Sambutan Hari Jadi Dr Zyro Wong Bertemakan Mitos Oriental & Lagenda


Tema Hari Jadi Yang Penuh Lagenda

Minggu lepas I berkesempatan menghadiri majlis sambutan hari jadi Dr Zyro Wong yang bertemakan mitos oriental dan lagenda. Cerita mitos seperti cerita Chun Li, My fair princess kalau you all ingatlah.. masa I kecil-kecil dulu I selalu tengok cerita mitos macam ni, seronok bila dapat menghadiri majlis sambutan macam ni tau..apa pun Selamat Hari Jadi I ucapkan buat Dr Zyro Wong semoga sentiasa berjaya pada masa akan datang. Majlis kali ni lebih daripada 200 tetamu termasuklah selebriti, media dan blogger di Plaza Arcadia Desa Parkcity.. satu-satunya majlis yang paling lama I pernah hadiri dari petang sampai ke tengah malam...

Jumpa Chun Li depan mata, baju I sama warna dengan Chun Li..

Dr Zyro Wong kostum yang pertama diperagakan

Antara tetamu yang memakai pakaian mengikut tema
 Tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Jadi Dr Zyro Wong 

Antara tetamu yang hadir ialah Amber Chia, Happy Pola, Xavier (HK), Fara Dolhadi ( Asia Got Talent 2019), ahli perniagaan seperti Tan Sri James Tan, Dato' Sri Dzulkarnain, Dato' Sri Steven Tan, Tengku Normah, Dato' Anthony Cheng, Dato' Sri Vincent Tiew dan Dato Jovi Heng, Datin Maylene, Datin Geraldine, Prof Coco Alex.

Uish terkejut I ada juga Happy Pola in da house..

Penyanyi Simon dan Max


Penyanyi dari Asia Got Talent 2019 Fara Dolhadi

Pengumuman pemenang pakaian yang mengikut tema
Sumbangan di salurkan pada mereka memerlukan

Seronok tau sebab sambutan hari jadi ni dipenuhi dengan aktiviti yang menarik dari tarian, nyanyian dan paling penting ianya juga adalah majlis AMAL dimana segala kutipan derma akan didermakan pada mereka yang memerlukan. Sempena sambutan hari jadi Dr Zyro Wong yang ke-29, beliau berjaya membuat kutipan lebih dari RM6,000 ( RM3K ke The Kiwanis Club Of Bangsar, RM 1,000 untuk Rotary Kasih, RM1K untuk The Giving Bank dan RM1,000 untuk Gem & Bread). Salah satu usaha yang patut kita amalkan demi komuniti.

Sumbangan ke Rotary Kasih

Sumbangan ke The Giving Bank

Sumbangan ke Gem & Bread

Sumbangan ke The Kiwanis Club Of Bangsar
 Barisan penaja yang telah menjayakan majlis

Majlis sambutan Hari Jadi Dr Zyro Wong Bertemakan Mitos Oriental & Lagenda bertambah menarik apabila terdapat banyak hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh ChangJiang White Coffee dan milk tea dari Ipoh, Lip & Co, Empro Cosmetic, ePure Skincare yang menaja produk kecantikan, Boutiquinn yang menaja spekmata, dan Aaron Lim serta QVC Creative Communication. Malam tu I tak bertuah tapi bersyukur dapat menyertai sambutan majlis yang penuh lagenda ni.

Penghargaan untuk 55 Kitchen and Bar


Sekalung penghargaan untuk Smileway Dental

Penghargaan untuk EmpComm untuk iklan Billboard

Kopi dan Teh yang sangat enak dan lazat dari ChangJiang!

Wah barangan dan baucer best yang I dapat dari majlis !
Barangan yang I dapat dari Majlis Sambutan Hari Jadi Dr Zyro Wong Bertemakan Mitos Oriental & Lagenda pun BEST habis ! Terima Kasih Fei Fei Crab dan Restaurant, Smileway Dental, Vanzo Car Air Freshener, Lip & Co., ChangJiang dan  Sompoton Spa bagi baucer, tak sabar nak pergi SPA.

Apa pun Selamat Hari Jadi yang ke 29 buat Dr Zyro Wong - Semoga Panjang Umur Murah Rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat lakukan amal jariah sepanjang masa. :)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com