Didik Wanita Agar Sihat Dengan Gembira bersama Natugee & Mrs Malaysia World


‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’

Program ini diadakan adalah untuk memberikan inspirasi kepada wanita diluar sana agar mengambil berat mengenai diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan secara aman dan harmoni selain memperkasakan tahap kesihatan wanita. Pentingnya kesihatan untuk menjaga insan lain dan kualiti hidup ditingkatkan.

Sempena bulan kesedaran mengenai kanser payudara, Natugee iaitu jenama produk penjagaan wajah berasaskan organik telah bergabung bersama Mrs Malaysia sebagai tanggungjawab sosial korporat iaitu 'Pinkoktober.'

I sebagai seorang wanita walaupun seorang suri rumah tetap memikul peranan yang besar kadang-kadang kesihatan diri terabai. Rupanya bukan I seorang sahaja yang mengalami situasi ni tapi ramai lagi di luar sana senasib macam I menurut Puan Rena Rifaee iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd.

“Bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mereka juga anak kepada orang tuanya, pekerja atau juga dia memiliki perusahaannya sendiri, dia adalah majikan. ‘Topi’ mereka kerap kali bertukar pakai bererti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga semakin bertambah. Jika mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, ia menyebabkan depresi,” katanya.



Keprihatinan ditingkatkan demi kesejahteraan wanita

Masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita yang jumlahnya semakin hari bertambah angka penghidapnya itu sebablah acara ini diadakan sebagai keprihatinan oleh kedua-dua organisasi. Penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan mereka di sekelilingnya.


Sesi pertama bersama Dr. Linda Mat Hassin memberi pendedahan kepada peserta mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup.


Sesi kedua bersama Puan Rena Rifaee mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita.

Acara kemuncak ialah forum ‘A New Formula For Happiness!’ yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. Ia melibatkan empat ahli panel iaitu

Puan Rena Rifaee

Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata.

Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.

Dr Linda Mat Hassin

Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’.

Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum.

Datin Harveen Kaur

Beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019.

Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah, ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.

Datin Diana Danielle

Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato’ Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.


Apa pun majlis ini berjaya memberikan inspirasi kepada tetamu wanita yang hadir dan jutaan terima kasih kepada Hotel Furama di Bukit Bintang sebab menyediakan makanan yang enak dan berseni. Tidak dilupakan kepada beberapa penaja yang telah menaja program ini agar wanita terus rasa dihargai. Terutamanya mereka yang telah bertungkus-lumus mendidik wanita agar sihat dengan gembira.


theAsianparent ialah sebuah aplikasi yang dilancarkan baru-baru ini telah berjaya meraih ribuaan ibubapa dari yang masih baru tidak kira dari negeri mana, bangsa apa mahupun peringkat umur. Banyak perkongsiaan dan maklumat yang penting mengenai keibubapaan boleh didapati dalam aplikasi ini. Perkongsiaan yang dikongsi dapat meraih mata ganjaran yang boleh ditebus. Cepat muat turun aplikasi ini tau.


Apa pun I rasa gembira dapat bertemu sekali lagi Datin Diana Danielle. Sejak kisah beliau mengenai 'anxiety attack' yang mendapat liputan meluas.. bukan sahaja kita-kita sahaja yang boleh kena malahan mereka yang bekerjaya seperti selebriti pun boleh kena.. I harap pada masa akan datang kita akan ada solusi dan kesedaran mengenai masalah kesihatan sebegini.


Lagi sekali I nak ucapkan terima kasih kepada para penaja :

  • Penaja Utama - Natugee bersama rakan kongsi Mrs Malaysia World
  • Penaja Lokasi - Furama Bukit Bintang & Waka Waka KL
  • Penaja Hiasan : Chiio
  • Penaja fotografi : PRIVstudio
  • Rakan Media : theAsianparent
  • Penaja hadiah : Eori Wonder Skin, Jamu Tun Teja, Better Skin Lovera, Bondahaven, Wirdora, Narinar



Mengenai NATUGEE

Dilancarkan pada Ogos 2017, Natugee ialah jenama kesihatan dan kecantikan premium yang dihasilkan untuk membantu wanita memperoleh kulit sihat daripada dalam.

Natugee komited menghasilkan produk penjagaan wajah berasaskan bahan semula jadi dan organik yang berkualiti tinggi, tanpa pewarna tiruan, paraben, SLS, SLES dan pewangi tiruan untuk mengekalkan keremajaan wajah para wanita.


Ia bertepatan dengan misi Natugee yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti kehidupan wanita dengan menggunakan produk harian yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan aktif. Natugee menggabungkan bahan terbaik tanpa memberi kesan sampingan untuk kesan jangka panjang. Hasilnya ia dapat memperbaiki tekstur kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan tona wajah lebih serata.

Untuk mengetahui aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini dan demo produk Natugee, sila tonton video ini :


Natugee merupakan penaja Mrs Malaysia World 2019/2020 sebagai penghormatan kepada wanita yang mengekalkan kehidupan yang seimbang antara keluarga, karier dan impian. Natugee bakal meluaskan jenamanya di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com