Sambutan Hari Haiwan Sedunia di Sunway Lagoon's Wildlife Park 2019

Kumpulan Harimau yang berjaya mencipta tempat mainan untuk Harimau

Jadilah Pahlawan bumi dan berubahlah untuk dunia mencapai tahap prestasi yang baik

Baru-baru ni I dan anak-anak berpeluang untuk menyertai Sambutan Hari Haiwan Sedunia di Sunway Lagoon Wildlife Park. Hari Haiwan Sedunia adalah hari antarabangsa yang diraikan setiap 4 Oktober dengan misi untuk mewujudkan kesedaran mengenai haiwan yang terancam serta meningkatkan saluran kebajikan mengikut piawaian di seluruh dunia. Sambutan tahunan ini yang bermula sejak dari tahun 1925 dengan persatuaan pergerakan kebajikan haiwan antarabangsa perlu bersiap sedia untuk menjadikan dunia sebagai tempat lebih baik semua haiwan secara global.

Para Media dan hadirin yang hadir untuk Sambutan Hari Haiwan Sedunia di Sunway Lagoon
Bertepatan dengan hari sambutan haiwan sedunia, Taman Hidupan Liar di Sunway Lagoon telah mengadakan kempen untuk mereka yang hadir pada hari tersebut menyertai bahagian untuk menjadikan dunia berprestasi cemerlang dengan aktiviti yang interaktif dan pendidikan mengenai zoo dengan memaparkan lebih daripada 140 spesies spesifik haiwan eksotik dan pelbagai jenis burung, ikan, reptilia dan mamalia dari seluruh dunia.


Sambutan Hari Haiwan Sedunia di Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon juga menjadi bertambah menarik taman itu mengumumkan projek terbarunya untuk memelihara beberapa Southern River Terrapin iaitu kura-kura ikan air tawar dari Turtle Conservation Society of Malaysia sebagai sokongan terhadap kerja pemuliharaan untuk penyu air tawar di negara ini.


"Matlamat masyarakat adalah untuk memulihkan pemuliharaan populasi liar yang kian pupus terutamanya penyu air tawar. Dengan matlamat yang sama, kami rasa bertuah diberi penghormatan untuk mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Sunway Lagoon dalam projek ini, "kata Dr
Chen Pelf Nyok, pengasas bersama Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Taman Hidupan Liar di Sunway Lagoon telah meningkatkan usaha ke arah menjadi lebih mampan. Antaranya, Sunway Lagoon mengumumkan sokongannya terhadap dua persatuan Sustainable Development Goals (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Program SDG mengandungi sejumlah 17 matlamat yang ingin dicapai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2030. Ini adalah panggilan secara universal untuk bertindak, dalam usaha untuk menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini dan memastikan semua hidupan boleh menikmati kekayaan alam bumi.

Daripada 17 matlamat, Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon telah komited menyokong dua daripada matlamat ini tanpa berdolak-dalik iaitu Tanggungjawab Penggunaan dan Pengeluaran (Matlamat # 12), yang bertujuan untuk memastikan pola penggunaan dan pengeluaran secara lestari
dan Kehidupan di atas bumi (Matlamat # 15), yang bertujuan untuk Melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan lestari ekosistem daratan, mampan menguruskan hutan, desertification pertempuran, dan menghentikan dan membalikkan kemusnahan tanah dan menghentikan kehilangan biodiversiti.



Hadirin yang telah dijemput khas untuk acara Hari Haiwan Sedunia  di Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon  telah menikmati pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dirancang khas untuk menandakan sambutan yang bermakna ini.
Bebera[a Aktiviti juga disediakan untuk Hadirin yang menyertai Sambutan Hari Haiwan Sedunia di Sunway Lagoon's Wildlife Park 2019

Ini termasuk bengkel membuat Ecobrick, bengkel taman bawa pulang, berjumpa & menyapa dengan Duta Taman Hidupan Liar iaitu Bani, pameran oleh Jabatan Hidupan Liar dan Kebangsaan aman (PERHILITAN), dan dinding Ikrar Bumi di mana pengunjung boleh menandakan ikrar mereka untuk mengurangkan penggunaan plastik tunggal.

Terdapat beberapa stesyen yang perlu disinggah oleh para hadirin untuk mendapatkan barangan untuk membuat tempat mainan dan makanan mengikut kumpulan haiwan masing-masing.


Aktiviti Pertama : Bengkel Menanam Benih Pokok seperti pokok labu yang boleh dibawa pulang.


Aktiviti kedua : Melakukan aksi seperti tupai bersenam mengikut gambar di dalam kad.


Aktiviti ketiga : Menjawab soalan yang diajukan dengan mendapatkan jawapan dalam cacing di dalam bekas.



Aktiviti kelima : Menyusun barangan yang ada pada para hadirin sehingga panjangnya 5.5 meter. Seekor harimau mampu melompat sejauh 5.5 meter dengan hanya satu pergerakan.


Aktiviti keenam : Menyusun 'puzzle' untuk mendapatkan barangan yang diperlukan oleh seekor harimau.


Aktiviti ketujuh : Melukis 3 corak haiwan seperti cheetah, leopards dan harimau untuk 3 orang dalam kumpulan.


Aktiviti kelapan : Ecobrick : menyumbat plastik dalam botol. Botol-botol ini akan digunakan untuk Pet Village.


Secara paradoks, Sunway Lagoon juga akan membina kandang kambing pygmy di Pet Village yang dibuat daripada Ecobricks. Taman tema ini ingin mencapai target untuk menghasilkan kira-kira 1000 Ecobricks, dibuat menggunakan botol air mineral yang dikumpulkan dari tong kitar semula di taman itu. Setiap Ecobrick mengandungi kira-kira 200g sisa plastik tidak boleh dikitar semula. Dengan jumlah Ecobricks, Projek ini bertujuan untuk menjimatkan sampah kira-kira 200kg plastik yang tidak boleh dikitar semula dari tapak pelupusan sampah.


Aktiviti kesembilan. Menghasilkan tempat permainan untuk harimau dengan barangan yang dikumpul dari stesyen-stesyen yang disinggah.

Tandatangan untuk mengurangkan penggunaan plastik demi kebaikan sedunia.
Semua aktiviti yang disertai oleh para hadirin kali ini banyak memberi kesedaran supaya berbuat baiklah pada alam sekitar supaya masing-masing dapat hidup dan menikmati kekayaan bumi bersama-sama. Apa pun untuk maklumat lanjut, sila layari : www.sunwaylagoon.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com