10 Makanan Halal dan Lazat di Resorts World Genting

Antara Menu Popular di Jom Makan





Jangan lepaskan peluang menikmati 10 Makanan Halal lazat ketika berada di Resorts World Genting

Terdapat dua medan selera yang menyediakan makanan halal di Resorts World genting dengan pelbagai pilihan makanan tempatan yang lazat untuk dinikmati para pengunjung yang mementing kaedah penyediaan mengikut garis panduan halal. Medan Selera dan Jom Makan menjanjikan pelbagai pilihan rasa tempatan sebenar. Medan Selera mengambil konsep popular yang penyediaan makan popular sekitar tahun 1980-an dan memulakan operasinya pada awal tahun 2018.

Jom Makan menyediakan hidangan halal di Resorts World Genting. Ia dilancarkan pada Ogos 2018. Terletak di aras empat pusat beli-belah SkyAvenue, Jom Makan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 9 malam setiap hari dengan menyediakan masakan ala penjaja yang popular. Kesemuanya disediakan seasli mungkin mengikut garis panduan penyediaan makanan halal.

Bersama Chef Jom Makan

Menu di JOM MAKAN

1. Nasi Ayam Periuk Tanah
(Nasi ayam beras wangi dengan sos karamel)

2. Nasi Daun Pisang
(Nasi yang dihidang di atas daun pisang dengan pilihan sambar stew daging, kari dan papadom)

3. Roti Nan Berkeju dengan Ayam Tanduri
(roti nan dengan keju bersama ayam tanduri)

4. Roti Canai
(roti canai dihidang bersama kari dan dal)

5. Nasi Goreng Kampung
(nasi digoreng dengan ikan bilis dan cili potong)

6. Satay Ayam Satay Daging Satay Kambing
(Satay dicicah dengan sos kacang)

7. Nasi Ayam

8. Char Kuew Teow

9. Nasi Daun Pisang Ayam

10. Nasi Lemak Kunyit



Banyak-banyak menu dalam ni I paling suka Satay Daging Kambing, so far semua memang kena dengan citarasa I sebab makanan macam ni memang 'common' kalau berada di gerai jalanan. Tapi BEST sebab di RWG kita dah tak rasa terhad sebab semua makanan yang halal, lazat dan berpatutan ada di atas tempat tinggi tau. PORTION pun besar-besar memang puas hati makan.

Menu di Jom Makan

Menu di Jom Makan

Jom Makan kini Halal so jangan takut dan ragu ragu tau nak makan.


Jom Makan juga menyediakan Jom Sarapan dimana anda boleh pilih set sarapan pagi hanya RM13.90. Tawaran sah dari jam 9 pagi hingga 11 pagi.


Cuma pembayaran di Jom Makan Street Food kena guna kad, kad ni kena 'reload' lepas tu bayar di kaunter pembayaran. Kalau ada baki dalam kad ni akan dipulangkan kembali.


Terletak di aras bawah pusat beli-belah SkyAvenue, Resorts World Genting, Medan Selera
beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam. Ia menghidangkan beberapa pilihan rasa sajian
Melayu yang popular. Ia mengumpulkan lima kategori makanan berbeza untuk memudahkan
pengunjung membuat pilihan.

Pilihan masakan barat turut merangkumi hidangan seperti ayam goreng, popcorn ayam, ikan dan kentang goreng, sotong dan kentang goreng. Kategori Nasi & Rempah menyediakan pilihan makanan
berasaskan nasi, manakala bahagian Mi pula menyajikan pelbagai hidangan mi dan bihun termasuk bihun goreng Singapura. Dibawah kategori Laksa pula, ia menyediakan beberapa hidangan popular dari beberapa buah negeri di semenanjung termasuk laksa Nyonya, laksa Johor, laksa Kelantan dan asam laksa. Bahagian makanan Asia Barat pula akan menyediakan shawarma ayam, paha ayam panggang dengan nasi mandy, ayam gril shish tawook, roti Arab dan sandwic ayam dengan kentang goreng yang diinspirasikan daripada hidangan negara-negara Timur Tengah.


“Kita akan cuba menggunakan sebanyak mungkin resepi masakan ‘ibu’ dalam setiap masakan.
Setiap hidangan yang disediakan telah diuji oleh panel chef-chef kanan kami untuk memastikan
ia adalah memiliki rasa terbaik untuk setiap pengunjung menikmatinya,” kongsi Zulfakha. penyediaan menu di situ menggunakan kaedah masakan secara tradisional dengan pilihan rempah-rempah istimewa untuk memastikan rasa dan aroma masakan asli tempatan dirasai oleh para pengunjung ke tempat tersebut menurut Chef Medan Selera, Zulfakha Bin Ruzlan.


Menu MEDAN SELERA

1. Nasi Kandar Ayam Goreng Berempah
(Nasi kandar adalah hidangan ikonik yang merujuk bagaimana nasi dan kari dijual menggunakan kayu pengandar dan dua bakul dikandar di atas bahu peniaga. Ia merupakan nasi dan kari dengan rempah ratus istimewa.)

2. Nasi Beriani Kari Kambing
(Nasi beras wangi yang dimasak dengan minyak sapi, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga
cengkih, dihidangkan dengan kari kambing)

3. Nasi Lemak Daging Kicap Berempah
(Nasi lemak kukus dengan daging lembu masak kicap)

4. Nasi Kerabu
(Nasi dengan warna asli bunga telang, dihidangkan dengan sayur-sayuran segar dipotong halus, sambal dan keropok ikan)



5. Rojak Mi
(Mi celur dengan timun sengkuang serta kuah kacang)

6. 4 Jenis Laksa
(Laksa Nyonya, laksa Johor, laksa Kelantan dan asam laksa)

7. Makanan Asia Barat (Inspirasi dari Timur Tengah)
(Shawarma ayam, paha ayam panggang dengan nasi mandy, ayam gril shish tawook, roti Arab dan sandwic ayam dengan kentang goreng)

8. Masakan Barat 
(Ayam goreng, popcorn ayam, ikan dan kentang goreng, sotong dan kentang goreng)

9. Bihun Goreng Singapura


Medan selera juga menyediakan Makan pagi bermula dari 9 pagi hingga 11 pagi sahaja. Hanya RM13.90 termasuk air panas atau air sejuk.

Apa pun banyak pilihan untuk kita yang naik Genting Highlands tau. paling best 'affordable.'

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com