Pembukaan Fitlicious di Uptown Damansara - Makanan Sihat untuk Rakyat Malaysia

I punya Poke Bowl - Lady SalvegesNuts
Bagi yang ingin menjaga kesihatan masih tidak terlambat untuk mulakan dari sekarang. Mulakan dengan pemakanan yang sihat adalah salah satu benda paling senang untuk dilakukan. Memandangkan makanan yang kita makan setiap hari pagi-pagi dah berminyak why not kita slowkan pengambilan pemakanan macam tu kan  ? Kita tukar sikit sikit banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan protin.

Fitlicious adalah gabungan 'fit' dan 'delicious' yang bermaksud bagus untuk  kesihatan dengan pemakanan yang sihat dan lazat serta enak.


Matlamat utama wujudnya Fitlicious adalah untuk memastikan rakyat Malaysia mengambil pemakanan yang sihat sebabnya seperti I nyatakan dalam perenggan pertama, kebanyakan makanan kita ambil setiap hari selalunya berminyak dan tinggi kolestrol. Oleh itu Fitlicious menawarkan alternatif makanan yang berkhasiat dengan beberapa pilihan untuk keperluan harian. Contohnya ikan salmon kaya dengan omega-3 dan dikenali sebagai makanan untuk minda sekali gus mengelak dari amnesia. Ayam kaya dengan zat besi dan protin terutamanya untuk yang bina badan dan mereka yang suka 'eat clean.'

Di Fitlicous juga terdapat ikan dori bagi mereka yang ingin menikmati protin yang lain. Untuk vegeterians, jangan risau di sini juga you all boleh makan sayur-sayuran pelbagai warna dan khasiat. 2 pilihan buah-buahan, salad dan 4 bahagian, 1 topping, 1 dressing, herbas dan kekacang khas untuk vegeterians puas hato.

recap : Karbo ( nasi, sweet potato, mashed potato ), protein ( ikan dan ayam ), yang lain-lain vitamins dari sayur-sayuran.

Kesemua bahan dimakan sama ada secara segar ataupun secara rebusan.

Mashed sweet potatoes, avacado, purple cabbage, cucumbur, seaweed, nasi sikit


Cara nak buat PokeBowl dan tips diberikan oleh 'one of the owner' Azukii - Berasal dari perkataan Hawaiian Poh Kay ialah poke. Memang best sebab dari ni kitaorang dapat tahu macam mana nak buat pokebowl ni tau.


Dalam Fitlicious ni ada pokok-pokok kekaktus ni. I suka tengok tumbuh-tumbuhan dalam ni sebab cute-cute belaka tau.


Konsep gaya yang ringkas dan moden buat Kedai Fitlicous ni nampak sangat minimalis dan sihat dan tak serabut I suka sangat kena dengan citarasa.


Kekacang semua ni kegemaran I terutamanya kacang walnut, kacang badam, kuaci dan kacang tanah. Yang ni buat PokeBowl bertambah sedap dan bila kunyah rasa lebih crunchy habis !


Selain daripada PokeBowl, dalam Fitlicious juga ada makanan lain contohnya seperti peanut butter homemade. Bahan dia organic peanuts dengan olive oil je.


Homemade potato cookies pun ada, rasa dia pun sedap kena makan dengan peanut butter baru Ummmph...


Korean Seaweed lagilah sedap, boleh potong halus-halus... masukkan dalam PokeBowl, seaweed ni banyak khasiat tau..


Selain tu untuk minuman boleh cuba sendiri cocoa almond milk, honey raisin almond raisin dengan cranberries almond milk.. memang segar, lazat dan enak je rasanya..


Antara bloggers yang hadir untuk memeriahkan suasana pagi di Fitlicious..
Apapun nak ucapkan terima kasih pada Bang Bang Miko, The Entertainer, Hungry, Lavigato, Sulusso & 8 LabsStudio yang telah menaja pembukaan Fitlicious di Uptown Damansara.


Tahniah pada semua pemenang yang telah mencipta Poke Bowl paling kreatif, bawa pulang beg kulit dari Sir By Jason tu you all..

Paling best sekali you all boleh tempah juga dalam Food Panda di 2 lokasi Fitlicious SS15 dan Fitlicious Damansara. Luar kawasan dari Food Panda ? Boleh tempah melalui laman web http://fitlicious.eatmol.com



Untuk pembaca blog I, ada berita baik tau, sekarang ni Poke Bowl tengah ada promosi beli 1 percuma 1 untuk setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Oktober di Cawangan Fitlicious Uptown Damansara. Promosi berakhir sehingga 31 Oktober 2019 tau. Jangan tunggu lagi cepat cuba PokeBowl Fitlicious sekarang juga !

Fitlicious @ Uptown Damansara
Address: 41, Jalan SS 21/1A, Damansara Utama, 47400, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 017-886 8202 / 03-7494 4976
Waktu operasi : 10am–10pm (Setiap Hari)

3 ulasan :

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Healthy dan delicious ni.... yums! :D

    BalasPadam
  3. This cafe do have very healthy and delicious food! I hope there will be some collaboration with them after my restaurant opens. Currently I need recommendations for marble countertop repair services for my restaurant. Pls share me any info if you have. Nice blog with updated info. Keep writing!

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com