4 Aktiviti Cabaran 'Natural Parenting Pledge' bersama Friso Gold


Hello mommies! Ingat tak last time I ada post video Friso Gold mommies yang tried out interesting activities together dengan their kids kan but this time my turn pula untuk join the FUN. I baru dapat the gift box from Friso Gold dan dalam box nie ada banyak bahan bahan untuk I boleh try aktiviti aktiviti Friso Gold nie and pada masa yang sama I pun boleh la ambik peluang untuk spend time dengan anak anak di rumah. So tengok la I unboxing the gifts and stay tuned for my next post untuk tengok apa aktiviti aktiviti natural parenting yang akan I buat dengan my kids nanti! Video di > sini <


Cop tangan Ibu dan Anak atas Tanah Liat

Natural Parenting Pledge.. sejujurnya ini kali pertama I dan anak-anak main benda clay gini sebab bagi I benda macam ni agak leceh dan messy habis.. tapi bila dah buat aktiviti bersama-sama dengan anak... anak I happy sangat.. Buat i terpikir yang I jarang exposekan anak anak I dengan benda macam ni yang bukan sahaja dapat merangsang lebih perkembangan mereka tapi I dapat luangkan banyak masa bersama lagi. Lepas ni mama cuba yang terbaik untuk bagi you all buat aktiviti macam ni.. biarlah messy habis janji you all happy buat aktiviti ni ya. Video penuh di > sini <


Buat 'Blueberry Pancake'

Lagi satu aktiviti dengan anak anak! Masa untuk buat penkek! Sebenarnya kami bertiga jarang buat penkek. Tak sangka sebenarnya senang je nak buat ni. My kids suka sangat bila dapat belajar buat penkek dan menikmati hasil masakan mereka sendiri boleh messy messy sikit. I pula sebagai ibu dapat tambah ilmu dengan resepi. Nampaknya bukan anak je belajar I pun belajar juga. Actually memasak with kids sangat seronok.. lepas ni bolehlah suruh mereka belajar potong sayur dah ni.. heheh... Korang pun try la jugak buat akitiviti memasak simple simple je mcm buat penkek nie! Tak lama pun, yang penting korang dapat tengok gelagat sorang sorang excited mcm mana! Video resepi di > sini <


Buat 'Play-Dough' Island

[ Aktiviti dalam & luar RUMAH menggunakan play-doh ]

Sepanjang I hidup tak pernah lagi I buat play-doh sendiri, bila dah ada anak-anak I teruja nak DIY sendiri.. tak sangka senang betul buat play-doh ni ye.. anak-anak I pun berpeluang buat sendiri juga selain dapat mengasah kreativiti mereka. Lepas dah siap, kami ke luar rumah pula untuk lengkapkan pulau kami dengan bahan yang berada di halaman rumah.. I suruh mereka explore bahan apa yang ada untuk dimuatkan dalam play-doh island kami.. Dengan semnagat yang ada siap juga pulau kecil kami, yay! Anak-anak dan I memang enjoyed habis buat aktiviti ni selain tu dapat eratkan silatulrahim dan hubungan kami anak beranak serta dapat belajar bersama-sama dengan melakukan pelbagai aktiviti walaupun di luar rumah sahaja. Cara nak buat Plastisin sendiri di > sini <

Aktiviti yang PALING I Minat antara keempat-empatnya ialah Buat Pancake ! Anak-anak hamipr tiap hari minta I masak pencake, kalau lambat sikit mereka terus ambil bahan dan letak depan muka I. Suruh I masak cepat. hehe. Nasib baik I dah belajar resepinya. Hee.



