Butterfly Coachella Party @ Hearty Party



Tema Coachella anjuran The Butterfly Project kali ini telah mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan apabila ramai 'beauty blogger, influencers' serta 'vlogger' telah menyertai parti ini di Hearty Party pada 28 September 2019 yang lalu. Bermula dari 4.30 petang sehingga lewat 10 malam pelbagai aktiviti telah dijalankan dan kesemua 'butterflies' yang hadir perlu mengambil bahagian untuk memenuhi 'timeline' dan 'ig stories' dalam Instagram masing-masing.



Matahari terbenam dapat dilihat dengan jelas dari Hearty Party menandakan masa untuk menyambut tema Coachella sudah pun bermula. Paling SERONOK parti kali ni telah ditaja dengan beberapa jenama yang boleh dikatakan 'famous amos -terkenal' belaka. Nak tahu Jenama apa Jom Baca lebih lanjut lagi ;) Kita ikut turutan.



Setiap tahun The Butterfly Project akan mengadakan pertandingan pakaian yang terbaik. Macam I just keep it simple dengan memakai pakaian dress labuh ungu bercorak bunga dan rama-rama, rambut 'wavy curls' dihiasi cekak emas berdaun serta memakai boots. Beg pula I gayakan dari Sir.By.Design.

Bila dah berada dalam Hearty Party MEMANG WAJIBLAH ambil gambar/selfie di setiap sudut sebab tempat ni sangat-sangat INSTA-WORTHY habis walaupun rekaaan minimal tapi lampu-lampu menjadikan tempat di sesuai untuk berparti !



1st Thing kitaorang kena buat sebelum pukul 6.30 petang ialah tangkap gambar di Party Photobooth dengan Tagbooth. Bestnya Tagbooth ni siap ada props mengikut tema dan masing-masing boleh ber'posing' mengikut gaya mereka tersendiri. Ada juga 'boomerang' dan di'saved' dalam 'GIF.' Gambar ni semuanya boleh dihantar ke dalam email you all.



Seterusnya ialah Fesyen benda yang semua 'ladies' suka tak lain tak buka 'the bags'!!! Tema Bohemian kali ni memang bertepatan dengan koleksi pakaian dan beg dari Voir Gallery terutamanya koleksi Bae yang sangat 'colorful, ala-ala rockstar dan nampak funky trendy gitu. Sesuai juga untuk digayakan secara kasual. Beg pun menarik ada bentuk silinder macam-macam barang boleh masukkan dalam tu tau.



Althea pun ada ketika berlangsungnya parti ni, bukan sahaja kita nampak cantik tapi sambil tu kulit wajah pun sentiasa sihat bila pakai topeng wajah ni. Ada 4 jenis pilihan topeng wajah :

  • A'BLOOM WATER-ME-LONG MOISTURIZING WATERMELON MASK sesuai untuk kekalkan kulit lebih hidrat terutamanya kulit yang kering.
  • A'BLOOM SPARKLE-ME-BRIGHT BRIGHTENING LEMON LIME MASK sesuai untuk mereka yang nak kulit nampak lebih cerah sebab dalam mask ni ada kandungan ekstrak lemon.
  • A'BLOOM ANTI BLEMISH PEACH MASK SHEET pula adalah kegemaran I sebab boleh cegah kemerahan dan kurangkan iritasi kulit yang disebabkan oleh jerawat.
  • A'BLOOM AVO-CUDDLE-ME NOURISHING AVOCADO MASK sesuai untuk lembab kan kulit, untuk cegah kedutan, ada ekstrak avakadi dan bunga raya bagi kulit lebih lembab serta buat kulit lagi berseri.
A'BLOOM Masks sekarang ada 10% RM30 jadi RM27 untuk 10 keping. Cepat pergi beli sekarang.



A'BLOOM Brow Wow Eyebrow Pencil pula sangat berfungsi untuk buat wajah nampak macam dalam 'frame.' Kening sangat penting untuk dititikberatkan agar muka nampak lebih kemas dan lebih terletak. Bestnya A'BLOOM Brow Wow Eyebrow Pencil ni diformulasikan dengan porous powder dan vegetable wax sejenis 'gel-to-powder' tapi kekal tahan lama serta senang untuk bentukkan kening.

Ada 3 warna 01 Grey Brown, 02 Dark Brown dan 03 Soft Brown mengikut kesesuaian warna kulit dan rambut.

A'BLOOM Brow Wow Eyebrow Pencil sekarang ada 27% dari RM15 sekarang ialah RM11 sebatang.



