13+ barangan berharga yang penuh misteri untuk dijadikan sebagai koleksi di J-HUNT

1. Pakaian tradisi Samurai Jepun RM32,000
Apa yang menariknya J-HUNT ?

Baru-baru ni I berpeluang untuk berkunjung sendiri ke J-HUNT di Aeon Big Subang Jaya tingkat 2. Teruja nak melihat sendiri barangan 'preloved' yang masih lagi dalam kondisi baik, nampak seperti baru, ada juga yang masih belum diguna telah menjadi tarikan utama terutamanya mereka yang suka mengumpul barangan susah dan jarang nampak lebih-lebih lagi peminat animator.



I bukanlah peminat mengumpul barangan yang terpakai tapi bila dah masuk sendiri J-HUNT habis seperti satu kedai I nak borong. Nasib baiklah duit banyak tu je kalau tak selori dua lori bawa balik tau. Haha. Apa-pun gambar-gambar yang dalam blog I ni adalah bukti betapa syoknya meneliti setiap celahan barangan di dalam J-HUNT ni.

Lebih dari puluhan barangan 'preloved' ni agak 'RARE' kadang-kadang misteri juga bila I tengok-tengok satu-satu, mana tak nya.... ada satu barang boleh cecah harga deposit rumah dua tingkat - terutamanya pakaian tradisi samurai Jepun.. walaupun harganya sebegitu tapi bila teliti setiap perincian, naik bulu roma gak la.. apa yang menyebabkan barangan 'Rare' ni harga sebegitu.. kemungkinan sejarah dekat barangan ni.. benda kalau ada 'historic' things ni I memang seram gak la.. huhuh... tapi disebalik keseraman tu I percaya pasti akan ada pengumpul yang punyai minat untuk dapatkan barangan seperti ni...

2. Zaku - RM40,000
Apa itu Mottainai ?

J-HUNT mempraktikkan penggunaan ayat 'Mottainai' iaitu menghormati sumber dengan tidak membazir serta menggunakan dengan sebaiknya. Ayat ini berkait rapat dengan konsep pemuliharaan ekologi dan konsep 3R ( Reduce, Reuse, Recycle ) | Kurangkan , guna semula dan kitar semula | dan tambahan 2 R - Respect + Recondition | Hormat dan pemulihan |

Reuse - Guna Semula
Sampah bagi kita tapi orang lain memerlukan

Recondition - Pemulihan 
Barangan yang telah dibersihkan dan dipulihkan

Respect - Hormat
Barangan yang tidak dibuang tapi ditambah dengan nilai

3. Glow In The Dark Godzilla RM20,000
Bila tengok harga rata-rata ramai terkedu tapi nama pun J-HUNT, korang kena ada usaha untuk cari barangan yang bernilai dengan harga yang mampu mengikut bajet you all. I tak tipu I dapat barangan yang I nak cantik-cantik lagi paling murah RM5 guys ! Gambar kat bawah-bawah. Kita tengok dulu barangan yang I rasa menarik terutamanya yang 'RARE.'

4. Tembikar tradisi Jepun
 Di J-HUNT ni terbahagi kepada 4 jenis barangan iaitu :

  1. Preloved Item
  2. Barangan jenama baru
  3. Barangan Premium
  4. Barangan untuk pengumpul (usually barangan berharga)

5. Barangan Perhiasan untuk meja makan
Bahagian VINTAJ

J-HUNT membawakan Jepun ke Malaysia terutamanya barangan vintaj yang mempamerkan tentang sejarah, budaya dan bentuk seni tradisional di Jepun. Bahagian Vintaj ni terdapat Tokugawa Shogunate pada zaman EDO sekitar (1600-1868). Selain tu terdapat barangan yang sangat misteri dan jarang nak dapat seperti Perisai Samurai, NEKO kucing bertuah, Almari tradisi berkraf, porselin berseni, periuk teh besi, patung kayu asli dam banyak lagi barangan tradisi yang boleh dilihat di kediaman Jepun sehingga kini.

6. Patung Tradisi Jepun
 Terdapat 10 kategori barangan yang you all boleh jumpa dalam J-HUNT ni, antaranya :

  1. Pakaian
  2. Beg
  3. Peralatan Hobi
  4. Barangan bayi serta kanak-kanak
  5. Peralatan muzik
  6. Kasut
  7. Peralatan sukan
  8. Peralatan Meja Makan
  9. Mainan
  10. Jam Tangan

7. NEKO - Kucing membawa tuah

8. Alamari tradisi seni Jepun
9. Lens kamera
10. Jam Tangan G-Shock
11. Jam tangan 'The Unemployed Philosophers Guild'
12. Peralatan Muzik Ukelele
13. Kamera 'point-click'

14. Berbagai jenis 'claypots' dari harga RM15


Barangan yang I beli dengan JAYANYA :

  1. Jam Tangan Diesel : RM100
  2. Circle Straw Bag : RM10
  3. Beg 'Picnic' : RM20
  4. Beg Bagasi Hello Kitty : RM50
  5. Beg Pack Hello Kitty : RM5
  6. Claypot kecil : RM20
  7. Periuk masak 'stainless steel' : RM40
  8. Mug Hello Kitty : RM20
  9. Total : RM265


8 Barang : RM265 je

Mereka dah berjaya dapatkan barangan mereka inginkan, anda semua bila lagi ? 
J-HUNT di AEON BIG Subang Jaya Tingkat 2, bagi yang guna pengakutan awam boleh berkehenti di
LRT/KTM Subang Jaya.
Di J-HUNT boleh bayar pakai cash, kad kredit/kad debit, E-Wallets, GrabPay, Boost, Alipay, WeChat Pay, Ipay88, Touch'nGo eWallet, mCash dan UnionPay.

Untuk maklumat, sila layari :
Laman sesawang : www.jhunt.com.my
IG : @jhutmottainaistore
FB : https://www.facebook.com/jhuntmottainaistore/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com