Buat Seni atas kad Kotak

Aktiviti melukis atas kotak waktu musim jerebu. Bila anak anak kena kuarantin duduk dalam rumah.. I sebagai seorang ibu kena kreatif cari aktiviti untuk mereka.. kalau tak memang menghadap gajet dan tv je la.. apa lagi ambil kotak.. ambil crayon, pensel warna suruh mereka buat apa saja atas tu. Rupanya aktiviti ni meningkatkan kemahiran motor dan juga imaginasi yang tinggi ye. Seronok tengok mereka bersungguh-sungguh menghasilkan sesuatu. Anda bagaimana ? Kongsikan aktiviti anda dengan anak anak juga ya. Video di > sini <

Charis Wong, Pakar Psikologi Kaunseling Mempercayai Konsep Pengasuhan Semula Jadi
Kempen Friso Gold® Growing Up Together, Naturally disokong oleh pemahaman yang mendalam bahawa membesar bukan hanya untuk anak-anak tetapi ibu turut belajar ketika mereka membesarkan anak-anak mereka. Kempen ini bertujuan untuk memulakan pergerakan sosial yang mempraktikkan pengasuhan semulajadi di kalangan ibu-ibu Malaysia. 
Friso Gold® kini bekerjasama rapat dengan Charis Wong, Pakar Psikologi Kaunseling untuk berkongsi kepakaran beliau tentang pengasuhan semula jadi serta amalan-amalannya sebagai sumber inspirasi dan sokongan kepada ibu-ibu. 
Ibu bapa juga menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk memastikan pencapaian akademik anak-anak mereka cemerlang. Ini menyebabkan anak-anak mereka didorong untuk memulakan pembelajaran akademik secepat mungkin. Walau bagaimanapun, keibubapaan hari ini dengan gaya hidup yang sibuk telah mengurangkan masa bersama di antara ibu dan anak-anak. Kanak-kanak juga menghabiskan masa mereka menggunakan alat elektronik yang mengakibatkan detik-detik penting serta pengalaman bersama termasuk bermain di luar tergadai. Alam keibuan lazimnya dianggap sebagai satu perjalanan yang penuh dengan kebahagiaan, kekaguman dan penemuan.

Perkara utama bagi pengasuhan semula jadi Friso Gold®:
Tiga perkara utama bagi pengasuhan semula semula jadi adalah:

  • Kedua-dua ibu dan anak belajar dan membesar bersama-sama melalui pengalaman yang
  • dikongsi
  • Pengalaman bermain secara bebas dan spontan
  • Penglibatan dalam aktiviti luar dan interaksi dengan unsur-unsur alam
1. Kedua-dua ibu dan anak belajar dan membesar bersama-sama melalui pengalaman yang dikongsi.  Dalam pengasuhan semula jadi, pembelajaran melalui pengalaman adalah proses dua hala yang melibatkan ibu dan anak. Pengalaman yang dikongsi di antara ibu dan anak semasa melakukan aktiviti yang menyeronokkan memberikan detik-detik positif dan membina ikatan yang bermakna buat mereka. 
Apabila mereka meluangkan masa yang berkualiti bersama, kedua-dua ibu dan anak berpeluang memberi tumpuan untuk menghargai masa yang terluang dan terlibat dalam interaksi yang bermakna secara bersama. Ini memberikan rasa saling menghargai cinta dan kasih sayang yang unik antara satu sama lain. Melalui pengalaman seperti itu, kedua-dua ibu dan anak berasa istimewa dan membentuk kenangan positif bersama.

