10 Manfaat dan kelebihan Berzumba untuk kesihatan lebih-lebih lagi wanita

ZIN - Zumba Instructors Wanita
 Apa Itu Zumba ?

Berzumba adalah satu aktiviti yang tidak asing lagi untuk kaum wanita di Malaysia masa kini. Bagi yang masih baru lagi mengenai aktiviti ini ianya adalah sejenis senaman yang menggunakan pergerakan tarian diasaskan oleh Alberto 'Beto' Perez dari Columbia iaitu seorang penari dan koreografer.

Pengasas Zumba : Beto Perez, sumber @zumbabeto
Dengan menggunakan muzik berirama seperti merengue, mambo, soca, hip hop, samba dan salsa menjadikan zumba senaman yang menarik dengan gabungan tarian dan juga senaman aerobik.

Wanita Muslimah Tetap Boleh Berzumba

Baru-baru ni I sempat menyertai Zumba Flora anjuran Gymbalicious Fitness Studio di Dewan Serbaguna Presint 8 pada 12 Oktober lalu, rata-rata peserta adalah wanita dah tiada lelaki dibenarkan masuk ke dalam dewan ketika majlis dilangsungkan. Jadi perkara yang tidak diingini berlaku dapat dielakkan. Jadi wanita muslimah yang ingin berzumba bolehlah menyertai aktiviti ini bersama Gymbalicious.

10 Manfaat dan kelebihan Berzumba untuk kesihatan

Sebenarnya terdapat banyak manfaat yang boleh kita dapatkan jika kita rajin berzumba, antaranya :

1. Dari Segi Kesihatan Mental
Bagi wanita bekerjaya mahu pun suri rumah berzumba sebenarnya boleh melepaskan tekanan setelah penat menguruskan banyak benda sepanjang hari, ambil masa seminggu sekali boleh mengembalikan mood yang baik seperti berasa gembira, lebih segar, perjalanan darah lebih baik dari sebelum dan paling best dapat perbaiki hubungan dengan orang lain juga bila mood dalam keadaan baik.

2. Rasa lebih bermotivasi untuk kekal aktif
Secara jujurnya sebagai seorang yang telah mengikuti tarian zumba, I rasa badan lebih ringan berbanding sebelum, paling seronok melihat wanita-wanita lain berzumba mampu meningkatkan rasa semangat yang lebih tinggi serta bermotivasi untuk menghadiri kelas Zumba yang seterusnya.

3. Badan Bersenam secara keseluruhan
Full Body Workout sebab aktiviti zumba memerlukan pergerakan anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung ibu jari kaki. Lompatan kiri ke kanan mengikut irama ni kalau dilakukan dengan kesungguhan boleh membentuk bentuk badan idaman, kulit yang tegang tidak menggeleber dan otot yang lebih pejal.

Tengok sahaja 'sisters' yang mengikuti tarian Zumba ni, badan nampak lebih fit.

4. Kalori Terbakar dengan Lebih Cepat

Tarian Zumba membantu untuk membakar kalori dari 5000 sehingga 1000 kalori untuk setiap sesi jika dilakukan dengan betul mengikut kesungguhan. Dalam satu minggu kemungkinan berat badan dapat diturunkan 1 KG sebulan mengikut diet pemakanan yang betul. Kalori boleh dibakar dengan menjadikan zumba senaman setiap minggu sekali mengikut kelapangan masing-masing.

5. Keyakinan Bertambah Tinggi
Bagi setiap wanita, berat badan memainkan peranan dalam penampilan yang cantik dan sihat, berat badan ideal yang telah dicapai mampu meningkatkan keyakinan setiap wanita sekali gus menjadikan wanita itu lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai disekeliling serta bersemangat meneruskan aktiviti harian tanpa rasa berat yang menggangu terutamanya bagi mereka yang rajin berzumba, oleh itu JOM BERZUMBA !

6. Sosial Penting Untuk kurangkan rasa kesunyian
Bersosial adalah benda yang amat penting untuk sesebuah komuniti, selalunya zumba ni dalam berkumpulan sama ada minima 2 orang atau lebih dari 30 orang. Di situ masing-masing tidak akan rasa malu untuk melakukan pergerakan anggota badan seperti menari dan melompat. Malahan lebih bersemangat untuk mengikut irama dan langkah secara bersama-sama.

