Makan Malam @ Restoran dan bar FUHU Genting

Boston Lobster Noodle

Restoran Pertama Kumpulan Zouk di Resort World Genting


Kalau you all semua ingat lagi pada 21 September 2019 bersempena tarikh Hari jadi I. I sempat mencuba sendiri beberapa menu yang lazat lagi enak di Restoran FUHU Genting. Restoran ni merupakan restoran pertama kumpulan Zouk di Resorts World Genting. Restoran dan bar FUHU memberikan suasana makan malam yang romantis dan mengasyikkan dengan makanan bertaraf dunia oleh Chef Alvin Leung salah seorang dari bintang Michelin.

Kumpulan Zouk, milik kelab malam terbaik di Asia telah memutuskan untuk memperkenalkan restoran di Resorts World Genting sebuah restoran makan malam yang mengasyikkan Restoran dan bar FUHU. Konsep terbaru  ini menawarkan masakan cina ala-ala kontemporari oleh Bintang Michelin dari Hong Kong iaitu Chef Alvin Leung dengan menghidangkan sesuatu yang meyeronokkan dan suasana yang meriah.




Ruangan yang memuatkan sehingga 150 pengunjung di dalam 8,000 per kaki ( 750 meter persegi ) melalui Resort World Genting Sky Avenue di tempat yang tinggi. FUHU (dalam bahasa Mandarin ) bermaksud harimau yang bertuah. Dekorasi dan elemen apotek tradisi Cina digunakan di dalam taman ruangan dengan cahaya seni serta grafiti seni pop termasuklah muzik dan hidangan makanan.

Jadi dengan adanya konsep Restoran dan bar seperti FUHU ini dapatlah pengunjung mencuba makanan yang lengkap pada waktu malam di satu-satunya pusat hentian di Resorts World Genting. FUHU ingin mempersembahkan sesuatu yang baru dari segi rasa dan pemerhatian itulah sebabnya Zouk bekerjasama dengan pakar kulinari seperti Alvin Leung untuk menghasilkan menu makanan di FUHU menurut Andrew Li, Ketua Eksekutif Pegawai Kumpulan Zouk.

Salt & Pepper Squids
Kelainan kontemporari dalam Masakan Klasik Asian

Unik dengan rekaan nostalgia antara gabungan timur barat yang masih mengekalkan rasa Asia dengan sentuhan moden pada masakan klasik Asian adalah hasil perkongsiaan kumpulan Zouk dan Chef Alvin Leung dalam menu di FUHU.

Menu Di FUHU adalah deria rasa yang membawa maksud kegembiraan dari hidangan istimewa Chef Alvin Leung iaitu je ne sais quoi; setiap hidangan dicipta mencerminkan kedua-dua inovasi dan tradisi dalam pilihan bahan, gaya masakan dan persembahan.

FUHU adalah mengenai keseronokan. Jenama Zouk menonjolkan sesuatu yang 'spin-off.' Makan malam di FUHU adalah permulaan untuk malam yang hebat menurut Alvin Leung.

Duck Essence Porridge
Setiap menu makanan di FUHU adalah 'picture-worthy' selain dari rasa yang lazat. Makanan  Cina lengkap dengan nasi dan hidangan yang penuh gaya. Kulinari yang memberikan perbezaan dalam pengaruh Asia di dalam menu, makanan dan rasa dari seluruh dunia.


Duck Essence Porridge

The General Fried Chicken With Waffle

Aromatic Crispy Duck
Hidangan utama termasuklah FUHU Itik panggang dengan sos truffle morel sebagai pilihan iringan, Aromatic Crispy Duck, Boston Lobster Noodles dengan halia dan scallions, Supt panas dan masam gaya Szechuan, The Generals Ayam goreng dan waffle, Sup Nasi Quark.

Cara Nak Makan Aromatic Crispy Duck dengan roti

Double Sundae

Selamat Hari Jadi to me yang ke 29 tahun !

Ruangan Makan di Restoran dan Bar FUHU
FUHU direka bentuk oleh Designstream yang menjadikan elemen yang menakjubkan didalam SkyAvenue di RWG. Restoran ini membawa anda melalui 3 kawasan yang berbeza. Perjalanan bermula di kedai apotek Cina bahagian penyambut tetamu di pintu urama, kemudian melalui koridor taman tersembunyi lepas tu masuk-masuk je tetamu akan melihat pokok sakura yang menakjubkan di ruang makanan utama yang bakal menambahkan rasa selera.


Bahagian tangga ke tandas
Panel lantai hinggalah ke siling restoran dipenuhi dengan mural yang dicat oleh artis grafiti terkenal, Kenji Chai, yang membawa kisah mengenai Lady Meng dan Harimau hidup. Unsur-unsur budaya tradisi cina seperti kerusi rosewood dan jubin porselin biru putih dengan tempat duduk yang menggunakan kulit di dalam kelab malam tahun 80an adalah motif untuk mewujudkan suasana seperti berada di Dinasti Ming.

Dekorasi tandas
Keseluruhan pengalaman merangkumi dekorasi, rasa, dan kisah mengenai Lady M dan harimau menjadikan makan malam sangat mengujakan dan seronok bila berada di FUHU.

Dekorasi di dinding


FUHU - Harimau yang bertuah

Pintu Masuk ke FUHU

Laluan di FUHU

Ruangan makan di FUHU
Restoran dan bar FUHU adalah syarikat milik kelima Zouk yang telah dilancarkan di RWG pada tahun lalu di Malaysia berikutan kejayaan RedTail Bar, RedTail Karaoke Empire, dan Kelab Zouk.

Restoran dan Bar FUHU beroperasi dari Isnin hingga Ahad bermula pukul 6 petang hingga 1 pagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman web : https://fuhudining.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com