Bagaimana seorang anak membesar melalui pengalaman bersama ini
Sejak dilahirkan, kanak-kanak mempunyai naluri semula jadi untuk bereksperimen dan belajar daripada pengalaman. Dengan kehadiran ibu yang meyakinkan sebagai asas yang selamat serta dorongan kepada anaknya untuk mencuba dan meneroka, kanak-kanak itu mula meneroka dan belajar dengan berinteraksi bersama persekitarannya. Kanak-kanak akan mempelajari lebih banyak tentang dirinya dan dunia serta mula menguasai tugas pembangunan utama. Kanak-kanak akan belajar untuk menjadi lebih berdikari sambil mengembangkan penguasaan dan menjadi lebih matang. 
Bagaimana seorang ibu membesar melalui pengalaman bersama ini Bagi seorang ibu, mereka mempelajari masa yang sesuai untuk memberi sokongan kepada anaknya untuk meneroka dan belajar secara selamat dan produktif daripada persekitarannya dan masa yang sesuai untuk melepaskan serta membenarkannya untuk menjadi lebih berdikari. Jika anaknya tidak bersedia untuk meneroka secara berdikari, ibu akan memberikan sokongan dan mengurangkannya secara beransur-ansur sekali lagi. 
Bukan sahaja kanak-kanak itu mempelajari lebih banyak tentang dirinya dan dunia melalui aktiviti-aktiviti ini, tetapi ibu juga turut terbuka untuk belajar dan meneroka pengalaman baharu bersama anaknya. Daripada menjadi seorang pemerhati sahaja, mereka akan mengikut tahap anaknya dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti seperti itu dengan anaknya. Seorang ibu akan membenarkan dirinya untuk menjadi spontan dan bebas. Malah mereka tidak keberatan untuk terpalit dengan kotoran atau kelihatan lucu semasa proses itu. Seorang ibu juga bukan hanya bersedia untuk memberi tetapi turut bersedia untuk menerima cinta, kasih sayang dan pengiaan daripada anaknya. 
Setiap anak adalah unik, dengan keperibadian, kekuatan dan kebolehan, serta cabaran tersendiri. Oleh itu, seorang ibu ingin memahami dan menerima dunia anaknya sendiri. Apabila ibu dan anak terlibat dalam aktiviti bersama, ibu akan bersedia melepaskan realiti dewasa dan melihat dunia daripada perspektif anaknya. Ini membolehkannya untuk mengesahkan kekuatan anaknya dan menginspirasi keunikannya dalam kehidupan, serta untuk memberi respon secara spontan. 
2. Pengalaman bermain secara bebas dan spontan 
Seorang yang bijak (sering dianggap sebagai Plato) pernah berkata, "Anda boleh belajar lebih banyak tentang seseorang dalam satu jam bermain daripada melalui perbualan seumur hidup." Hakikatnya, permainan adalah satu bentuk ungkapan semula jadi untuk kanak-kanak.i Permainan tidak berstruktur boleh ditakrifkan sebagai seorang kanak-kanak yang bermain dan menubuhkan objektifnya sendiri tanpa sebarang tugas atau peraturan. Maka, bermain secara bebas dan tidak berstruktur menggalakkan ekspresi spontan dan eksplorasi dunia kanak-kanak.
Mainan mahal atau percutian mewah tidak semestinya diperlukan untuk kanak-kanak. Sebaliknya, beberapa bahan main yang mudah diperolehi boleh digunakan untuk menggalakkan permainan tidak berstruktur. Seorang ibu secara sedar tidak berusaha untuk mengarahkan permainan kanak-kanak, tetapi sebaliknya membolehkan anaknya mengarahkan dirinya sendiri dalam persekitaran yang selamat. Ibu menyediakan suasana yang membuat anaknya terasa bebas untuk membuat pilihan. Apabila kanak-kanak bermain dengan bebas dan tanpa arahan, mereka dapatmengekspresikan sepenuhnya serta meneroka fikiran, perasaan, pengalaman dan tindakannya. Kanak-kanak juga mampu mengekspresikan dirinya secara kreatif. Peluang untuk memilih bagaimana bahan-bahan yang disediakan akan dimainkan serta warna yang akan digunakan, atau kesudahan sesuatu senario memberikan peluang kepada anak untuk menguasai alam sekitar. Permainan yang tidak berstruktur juga mewujudkan peluang untuk membuat keputusan, yang seterusnya menggalakkan rasa berdikari, kecekapan dan tanggungjawab diri dalam kanak-kanak.  
