Belajar buat Berry soufflé cheese dengan LENNOX™ Collagen Powder di ABC Cooking Studio | Butterfly Project Malaysia


If you guys remember baru- baru ni I ada belajar buat Berry soufflé cheese | LENNOX™ x ABC Cooking Studio | Butterfly Project Malaysia.. uish sebenarnya benda berkaitan 'baking' ni I tak mahir tapi lepas diajar dengan ABC Cooking assistant di sini terus serba sedikit tahu nak buat Berry soufflé cheese ! Seronok tau bila dapat peluang mengikuti kelas macam ni... baru lah rasa keluar dari zon selesa...

Kali ni kami buat Berry soufflé cheese yang agak special sikit sebab ianya ada kandungan kolagen which helps to make us look young.. hee.. thank to Lennox sebab sudi membenarkan buat serbuk kolagen sebagai bahan utama dan jadikan Berry soufflé cheese gebu gebas macam mochiii lembutnyaa..


For those yang nak tahu ABC Cooking Studio ni adalah tempat untuk belajar bakery tapi kelas masakan gini ala-ala macam dalam Master Chef pula, setup ala-ala muji.. kemas, tersusun, organized and memang syok lah kalau nak buat rakaman memasak di sini..

Selain daripada buat Berry soufflé cheese.. di sini juga you all boleh belajar  kursus asas untuk buat 18 kek dalam 6 kategori utama dimana you all boleh master 6 teknik asas berlainan untuk setiap bulan. Antaranya ialah Mont Blanc, Double Cheesecake, Macaron, Cassis fromage, trifle roll cake, gateau framboise, fraisier, petit four sec, japanese cheese taer, orange chiffon & mellow pudding, mousse au chocolat, mille crepe, summer fruit shortcake, mango yogurt, strawberry paris-brest, gateau aux fruits & chocolate truffle, florentine dan mixed berry tart.

Untuk melayakkan you all belajar kursus master pula you all kena mahirkan terlebih dahulu kursus asas..yang ni adalah kemahiran tambahan dari kemahiran asas...antaranya you all dapat belajar memantapkan mille feuille, caramel nowa, macaron, almond chocolat, orangetto, orangetto, coffret chocolat, eclair, mousse tropical mango & passionfruit, charlotte aux fruits, fromage duo, chiboust cream, opera, anniversary cake dan san sebastian.

Once you all mahir 18 kursus asas dan 12 kursus master.. you all dapat lesen untuk ABC cake bagi ahli yang lepas ujian.. kursus kek hanya dibuka untuk ahli yang berumur 19 tahun ke atas sahaja.. you all nak tahu lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan boleh contact terus Michelle Chu pembantu pengurus ABC cooking studio : 0101-2200776 atau layari https://www.abc-cooking.com.my/


Back to the stories of our baking class.. 1 meja memuatkan 4 orang.. my partner in crime adalah Syamin, Ajwa dan juga Kak Min. To be honest I memang tak reti baking and glad The Butterfly Project buat event macam ni to teach newbie like me untuk pandai baking..  Memang tip top lah ABC cooking studio ni, semua lengkap dari segi peralatan dan keselesaan ketika bakering..

Sebenarnya bila nak buat Berry soufflé cheese ni banyak kena sabar dan perlukan masa... rasanya nak dekat 1 jam lebih juga la untuk bancuh semua bahan-bahan termasuk 'baking time' guna electric oven dengan suhu 150 darjah selsius antara 20-23 minit.

