek bulan. WOHOO... #journeyoflanterns #sunwayputramall #midautumnfestival #Malaysia #Lanterns #beautyblogger #BloggerMalaysia #lifestyleblogger #clozette #journeyoflanterns #sunwayputramall

Festival pertengahan musim luruh telah menjadi sambutan perayaan di negara Asia pada 14 September. Sunway Putra Mall telah mengadakan majlis ulang tahun sambutan Lantern Parade yang telah mengumpul lebih dari 800 peserta dari mereka yang hadir di situ.

Peserta yang telah berkumpul di ruangan utaman dalam Sunway Putra Mall telah menerima lebih dari seribu tanglung yang berwarna dan unik direka dan dihias oleh pelajar dan komuniti yang mengambil bahagian untuk dekorasi di dalam pusat membeli-belah pada tahun ini. Perbarisan kali ini telah disertai oleh 200 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit (YCK), Rainbow Home, HiiChiiKok Foundation Home for children, Persatuaan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan, Rumah Charis together bersama pelajar dari National Autism Society Malaysia ( NASOM) dan PPKI SMK Sentul Utama, semasa perbarisan, pusat membeli-belah Sunway Putra Mall turut memberi tanglung dan kek bulan percuma kepada semua peserta.

Satu Negara, satu bangsa, bangsa Malaysia adalah slogan yang kukuh untuk membawa mereka yang berbilang bangsa menjadi satu ketika berlangsungnya majlis tersebut.

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan dari drum perfomance, dragon dance by Ling Sheng Gong Lion dan Dragon Dance Selangor Association, persembahan yoyo cina oleh 12 cc Diabolo team dan pelbagai lagi.

Terdapat juga pertandingan pakaian kostum terbaik untuk kanak-kanak berumur dari 4 - 12 tahun, pemenang memenangi hadiah menarik ditaja oleh Toy World.

Tanglung tercantik dari 100 peserta juga telah memenangi hadiah baucer Sunway Lagoon RM300 yang telah diundi di facebook.

Tahniah kepada semua pemenang dan harap acara seperti ini akan diadakan lagi pada tahun akan datang.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com