Dalam permainan yang tidak berstruktur, ibu tetap terlibat sepanjang proses itu, dan bukannya menjadi penyokong pasif. Mereka akan benar-benar berminat dengan apa yang dipilih oleh anak semasa waktu bermain. Ibu menggalakkan proses ekspresi dan eksplorasi dengan memerhatikan apa yang anaknya lakukan dan mencerminkan pemikiran serta perasaannya. Seorang ibu juga akan sensitif terhadap keperluan anak, dan selalu bertanya kepada diri sendiri "Apa yang anak saya perlukan sekarang?" dan bukannya "Apa yang saya perlukan untuk anak saya lakukan sekarang?" Ibu akan fleksibel dan sabar dengan kadar penerokaan anak itu, serta pelbagai kesilapan yang mungkin anaknya lakukan dalam proses itu. 
3. Penglibatan dalam aktiviti luar dan interaksi dengan elemen alam semula jadi 
Cara yang semula jadi dan mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak adalah dengan merangsang permainan luar yang tidak berstruktur.iv Apabila kanak-kanak terlibat dengan persekitaran semula jadi, mereka diberi peluang untuk membuat keputusan, berfikir secara kreatif dan menyelesaikan masalah.v Permainan luar juga membolehkan kanak-kanak membina kemahiran sosial kerana mereka belajar untuk mengambil kira kanak-kanak lain, memperolehi kemahiran motor baru dan membentuk empati apabila mereka berinteraksi dengan alam semula jadi serta makhluk hidup dan belajar untuk memelihara dan melindungi dunia semula jadi. Berada di luar menyediakan peluang belajar secara langsung, penglibatan aktif dan melalui pengalaman buat kanak-kanak. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa penglibatan aktif melalui pengalaman dalam persekitaran luar adalah menarik dan melibatkan emosi kanak-kanak di samping menghasilkan pembelajaran yang lebih mendalam serta lebih berkesan. Lebih banyak peluang untuk pengalaman spontan dan tidak terancang timbul apabila kanak-kanak berada dalam persekitaran semula jadi di luar. Para ibu belajar untuk mengikut aliran dan membolehkan kanak-kanak untuk menemui pengalaman baru secara sendiri.
Anda tidak perlu pergi jauh untuk membawa anak-anak anda ke luar rumah. Kanak-kanak lazimnya gembira untuk terlibat dalam aktiviti bermain-main secara tidak teratur di luar rumah mereka, di taman. Unsur-unsur alam semula jadi seperti air, tanah liat, batu dan pasir adalah bahan permainan semula jadi yang sangat baik untuk kanak-kanak. Apabila cuaca tidak mengizinkan bermain di luar, sesetengah ibu telah menemui cara kreatif untuk membawa elemen alam semula jadi untuk dimasukkan ke dalam aktiviti dalaman. Sebagai contoh, kraf dalaman yang merangkumi bahan semula jadi seperti lukisan batu, membuat cap cat dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza. Melibatkan haiwan adalah cara lain untuk memberikan pengalaman belajar berasaskan pengalaman. Membela haiwan peliharaan di rumah memberikan peluang kepada kanak- kanak untuk mempelajari nilai-nilai memupuk dan membina kemahiran sosial kerana mereka perlu peka terhadap keperluan haiwan kesayangan mereka. Sekiranya membela haiwan peliharaan di rumah tidak boleh dilaksanakan, kanak-kanak masih boleh diberi peluang untuk belajar dan melibatkan diri dengan haiwan dalam suasana luaran, iaitu di taman, ladang, zoo, tasik atau tempat perlindungan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Growing Up Together, Naturally, bagaimana untuk
mengamalkan pengasuhan semula jadi, dan juga aktiviti-aktiviti praktikal Friso Gold yang boleh dicuba oleh ibu, sila layari laman web Friso Gold® di www.frisogold.com.my

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com