↓↓ TONTON VIDEO MASTER CHEF JADIAN DI BAWAH ↓↓



Bahan untuk soufflé  cheesecake

soufflé cheesecake setelah dibancuh

soufflé cheesecake setelah di bakar dalam oven

Bahan yang diperlukan untuk buat [ Souffle Cheesecake] 8 biji
  • Krim keju 150g
  • Gula kastor 40g
  • Telur kuning 2 biji
  • [a] susu 30cc, esen vanilla campur sekali
  • jus lemon 1 sudu teh
  • kek tepung 20g
  • kolagen lennox 1 tbsp
  • telur putih 2 biji
  • caster sugar 30g
Cara caranya :
  1. Masukkan krim keju ke dalam bekas dan pukul sehingga berkrimer dengan pengadun tangan. Letak gular dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Masukkan telur kuning 1 biji demi 1 biji dan gaul sehingga sebati setiap satu darinya.
  3. Masukkan [a], gaul sehingga sebati, masukkan jus lemon dan gaul lagi..
  4. Ayak tepung kek dan kolagen lennox. Gaul dengan pengadun tangan dengan kelajuan tahap 1 secara lembut selama 1 minit.
  5. Dalam bekas lain, campur bahagian yang pekat dan bahagian lendiran telur putih dengan pengadun tangan. Kemudia pukul telur sehingga putih sebelum masukkan separuh daripada gula. Pukul lagi sehingga menjadi bentuk buih lembut gitu..
  6. Habiskan saki baki gula dan pukul lagi sehingga menjadi buih putih telur tu.. kalau korang terbalikkan bekas tu pun tak jatuh buih putih tu..
  7. Nombor 4 dan 6 campur kedua duanya.. lepas tu masukkan bahan ni ke dalam acuan, letakkan atas dulang dan bakar..
  8. Lepas tu pastikan cek kek supaya dibakar dengan baik dan boleh keluarkan dari oven dan tunggu sejuk..



Bahan untuk [Berry Cheese Cream ] :

  • Krim Keju 30g
  • Gula kastor 15g
  • Serbuk strawberi 1tbsp
  • Jus Lemon 1tsp
  • Krim putar 80g
  • Kolagen Lennox 1tbsp
Cara-caranya :
  1. Masukkan krim keju ke dalam bekas dan pukul sehingga berkrimer dengan pengadun tangan. Masukkan gula dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan serbuk strawberi dan kolagen Lennox ke dalam campuran. Masukkan sekali jus lemon dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan krim putar secara 2.. 3 kali dan gaul sehingga sebati.. Masukkan bahan yang siap ke dalam 'piping bag' bila bahan dah mula sedikit keras.. masukkan ke dalam chiller sebelum guna..



Bahan untuk Topping :

  • Jem Raspberi 40g
  • Jus lemon 1tsp
  • Rasberi segar 8 biji
  • Blueberi segar 8 biji
  • Pistachio cincang... ikut suka..
Cara-caranya :
  1. Campurkan jus lemon ke dalam jem raspberi ..
  2. celup raspberi dan bluberi ke dalam jem tadi..
  3. potong 'piping bag' dengan berry cheese cream tadi dan hias atas soufflé cake..
  4. Letakkan raspberi dan bluberi segar ke atas soufflé  berry cheese cake mengikut citarasa..
  5. Taburkan pistachio dan letak ABC cake untuk finishing...
Tadaaa dah siap jemput makan... huhuhu memang habis anak-anak I makan dorang cakap sedap mak dorang baking haha... nanti buat kat rumah pula ye..



Bagi yang tak tahu lagi mengenai I---- I ialah seorang ibu 2 orang anak, masalah kulit adalah salah satu yang I alami seperti kulit perut menggerutu akibat kesan rekahan di perut.. tekanan setiap hari jangan cakaplah, i mana boleh tidur lewat-lewat dan  bangun lambat sebab pagi pagi anak i dah start pergi sekolah.. jadi memang banyak benda i nak fokus... nak kata i makan sihat tiap tiap hari tak la sebab masa sangat terhad.. jadi nak sediakan makanan yang 'greenish' hmmph memang tak sempat lebih-lebih lagi i sangat sibuk dengan pelbagai tugasan yang 'non-stop' walaupun surirumah je pun.. but still I akan cari masa untuk ber'me-time' gitu.. so disebabkan i dah nak masuk 30 tahun I cuba juga cari apa je benda yang boleh membantu untuk I lawan semua masalah yang I alami..

Cara I maintainkan kondisi kulit ni, I personally takkan SKIP 10 steps skincare routine langsung dari makeup cleansing, cleansing foam, ( scrub twice a week), masker ( detox twice a week ), masker yang hidrat, toner, serum, moisturizer, booster, face oil dan sunblock.. huuu.. usually I akan cuci my face like 2-3 per day because my skin basically macam combination + acne.. ada garisan halus under my eyes too.. so far sejak I rerajin amalkan langkah-langkah ni... I noticed my skin nampak much better than before.. won't lie time i bermasker yang jenis powder add on water tu i siap letak serbuk kolagen juga in it... so far not bad after rinsed dengan air i can feel my skin fluffy  kot huuu..

