Ibu Nampak bergaya dengan Bag Jaeko Designs


Zaman Sekarang Ibu tetap Nak Nampak Stylo

Bila dah jadi mak orang of course suka bawa barang banyak-banyak.. ramai dah tegur tak rimas ke bawa barang banyak-banyak ni 😅 bendanya bukan rimas tapi memang dah terbiasa.. dulu bawa bag asing-asing.. bag diapers, bag botol, bag penjagaan kulit.. tapi sekarang 1 bag je muat banyak benda.. ada poket luar dan dalam.. boleh letak lebih dari 2 botol air.. bukan barang anak je muat.. mak punya makeup pun muat 🤣 recommended lah untuk mommies yang suka bawa banyak barang tapi nak nampak bergaya sama ada nak gaya silang atau gaya backpack..


Jae Ko Designs memahami kehendak Ibubapa yang ingin masa berharga bersama anak-anak

Pejam Celik Pejam celik, masa pantas berlalu sehingga kita tak sedar yang anak-anak kita semakin lama semakin meningkat dewasa.. Oleh itu dengan mengimbangi bentuk dan fungsi, butiran terperinci dengan estetika, Jaeko Design telah mereka beg kulit yang lebih praktikal untuk ibu bapa moden dengan membantu kita menjadi lebih yakin dan lebih teratur, supaya dapat memberi fokus pada perkara yang lebih penting.

Rekaan Yang Menarik menjadikan Ibu dan bapa yakin meghadapi cabaran setiap hari

Bag Jaeko ni I rekomen pada ibu dan bapa yang :

  • Suka semua benda teratur
  • Untuk bawa anak-anak berjalan jauh
  • Suka berfesyen
  • Pentingkan ciri-ciri tahan lama
Lepas ni siapa kata pakai beg diaper tak boleh nampak stylish tunjukkan mereka Jaeko Bag ni pasti semua WOW tengok beg ni, boleh jadi sling boleh jadi backpack.. lagi satu beg ni material dia pun sangat berkualiti.. nampak macam tahan lama dan kalis air tau.



Ciri-ciri Jae Ko Diaper Bag
  • Terdapat empat warna untuk mengikut warna pilihan : Hitam, Merah Jambu, Kelabu dan Biru
  • Logo plat logam emas
  • Permukaan kulit vegan yang lembut dan segar.
  • Ringan dan tahan lama.
  • Nylon kalis air bahagian dalam
  • Dimensi: 34cm x 30cm x 14cm.
  • Zip emas dan perkakasan untuk sentuhan yang bergaya.
  • Sebanyak 13 poket, termasuk poket penebat untuk botol, dan ruang poket untuk ibu di bahagian depan.
  • Termasuk tali messenger
  • Termasuk tali backpack yang boleh ditanggalkan untuk kemudahan tambahan.
  • Termasuk Tali Jae Ko - stroller
  • Termasuk Jae Ko Binky Pod untuk menyimpan pacifier atau barang lain yang lain.
Tali Lebihan untuk Sling dan Stroller

Alas tukar lampin bayi


Poket yang banyak untuk simpan barangan


Beg untuk simpan puting bayi

Tanda Nama untuk beg



Menariknya penjagaan Beg Jae Ko Design sangat mudah, hanya lap dengam kain lembab untuk permukaan nampak bersih sebab ianya tahan lama dan kalis air.




1 comment :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com