Penyedap Masakan anda Ajinomoto 'Rasa Sifu'


Satu nama yang sinonim dengan perasa makanan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menghasilkan perasa BARU semua- dalam-satu, 'Rasa Sifu' untuk membuatkan masakan di rumah rasa seperti di restoran!
To be honest, I sebenarnya memang jarang memasak menggunakan Ajinomoto.. usually I hanya guna garam bukit sebagai penyedap rasa... tapi tu la sebenarnya To be honest juga I suka gila makan kat kedai tomyam kalau dah bosan dengan masakan sendiri.. kat kedai Tom Yam tu mostly guna ajinomoto tau nak kasi makanan rasa sesedap gitu hahha... so I kena lah sekali sekala mencuba penyedap rasa dari Ajinomoto ni mana tahu tiba-tiba jatuh cinta terus kan. hehehe...

Di tengah-tengah banyak perkakas, chef di restoran sering dilihat mempamerkan kemahiran mereka dengan melambung bahan-bahan masakan semasa menggoreng. Kadang-kadang, makanan akan menangkap api dan tiba-tiba, api terpadam. Semua ini menyumbang kepada aroma wangi yang berlegar di udara sebelum makanan tiba di atas meja anda.

Dengan Rasa Sifu yang pertama seumpamanya di pasaran, kini semua orang
boleh mencapai 'Rasa Wok;' yang unik dalam masakan mereka. 'Rasa Wok'
menggambarkan rasa unik yang dirasakan apabila anda menggoreng dengan api
yang cukup panas sehingga wok seumpamanya berapi. Cara masakan ini biasanya
tidak dapat dicapai di rumah.

Mengenai Ajinomoto (Malaysia) Berhad

Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) memulakan operasi perniagaannya pada tahun 1961, sebagai salah sebuah syarikat Jepun yang pertama di Malaysia. AMB merupakan sebahagian daripada Kumpulan Ajinomoto, pembuat produk makanan dan penambah perisa berkualiti tinggi global, bermula dengan Penambah Perisa Umami “AJI-NO-MOTO” yang ditemui buat kali pertamanya dan
dihasilkan lebih daripada 100 tahun dahulu di Jepun. Hari ini, AMB memiliki pelbagai rangkaian produk di bawah jenama “AJI-NO-MOTO”, “Rasa Sifu”, “TUMIX”, “SERI-AJI”, “AJI-SHIO”, “PAL SWEET”, “AJI-NO-MOTO® PLUS”, dan “AJI- MIX”.

Bermula dari itu, AMB telah berkembang menjadi pembuat produk makanan dan penambah perisa yang dinamik dan bertanggungjawab yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama berdekad-dekad. Untuk lebih banyak maklumat mengenai AMB, sila layari www.ajinomoto.com.my.

Dengan adanya Rasa Sifu, anda tidak perlu bersusah payah untuk mempelajari teknik masakan chef. Anda kini boleh menyediakan makanan berkualiti seperti yang disediakan oleh chef di restoran, tetapi di dalam keselesaan dapur anda sendiri.

Memasak kini lebih mudah dan lebih cepat dengan Rasa Sifu perasa semua- dalam-satu yang datang dalam bentuk serbuk. Kemanisan tiram; adalah antara keunikan perisa serbuk ini. Ia mengandungi jumlah ramuan asas yang mencukupi, sos berperisa tiram, bawang putih dan bawang merah tumis, serta bahan-bahan istimewa yang lain, untuk memahirkan masakan anda dengan rasa wok dan manis tiram yang istimewa.

Resepi Kangkung Tumis

Resepi Sayur Kubis Tumis

Hanya 10g - 1 sudu besar untuk rasa masakan lebih enak dan sedap.

Resepi Sayur Campur Sambal

Resepi Sayur Campur 'Rasa Sifu'

Bahan-bahan dalam Ajinomoto Rasa Sifu

'Rasa Sifu' menawarkan pengalaman rasa baru. Jadi, pastikan anda mengambil satu paket hari ini! Dijual di pasar raya, pasar raya besar, kedai runcit dan kedai serbaneka,'Rasa Sifu' boleh didapati dalam pek 20g, 100g dan 300g.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com