Kulit selembut Mochi setiap kali mandian dengan Shokubutsu Mochi Hada



Siapa sini suka makan Mochi ? Mesti tahu betapa gebu gebas chewie chewie mochi tu Kan...
Bayangkan Jika kulit kita pula selembut mochi ? Kini dengan hanya satu mandian... kulit badan Dan wajah dah boleh 'prevent' penuaan dengan rangkaian shokubutsu mochi hada face & body shower tau.. harga bermula dari RM19 Shokubutsu mochi hada gave & body shower oil Dan shower lotion kini boleh didapati di seluruh watsons.. 

Good NEWS !!
Tangkap gambar menggunakan tubuh badan anda contoh tangan reka emochi dengan produk Shokubutsu Mochi Hada pos di IG atau FB kemudian jangan lupa tag @shokubutsumalaysia hashtag #LoveYourFaceLoveYourBody

Anda berpeluang memenangi Edisi terhad Hada Shower Kit bernilai RM200.. Baca www.syafierayamin.com untuk maklumat lanjut.. #ShokubutsuMalaysia #MochiHada #MochiSoftSkin #MochiSkin #MochiHadaMY #MochiSoftSkinAllOver #ShowerOnMochiSoftSkin #ShokubutsuXWatsons #WatsonsExclusive #WatsonsMalaysia
@watsonsmy @shokubutsumalaysia

Rangkaian produk baharu ini berjaya dilancarkan pada 3 Ogos 2019 di Sunway Pyramid dengan kerjasama dari Watsons Malaysia dan duta jenama Shokubutsu Mochi Hada, pelakon terkenal Hong Kong Natalie Tong.

Berpegangkan nilai-nilai yang diilhamkan daripada falsafah negara Jepun, pencipta produk mandian Shokubutsu telah memperkenalkan revolusi rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang baharu membolehkan sesiapa sahaja membersih dan melembapkan bahagian wajah dan badan secara efektif, dalam satu langkah ketika mandi!

Selaras dengan prinsip-prinsip Shokubutsu yang menetapkan penggunaan bahan-bahan yang selamat dan semulajadi, rahsia kemujaraban Shokubutsu Mochi Hada terkandung di dalam khasiat semulajadi Minyak Tsubaki, satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha; Minyak Bran Beras, satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapannya; dan Ekstrak Tapai Beras, yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.



Hadir dengan 3 varian : Tiga varian tersebut adalah Shower Oil, Shower Lotion: Glow Radiance dan Shower Lotion: Ultra Moisture.

Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Series yang baharu menjadikan proses membersih dan melembapkan kulit pada kedua-dua bahagian wajah dan badan lebih mudah dan efektif dengan hanya satu langkah semasa mandi. Dengan produk baru ini, hadirlah satu cabaran baharu bagi semua untuk menyayangi kulit badan, seperti mana yang mereka lakukan pada wajah dalam menghasilkan kulit yang selembut mocha dari mandian kemandian.






“Saya gemarkan Shokubutsu Mochi Hada kerana ia menjimatkan masa mandi dengan meringkaskan rutin membersih dan melembapkan badan. Ia adalah selamat, lembut dan  sangat efektif untuk wajah dan badan saya. Produk ini sangat hebat untuk pengguna-pengguna yang mempunyai jadual harian yang padat seperti saya. Saya belum pernah menemui produk yang seumpamanya yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi Jepun. Saya menyaksikan kesan perubahan yang positif dalam tempoh dua minggu setelah menggunakannya dengan kerap. Saya syorkan produk ini kepada semua untuk mendapatkan kulit yang lembut, licin dan berseri,” ulas Natalie Tong tentang pengalamannya dengan Shokubutsu Mochi Hada.


“Di Shokubutsu, kami memahami naluri pengguna kami untuk tampil dan rasa awet muda. Oleh yang demikian, kami meluangkan lebih banyak masa dan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Lazimnya, usaha penjagaan kulit tertumpu dibahagian wajah agar tampak cantik, tetapi mengabaikan 90% bahagian lain kulit badan kita. Perbualan dengan golongan wanita dapat membuka mata mereka apabila menyedari bahawa pengabaian selama ini akan mengakibatkan kulit badan mengalami proses penuaan lebih cepat berbanding dengan wajah mereka. Masalah ini bertambah buruk akibat kesibukan hidup dan kekangan masa serta tenaga dalam menjaga kulit badan, tidak seperti mana kita menjagai kulit wajah kita,” kata Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan (Pemasaran), Southern Lion Sdn Bhd.

“Pengabaian ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat pada kulit badan akibat kurang mendapat penjagaan dan perlindungan yang sepatutnya berbanding dengan kulit wajah kita. Penyelesaian kepada masalah tersebut adalah rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang baharu. Diilhamkan daripada rutin ringkas daripada falsafah Jepun, produk inovatif ini dilahirkan dengan teknologi Moisture-Lock, yang memerangkap lembapan sedia ada di dalam kulit. Dengan itu, molekul-molekul air akan ‘terkunci’ di dalam kulit dan ini akan mengekalkan hidrasi kulit wajah dan badan dengan efisien,” tambah beliau.

Dengan harga dari RM19.00, tiga varian rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Watsons dan kedai dalam talian. Ia juga boleh didapati di rangkaian pasaraya utama dan stor e-dagang. Tiga varian tersebut adalah Shower Oil, Shower Lotion: Glow Radiance dan Shower Lotion: Ultra Moisture.

Sayangilah wajah DAN badan anda hari ini dengan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Series yang baharu.

Tentang Southern Lion Sdn Bhd

Southern Lion Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama di antara LION CORPORATION Japan dan Lam Soon (M) Bhd. Ia memulakan operasi pada April 1987 dan telah berkembang dan mencapai kedudukan sebagai Pengilang Detergen No.1 Malaysia pada hari ini dengan pelbagai jenama utama seperti TOP, Bio Zip, Shokubutsu, Systema, Fresh & White dan Kodomo. Southern Lion sentiasa berusaha untuk terus meningkatkan kualiti hidup para penggunanya dengan menawarkan produk yang inovatif pada harga mampu milik.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com