ASPIRASI IBU BAPA MALAYSIA UNTUK ANAK BIJAK



Tinjauan oleh Dutch Lady mendapati ibu bapa di Malaysia bukan sahaja mahukan anak-anak yang bijak dalam akademik, malah turut memiliki nilai-nilai yang murni

Kuala Lumpur, 1 April 2019: Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Dutch Lady, 87% daripada ibu bapa di Malaysia inginkan seorang anak yang bijak dalam akademik selain dari memiliki nilai-nilai murni. Dutch Lady merupakan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak No. 1 di Malaysia1 dengan kandungan DHA2 paling tinggi untuk menyokonh perkembangan otak kanak-kanak.

Lebih daripada 400 ibu bapa di Malaysia terlibat dalam tinjauan atas talian baru-baru ini di mana seramai 370 daripada mereka memilih untuk membesarkan anak-anak yang memiliki kebijaksanaan dalam akademik dan nilai murni yang baik.

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran di Dutch Lady Malaysia menyatakan, interaksi berterusan di antara ibu bapa dan Dutch Lady Malaysia membolehkan kami memahami aspirasi ibu bapa Malaysia.

"Sememangnya sudah menjadi lumrah bagi ibu bapa yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini berharap untuk mempunyai anak-anak dengan kualiti ini. Namun, kebijaksanaan yang mereka mahukan daripada anak-anak mereka melangkaui kebolehan akademik," kata Ashlee.



Cheryl Ann Fernando, seorang pakar pendidik yang juga Pengarah Global School Malaysia, berkata bahawa kedua-dua kategori kanak-kanak yang mempunyai keputusan baik di sekolah dan kategori kanak-kanak yang memahami ajaran nilai-nilai murni adalah bijak.

Persamaan antara kanak-kanak yang bijak dalam akademik dan yang memiliki nilai-nilai moral dan kebaikan, adalah ‘kebijaksanaan’," kata Fernando. "Maksudnya, kanak-kanak bijak akan belajar dengan baik di sekolah dan mencapai prestasi yang baik dalam akademik, tetapi kebijaksanaan juga diperlukan untuk menerapkan apa yang mereka pelajari kepada situasi kehidupan sebenar.



Dr Yong Junina, pakar perunding pediatrik dan pakar kardiologi pediatrik yang juga mempunyai minat khas dalam perkembangan dan penilaian kanak-kanak berkata, "Memiliki nilai yang murni bukan sahaja tentang bercakap atau berbincang tentang kebaikan. Ianya bermaksud berbuat baik kepada manusia lain, haiwan, atau hanya dengan melakukan kebaikan (di dunia) pada amnya."

Dr. Yong menambah bahawa ibu bapa yang inginkan anak-anak yang berbudi bahasa memberikan penekanan dalam menanamkan nilai-nilai yang baik serta mengajar mereka melalui teladan seperti menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk bergaul mesra dengan baik, jujur, bersopan santun dan saling hormat-menghormati.

Dutch Lady juga menjalankan peranannya selain daripada menyediakan nutrisi yang berkualiti tinggi. Jenama ini berharap untuk terus menyokong ibu bapa Malaysia untuk mengajar dan memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka.


Pada bulan Mac dan April, Dutch Lady menjemput semua keluarga Malaysia ke Smart Adventurer/Pengembara Bijak, yang mengambil inspirasi dari Upin & Ipin, sepasang watak animasi popular yang memberikan nilai-nilai murni melalui cerita-cerita pengembaraan mereka. Banyak cabaran yang menyeronokkan tersedia seperti maze pagar sesat untuk kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja berpasukan bersama dengan ibu bapa, adik beradik atau rakan sebaya..


Penyertaan adalah PERCUMA! Sambil anak-anak berseronok mengambil bahagian dalam cabaran, ibu-ibu boleh mengambil peluang untuk memahami rangkaian susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady dengan 5X DHA4 yang disertakan dengan hadiah koleksi Upin & Ipin yang menarik seperti pinggan, bekas air, dan set jag serta gelas.

Untuk maklumat tentang lokasi dan tarikh, butiran hadiah dengan pembelian, sila layari www.smartmoments.com.my.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com