Kempen kembali ke sekolah Faber-Castell untuk pupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak

Trinity Community Children’s Home
 Faber-Castell Malaysia melancarkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’ tahun ini dengan tumpuan memupuk kreativiti dan imaginasi kanak- kanak. Syarikat tersebut percaya bahawa ini akan merangsang perkembangan otak di kalangan anak-anak kecil.

Acara pelancaran kempen Kembali ke Sekolah ini juga menyediakan persembahan 24 orang kanak-kanak, berumur dalam lingkungan empat hingga 16 tahun dari Trinity Community Children’s Home. Rumah kebajikan tersebut juga diberi tajaan bekalan alat tulis setahun oleh Faber-Castell Malaysia untuk memenuhi program tanggungjawab sosial korporat.

Maskot lelaki bernama Bernard manakala maskot perempuan bernama Cassandra
Kempen Kembali ke Sekolah tahun ini bertema Castle Heroes, yang menampilkan watak lelaki bernama Bernard dan watak perempuan yang bernama Cassandra. Kedua-dua watak Castle Heroes ini akan memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi mereka dalam mengatasi halangan dan cabaran.

Persembahan dari karakter budak-budak sekolah dan maskot Faber Castell di Kidzania sebagai pembuka acara


Menurut Andrew Woon, Pengarah Urusan A.W Faber-Castell Malaysia Sdn Bhd, pilihan produk alat-alat tulis yang tepat adalah faktor penting yang akan menyumbang kepada perkembangan otak anak-anak kecil. “Set alat-alat tulis yang baik akan mempertingkatkan pengalaman pembelajaran mereka serta meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Contohnya, pensel Tri-Grip dan Grasp Crayon direka khas untuk penggunaan yang selesa supaya kanak-kanak suka menggunakannya dan membangkitkan minat mereka untuk belajar,” kata Woon.


Sempena pelancaran kempen Kembali ke Sekolah, empat set Castle Heroes yang memberikan inspirasi telah diperkenalkan. Set-set tersebut merangkumi set keperluan sekolah yang lengkap dengan alat-alat yang diperlukan untuk kegunaan di sekolah, set melukis yang termasuk satu set kad lukisan kreatif, set pensel mekanikal dan satu set pemadam yang mengandungi 3 pemadam.


Selain daripada set Castle Heroes, Faber-Castell Malaysia juga memperkenalkan beberapa set Kembali ke Sekolah, set-set promosi dan set hadiah yang ideal untuk dijadikan hadiah di musim cuti ini. Antaranya termasuklah produk-produk baharu yang inovatif seperti Buku Mewarna realiti terimbuh (AR) ‘Colour to Life’ dengan Connector Pens; My Colour Companion First Grasp Crayons dengan sebuah buku mewarna – dihasilkan khusus untuk anak-anak kecil berusia tiga hingga empat tahun; dan juga pensel Tri-Writing Colour Design berbentuk tiga segi yang menarik, yang amat sesuai untuk menulis dan melukis.

Berdasarkan kualiti serta kesungguhan penyelidikan dan ketabahan jenama Jerman, Faber-Castell telah menghasilkan produk rekaan ergonomik. Dengan produknya, matlamat Faber- Castell ialah untuk menawarkan pengalaman kreatif yang akan memberikan keseronokan dan inspirasi kepada pelanggan.


‘Colour to Life’ adalah aplikasi digital yang terkini dari Faber-Castell Malaysia untuk membawa kemajuan dalam aktiviti mewarna dan melukis. Set ini termasuk buku pewarna, set warna Connector Pens dan app hidupkan watak-watak buku dengan pewarna. Buku pewarna Augmented Reality (AR) ini adalah yang pertama seumpamanya yang dihasilkan oleh syarikat alat tulis.


Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik bagi para pelanggan, Faber-Castell Malaysia juga bekerjasama dengan KidZania untuk menawarkan diskaun istimewa bagi tiket masuk ke KidZania dengan pembelian pensel warna Slim-Flexi atau pensel warna Watercolour Faber-Castell. Dengan setiap resit pembelian, pelanggan layak membeli sehingga empat tiket dengan diskaun 35 peratus dari 1 November hingga 31 Disember 2019 dan diskaun 40 peratus dari 1 Januari hingga 31 Mac 2020. Di samping itu, satu peraduan mewarna yang dianjurkan oleh Faber-Castell juga akan berlangsung dari 1 hingga 30 November 2019, di mana lembaran pewarna boleh didapati dari KidZania atau dengan memuat turun dari Facebook Faber-Castell Malaysia.

Sempena kempen Kembali ke Sekolah tahun ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk memupuk kreativiti yang disediakan untuk orang ramai, seperti peraduan ‘Spot, Snap and Win’ serta aktiviti mewarna di lokasi dan bengkel kreatif Tack-It di lokasi beli-belah terpilih di seluruh negara.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia, orang ramai boleh log masuk ke laman Facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/

2 comments :

  1. Kempen ini sesuai dengan kanak-kanak yang akan pergi ke sekolah minggu depan! Sebenarnya saya juga harap sis akan membuat review untuk kempen huose furninshing seperti cat bilik air, feature wall dan lain-lain lagi sebab saya ingin membaharui rumah saya. Keep writing!

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com