Kanak-kanak pun dapat sertai aktiviti Zumba

7. Sesuai untuk semua peringkat umur

Zumba tidak tertakluk hanya untuk orang dewasa sahaja malahan dari kanak-kanak yang sudah tahu mengikut langkah tarian dari umur 3 tahun pun boleh sertai zumba ni. Ibu-ibu pun tak rasa susah hati tinggalkan anak-anak kecil di rumah ketika mahu berzumba sebab boleh bawa sekali anak-anak 'DO the dance' kalau risau keselamatan bolehlah bawa anak duduk belakang sekali, hehe, orang kata melentur rebung biar dari buluhnya memandangkan Zumba merupakan aktiviti yang sihat bagus untuk kecergasan badan !


8.  Kecergasan Kardiovaskular dapat ditingkatkan
Peredaran darah amat penting untuk tubuh badan lebih sihat. Setiap sesi Zumba mampu membuatkan degupan jantung lebih kencang dan aktif sekali gus boleh meningkatkan kecergarasan kardiovaskular.


9. HGH (Human Growth Hormone) dapat dilepaskan
Tahukah anda HGH ialah sejenis hormon akan dilepaskan jika berlaku kadar kesungguhan yang tinggi mampu membakar lemak dan menggalakkan perkembangan otot. Setiap sesi zumba mempunyai rentak dan penghayatan mengikut tempo serta pergerakan. Semakin banyak sesi diikuti secara lincah semakin tinggi kecergasan setiap mereka yang fokus. Kadah HGH yang tinggi mampu memberikan tona dan bentuk badan yang lebih menarik.


10. Koordinasi Badan bertambah baik
Apa itu koordinasi ? Koordinasi badan ialah penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas terhadap perubahan di persekitaran kita. Denagn adanya koordinasi badan ni membolehkan kita menjalankan pelbagai aktiviti, menjamin kesihatan dan kesejahteraan badan dan juga melindungi diri daripada rangsangan luar. Apa pun bagi mereka yang suka berzumba ianya membantu untuk anda dapatkan koordinasi badan yang sempurna dan penting untuk mencegah kecederaan seperti terseliuh dan sebagainya.


Kenapa BERZUMBA dengan Gymbalicious Fitness Studio Best ?
  1. Sebab ianya 'only for ladies!'
  2. Harga tak mahal sangat Berpatutan sekitar RM35 je 
  3. Dewan yang dipilih luas dan selesa
  4. Dilakukan pada waktu pagi hari Sabtu ( mostly cuti hari ni )
  5. Boleh bawa anak kecil
  6. Ada tema ! ( Siap ada 'the Best Dress')
  7. Ada hadiah yang bukan biasa-biasa untuk cabutan bertuah paling best siap ada emas, hamper pun barangan GYM dan produk elektronik you all ( semua yang berguna ).
  8. Semua peserta sangat 'friendly' dan boleh bersosial dengan mudah
  9. ZIN yang bersemangat with non-stop music !

TAHNIAH kepada semua pemenang BERTUAH dan juga BEST DRESSED lady untuk tema Flora. Bagi yang tak sempat menghadiri Zumbaflora ataupun yang tak menang best dress time ni JANGAN RISAU. NEXT 2th  NOVEMBER 2019 akan ada lagi ! Kali ni bertemakan ARMY GIRL anjuran Gymbalicious Fitness Studio dengan 5 orang Zumba Instructors iaitu Zin Shera, Zin Intan, Zin Herma, MBA Noli dan Zin Si Tini.


Cepat TEMPAH Tiket anda sekarang juga : Whatsapp Kay +6019337888 hanya RM25 sahaja untuk anda melayakkan diri menyertai 10x cabutan bertuah dan Tema Pakaian yang paling cantik di Dewan Seri Pudina Presint 17 Putrajaya.

Jangan tak join ya ! Jom bersosial sambil menyihatkan diri !