Althea A'boom BHA Blackhead blaster ni memang salah satu produk kegemaran I lebih-lebih lagi bila 'time' BLACKHEAD menyerang bahagian dagu dan hidung I. I memang malas nak picit kulit sebab sakit buat benda tu, nasib baik ada benda ni... sapu-sapu je dan massage terus bintik hitam yang degil keluar dari dalam kulit I.. kulit I sentiasa bersih bila ada A'BLOOM A'boom BHA Blackhead blaster ni tau. Sangat rekomen untuk sesiapa yang lebih prefer 'pain-free.'

Bagi yang jenis suka bersolek macam I, Meringue puff ni sangat sesuai digunakan untuk sapuan bedak asas atau blusher jenis 'creamy.' Solekan nampak lebih rata, halus dan mulus.



Bila bab minuman I suka sangat bila dapat tahu wujudnya minuman yang sihat berasaskan kekacang dan coklat. Bukan je sedap ianya juga dipenuhi dengan nutrisi dan berkhasiat. Sangat bagus untuk kecantikan kulit juga tau. Terima kasih Cold Brew Coffee sebab buat minuman sedap dan sihat macam ni. I paling suka rasa peanut butter :)



Signature Market ni paling popular dengan produk berasaskan kacang dan aroma terapi. Selalu ada SALE terutamanya Healthy snacks. I suka sebab kombinasi kacang-kacang mengikut keperluaan. Sedap bawa untuk kunyah-kunyah time tengok TV. Aroma terapi Signature Market pun best sebab tak de rasa takut nak guna bila buat pembakaran atau masukkan dalam diffuser.



Sebagai seorang wanita, tipulah I cakap I tak suka bunga.. untuk pertama kalinya I ambil bunga berwarna kuning 'instead of' pink, merah dan kuning. I perasan bunga warna kuning ni melambangkan kegembiraan. Mungkin recently I sentiasa rasa gembira heee. Apa pun bunga-bunga yang cantik berseri ni ditaja oleh Avantgarde Bloom Flowers.



Bukan partilah kalau tanpa makanan... makanan yang sedap-sedap siap ada mini burgers, tarts, kuih muih, kari, buah-buahan telah disediakan oleh Party Caterer dari JomParty. Seronokkan tengok makanan berwarna-warni, enak-sedap belaka dan sihat.



Cuba tengok who is the sexiest bartender tu heee... thanks TOMMY dari Lérz' Tea & Coffee Fruit Tea buatkan air grapefruit untuk I. Serious I suka sangat rasa air buah-buahan tu.



Menjelang malam dan sebelum berakhirnya Butterfly Coachella Party kitaorang semua gunakan masa untuk menghasilkan kenangan di Hearty Party. Masing-masing menggunakan kreativiti dan seni untuk buat bentuk buah-buahan. I pilih nanas sebab nampak macam lebih mudah hasilkan dengan 3 penggunaan warna.



Butterfly Coachella Party ni memang tak akan dilupakan sebab inilah kali pertama I dapat rasa gaya ala-ala Bohemian. Seronok tengok semuanya datang cantik-cantik paling best semuanya ramah-tamah. Dapat berkenalan dengan orang-orang baru juga dan jumpa kenalan lama dari jauh. hee.



Terima kasih pada semua penaja yang telah menaja Butterfly Coachella Party kali ni tak lupa juga hadiah daripada Tammy untuk mereka yang lahir pada bula September. Untuk maklumat lanjut mengenai penaja, sila layari :

Party Collaborators:

Party Venue | Hearty Party Sdn Bhd https://www.facebook.com/heartypartymalaysia/
Party Photobooth | Tagbooth Photobooth http://tagbooth.com.my/
Party Caterer | JomParty https://www.facebook.com/Jompartylah/
Painting Party | Hearty Party Sdn Bhd https://www.facebook.com/heartypartymalaysia/
Party Live Music | Sidh Haizad Yusoff https://www.facebook.com/sidhaizadyusoff/

Pop-Up Carnival Booths:
K-Beauty | Althea Korea https://my.althea.kr/
Fashion | Voir Gallery https://www.voirgallery.com/
Heatlhy Snacks | Signature Market Healthy Snacks https://www.signaturemarket.co
Flowers | Avantgarde Blooms Flowers https://www.facebook.com/avantgardeblooms/
Cold Brew Coffee | Curmudgeon's Brew Cold Brew Coffee https://www.facebook.com/curmudgeonsbrew/
Fruit Tea | Lérz' Tea & Coffee Fruit Tea https://www.facebook.com/lerzmalaysia/

Boleh tengok Video di sini :





Thanks for having me,

Syafiera

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com