Tebus Bontiful Beef Ribs dengan aplikasi Bite & Bites


Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's ke 13

Sempena sambutan Tony Roma's yang ke-13, aplikasi Bite & Bites diperkenalkan untuk kemudahan dan pakej manfaat khas buat para pelanggan setiap kali mereka berbelanja dengan menu kegemaran mereka di mana-mana restoran Tony Toma's. Tambahan lagi aplikasi ini boleh digunakan juga di restoran NY Steak Shack dan The Manhattan FISH Malaysia.

Ganjaran Yang BEST ditawarkan bagi yang selalu makan di Tony Roma's

Aplikasi baru ini juga menawarkan para pelanggan mengalami pengalaman secara digital untuk perolehi mata ganjaran Bite Marks dan boleh menebus mata ganjaran atau menu yang ditawarkan secara percuma.

Pelanggan hanya perlu memuat naik aplikasi Bite & Bites secara percuma dan akan menerima (1) Bite Mark untuk setiap restoran sebagai hadiah selamat datang.

Di bawah program ini, aplikasi ini turut akan memberikan ahli yang telah mendaftar (1) Bite Mark dengan belanja minimum RM80 atau lebih di restoran Tony Roma's atau berbelanja minimum RM40 atau lebih di The Manhattan FISH MARKET/ NY Steak Shack ( termasuk caj servis dan SST).

Ahli hanya boleh mengumpul (2) Bite Marks sahaja sehari secara makan di restoran atau bungkus bawa balik. Hee.

3 tahap apabila menjadi ahli, secara ekslusifnya apabila ahli dapat mengumpul (3) Bite Marks, anda layak untuk menikmati Signature Starter Onion Load yang lazat sebagai ganjaran mata pertama dimana anda boleh menebusnya pada lawatan ke empat yang seterusnya. Kemudian (6) Bite Marks seterusnya akan ditukar menjadi ganjaran yang lebih baik pada lawatan yang ke tujuh. Pelanggan dapat menikmati Spicy Chicken Pasta iaitu 'The Most Sellable Pasta" di Tony Roma's. Hidangan pasta yang paling lazat dengan ayam bersos bawang putih, basil segar, pesto tomato dan sedikit chipolte di atas pasta linguin, dihiasi dengan keju Asiago. (9) Bite Marks menawarkan ahli menu yang lebih BEST iaitu Bontiful Beef Ribs, yang ni memang I dah makan memang sedap gila sebab rasa daging yang lembut dan empuk, kaya dengan rasa yang mengiurkan dan dicicah dengan Sos BBQ TR'S yang asli sebagai ganjaran yang terakhir untuk ahli.


Paling best bila dah jadi ahli Bite & Bites, ahli dapat kemaskini yang terkini untuk nikmati kupon percuma dan maklumat mengenai 'events' pada masa akan datang.

Cara yang Mudah untuk Pendaftaran :
  1. Muat turun aplikasi Bite & Bites dari Play Store untuk peranti Android, atau App Store untuk peranti iOS.
  2. Apabila apl mudah alih dimuat turun berjaya, pengguna perlu membuka aplikasinya dan membenarkan Permintaan untuk akses Kamera dan Lokasi.
  3. Pengguna kemudian perlu mendaftar dengan mengisi informasi diri di ruangan kosong borang dan sahkan pendaftaran menggunakan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang akan dihantar melalui SMS.
  4. Apabila OTP berjaya dimasuki, pengguna akan dibawa ke halaman untuk buat Pin di mana Pin yang dikehendaki (4 hingga 6 nombor) mesti dimasukkan untuk fungsi E-Wallet.
  5. Setelah melengkapkan proses pendaftaran, pengguna akan segera ke laman web Ahli di mana Satu (1) Bite Mark untuk setiap restoran akan diberikan sebagai hadiah selamat datang!
  6. Ahli berdaftar kini boleh mula mengumpul Bite Marks dengan membelanjakan minimum jumlah yang dinyatakan di mana-mana Tony Roma's, NY Steak Shack, The Manhattan FISH MARKET di seluruh Malaysia.
Sekitar Majlis Sambutan Ulang Tahun Tony Romas's ke-13 di Pavillion Bukit Bintang

Ruangan pintu Masuk Tony Roma's Pavillion Bukit Bintang

Tetamu yang memenuhi ruangan meja

Aplikasi Bite & Bites dilancarkan

3 menu yang boleh ditebus apabila 'Bite Marks' dikumpul :
(3) Bite Marks : Signature Starter Onion Load(6) Bite Marks:  Spicy Chicken Pasta iaitu 'The Most Sellable Pasta"(9) Bite Marks : Bontiful Beef Ribs
Kek Tony Roma's Ulang Tahun ke-13

Tropical Pop Romarita

Fiesta Romarita

Starter- Kickin' Shrimp

Starter-Salsa Salad

Starter- Potato Tots w/Spicy Sauce

Spicy Texas Drummet

Lamb Slicer

Pastry

Lagu-lagu best dinyanyikan oleh Sidh Haizad Yusoff

Main Game Spinning dapat baucer Bontiful Beef ribs yay !

Main baling gelang tak menang apa apa. ehee

Tangkap gambar di booth

The day afterwards I redeemed Bontiful Beef Ribs dengan baucer yang I menang main game spinning tu. Cuba merasa juga Signature Starter Onion Load, wow cukup untuk makan 2 orang tau... since my husband is a huge fan makan di Tony Roma's sebelum ni dia ordered his favorite meal. So far memang puas hati makan di Tony Roma's tau.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.tonyromas.com.my/

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com