Apa itu Kolagen ?

Benda pertama yang keluar dalam otak I bila cakap pasal kolagen ialah sejenis makanan tambahan yang membantu untuk cantikkan kulit dan melambatkan proses penuaan.. sebenarnya dari I muda lagi dok sibuk telan kolagen tau... kadang-kadang 3 in 1 kopi berkolagen, susu soya berkolagen... hahaha sanggup tau beli untuk cantik punya pasal...

But TO BE HONEST, I lebih sukakan Lennox Collagen sebab I noticed serbuk kolagen nya SUGARLESS, TASTELESS, I rasa sesuai untuk yang alami masalah GDM macam I.. i campur dalam koko organik drink.. tak pun dalam penkek... okey je rasanya memang buat mood baik je bila dah amalkan Lennox Collagen recently..

Adakah Kolagen Penting ?

KKM iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan kolagen sangat membantu untuk menjadikan struktur kulit yang bekerjasama dengan protin yanf dipanggil sebagai elastin memberikan fleksibiliti yang diperulakan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Info boleh dapatkan dalam portal rasmi KKM.

Struktur kulit tidak tegang dan berkedut kerana hilangnya kolagen dimana ianya juga sangat penting untuk tulang. Tulang juga terdiri daripada komponen kolagen dan mineral yang dipanggil sebagai hidroksiapatit. Bahan bahan ini adalah sangat penting untuk pembentukan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.

Rupanya banyak kepentingan kolagen ni sebab saluran darah tubuh badan kita juga terbina dari kolagen untuk pembentukan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh badan..

Okey lepas I baca ni dari KKM terus I nak minum kolagen tiap-tiap hari.. huhuh...

Ada 3 jenis sumber utama kolagen iaitu ikan, lembu dan khinzir... To be honest I lebih suka kan kolagen dari sumber ikan... sebab ikan mostly halal dan tak perlu disembelih dan kebersihan juga adalah yang paling dititikberatkan..

↓↓ TONTON VIDEO PENGENALAN LENNOX COLLAGEN DI BAWAH ↓↓


Banyak produk kolagen yang boleh didapati masa kini salah satunya ialah LENNOX COLLAGEN !!! mostly produk Lennox Collagen ni menggunakan sumber dari ikan.. I is relieved ! Harga pun berpatutan !

Bagi I kita patut amalkan kolagen sebab bukan hanya untuk kulit yang cantik dan gebu gebas malahan otot dan tubuh badan kita juga memerlukan bahan ni untuk penstrukturan yang lebih baik..


Lennox Collagen mempunyai 5 rangkaian :
  • LENNOX FirmUp+ (Mencerahkan Kulit)
  • LENNOX FirmUp+ Men (Melawan Kulit berminyak)
  • LENNOX FirmUp+ Forte Gold (Untuk penghidratan)
  • LENNOX FirmUp+ EX (Mencerah dan Menghidrat)
  • LENNOX Collagen 5000 (Kalori Rendah dan mudah digunakan)
Lennox Collagen menggunakan kolagen laut berair iaitu 100% larut air dan mempunyai berat molekul yang rendah untuk pencernaan yang lebih baik berbanding dengan kolagen konvesional, kolagen Lennox mempunyai struktur ikatan yang lebih pendek dan mudah larut untuk serapan yang lebih mudah melalui badan.


LENNOX FirmUp+ diperbaharui dengan esen pemutihan, LENNOX FirmUp+ sesuai untuk sesiapa yang menginginkan kulit yang cerah. Dimuatkan dengan CoQ10 dan ekstrak benih anggur, anti-oksida yang kuat, membantu untuk melindungi kulit dari kerosakan sinaran UV yang mengakibatkan Penuaan.

Serbuk unik + formula cecair memastikan kesegaran dan keberkesanan kandungan yang terpelihara. Antioksida yang digunakan di dalam bentuk serbuk lebih baik dari bentuk cecair kerana ianya mudah teroksida selagi ianya masih tertutup dan belum dibuka.

Dengan Lennox Firm Up+, khasiat dan keberkesanan antioksida akan dapat dilihat apabila anda memasukkannya ke dalam botol sebelum mengambilnya.