21 comments :

  1. Seronok tengok zumba ni.. Zaza tak pernah lagi join aktiviti macam ni.. kalau dekat ni boleh jgk ikut syafiera

    ReplyDelete
  2. This is why I love Zumba, tapi November ni I ada beda nak buat dah~ boleh tak update next time punya Zumba? Thanks

    ReplyDelete
  3. Rawlins penggemar zumba - memang suka sangat-sangat. Berzumba memang akan menyebabkan Rawlins lebih gembira dan juga lebih ringan lepas berzumba.

    ReplyDelete
  4. fuhh kalau berzumba berpeluh2 memang best sangat!
    lagi lagi bila all ladies ni, so takde lah segan sangat nak join!
    haa lain kali ajak nisa join sekali ya!

    ReplyDelete
  5. Stuju dengan zumba ! Banyak manfaat dan dianggap me time untuk ibu ibu. Kekal fit dengan zumba !

    ReplyDelete
  6. seronok berzumba. sambil berhibur dalam bersukan. selalu teringin nak join zumba kat ofis ni, tapi dorg buat jam lepas habis office hour masa hari bekerja. alaaahhh...mmg x dpt la nak join. mana nak kejar masa nak amik anak lagi..huhu

    tapi bila skali dh start, syok dia sampai sayang nak stop.hahaha

    ReplyDelete
  7. Baharu tau Zumba berasal dari Columbia. Memang satu senaman yang bagus untuk kaun wanita. Sambil jaga badan sambil dapat hadiah... murah lak kira berbaloi laa...

    ReplyDelete
  8. baru tau asal zumba dari mana haha. kalau saya kurang sikit nak join zumba ni, lagi suka fun run, atau joging. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  9. Yay!!!!!!!!! Zumba rumba!!!!!!!!!!! I also love Zumba and have a good friend who is a Zumba instructor. I agree with you Zumba is a good sports for women. Saya pun dah lame x berzumba.

    ReplyDelete
  10. tengok orang zumba ni macam best.. syok jer berzumba tu. macam enjoy. tapi sendiri tak pernah lagi try berzumba hehe

    ReplyDelete
  11. zumba ni bagus..lagi-lagi buat beramai-ramai. memang hapening habis la. kalu buat selalu boleh nampak perubahan berat badan susut. amboi mesti kurang berat badan sekarang aktif zumba

    ReplyDelete
  12. Menariknya zumba macam ni. Selesa dan sangat menyihatkan. Zumba ni buat sorang memang jawabnya tak buat langsung. Haha.

    ReplyDelete
  13. Ena suka zumba sbb tak boring. Haha sambil senam tu kite menari lagi cepat berpeluh. Banyak jugak benefit zumba ni rupanya. Best kalau ramai2 kan meriah je

    ReplyDelete
  14. Wow, good initiative to get the ladies to workout on regular basis. I have not try Zumba before but guess this would be really fun to get together, make some new friends while burning those calories together!

    ReplyDelete
  15. Kita suka sangat dengan zumba ni.. Tapintu la takde geng nak pergi.. Hey lain kali ajak kita ye.. Dh lama kot tak berzumba.. Rinduuu.. Suka menari-nari ni

    ReplyDelete
  16. Kak liez suka gila zumba sebab lagu2 yang digunakan memang menaikkan semangat tau.. xpernah dapat zumba ramai sebab tak de geng.. buat je la zumba dekat rumah.. sekrang layan zumba dekat utube TML crew

    ReplyDelete
  17. Seronok tengok orang berzumba. Tapi Marina berzumba kat rumah je ngan anak2. Hihihi

    ReplyDelete
  18. seronoknya berzumba..esp bila ada geng lagilah bersemangat..berzumba ni mmg dapat membantu wanita maintain kurus dan memberi kecergasan badan

    ReplyDelete
  19. Sis pernah join zumba tapi tak boleh yg lompat2 sgt n guna kaki sgt sb lutut dh x kuat. Tapi mmg syiok tgok org berzumba

    ReplyDelete
  20. Uuuu bestnya ada peluang berzumba.. tertutup plak tu. Khas utk muslimah. Saya duduk di PJ. Saya ada masalah masa pulak nak berzumba ni. Full time housewife kan. So saya hanya bersenam depan Youtube je la di rumah. Nak berzumba beramai2 ni tak berpeluang lagi. Huhu sedih...

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com