LENNOX FirmUp+ Men

Mengikut kajian, kulit lelaki lebih tebal berbanding kulit wanita sebanyak 15%-20%. Oleh itu berbanding produk kulit bahagian luar, minuman kesihatan adalah lebih efektif menyerap untuk kulit yang sihat.

Lennox FirmUp+Men diformulasi secara istimewa untuk lelaki yang sangat sibuk dan yang mencari sesuatu yang mudah dan berkesan. Dicampurkan dengan ekstrak kaktus, dan ekstrak maritime pine bark, ianya membantu untuk mengurangkan lebihan minyak dan menjadikan kulit lebih hidrat.

Serbuk yang unik dan formula cecair digunakan untuk memastikan kesegaran dan keberkesanan dengan bahan yang terpelihara. 


LENNOX FirmUp+ Forte Gold diperkaya dengan ceramide dan pilihan yang tepat untuk mengekalkan kesihatan  kulit dan penghidratan.

Ceramides ialah molekul lipid yang terdapat dalam kepekatan yang tinggi dalam sel membran didalam lapisan atas kulit. Ianya memegang sel kulit bersama-sama sambil membentuk lapisan perlindungan yang menjadikan kulit lebih tegang disamping mengunci lembapan. Ianya juga sebagai pembenteng melawan bakteria dan pencemaran alam sekitar. 

FirmUp+ Forte Gold dengan Ceramide menjadikan kulit yang kering dan kendur lebih baik dengan mengunci lembapan kulit. Ianya juga membantu untuk melambatkan proses penuaan dan tekanan dengan meninggalkan kesan lembapan dan hidrat pada kulit.

Well I suka gila FirmUp+ Forte Gold ni sebab ianya sangat membantu memperbaiki tekstur kulit I.. walaupun tak halus sepenuhnya at least I nampak kulit I much better than before.. please follow my journey dengan FirmUp+ Forte Gold di dalam IG Stories. Dah nak masuk minggu ketiga ! :)

IG STORIES LENNOX FirmUP+ Forte Gold Introduction : http://bit.ly/2Nd1qYk
IG STORIES WEEK 1 : http://bit.ly/33RzQWu
IG STORIES WEEK 2:  http://bit.ly/2ZfyktP
IG STORIES WEEK 3 : Coming Soon !
IG STORIES WEEK 4 : Coming Soon !


LENNOX FirmUp+ Ex diformulasikan dengan 2 kali ganda kebaikan seperti mencerah dan meghidrat. I need this please ! Dipek dengan Antioksida seperti ekstrak bunga sakura dan ekstrak benih anggur untuk melawan radikal bebas serta melindungi kulit dari penuaan. Esen sakura mengandungi agen pencerahan yang membantu mencerahkan pigmentasi kulit yang tidak sekata akibat sinaran UV berbahaya.

Sel stem epal juga dimasukkan di dalam LENNOX FirmUp+ Ex untuk memperbaharui dan memperbaiki sel kulit yang dalam proses penuaan. Dengan pengamalan produk ni, kulit anda akan kekal muda dan supple gitu... nak beli nak beli yang ni please !


LENNOX Collagen 5000 ni sesuai untuk sesiapa yang mencari kalori rendah dan cara yang mudah untuk menikmati kolagen. Diperbuat dengan kolagen ikan berpeptida yang berkualiti tinggi berasal dari Jepun larut dengan mudah di dalam minuman kegemaran you all. Paling best ianya sangat mudah diserap oleh badan.

LENNOX Collagen 5000 ini juga boleh dimasukkan di dalam resepi masakan... kalau I letak dalam pencake dan minuman koko kegemaran I. Sedap, tasteless but kaya dengan kebaikan !


Sempena bulan Ogos ni, Lennox Collagen meraikan kempen SAYANGI KULIT ANDA ( love your skin)... so disebabkan itu I sedaya upaya untuk pastikan  kulit I dihargai dengan sebaiknya. Lennox Collagen pun best sebab tawarkan harga gila untuk kita semua simpan bebanyak sebagai salah satu galakkan untuk kita semua memiliki kulit yang sihat dan gebu gebas. You all boleh cek sendiri Lennox Collagen FB page dan Website mereka untuk diskaun setiap produk dan berpeluang untuk menangi hadiah yang menarik tau...

Terima kasih semua sebab sudi baca post I kali ni. Make Sure jangan lupa Minum Lennox Collagen tau ! See you on my next post. Muah Sikit ! :)


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com