🌸Pengikut Blog🌸

Tonton Video : Bersihkan Diri dengan produk Holika Holika


Hi you all so harini I received a box filled in with Holika Holika Products. Agak teruja sebab mostly skincare yang  agak effective untuk masalah kulit liang pori tersumbat. 

Antara produk yang I dah Cuba sendiri ialah : 

👉 Soda Pore Deep Cleansing Oil
👉 Soda Pore Bubble Foam cleansing baking powder + cleansing brush 
👉 Soda Pore Deep Cleansing Foam baking powder + cleansing scrub 
👉 Aloe Soothing essence 80% Moist Firming Gel Cream Cooling 
👉 pure essence mask sheet mugwort 
👉 Biotin Essential Nutrient for hair Vitamin-B7

👉 Soda Pore Deep Cleansing Oil 

Sebagai seorang yang gemar pakai solekan. I sememangnya akan mencari any makeup remover yang oil based untuk remove makeup pada wajah I sebelum I teruskan rutin penjagaan kulit I. Sebab I jarang ke events nowadays, I noticed I hanya guna solekan lebih kurang 2 -3 kali seminggu and the rest of the days atau I keluar pergi ke kedai berhampiran usually I hanya pakai solekan yang tipis atau memang tak pakai langsung.

Soda Pore Deep Cleansing Oil ni membantu untuk merawat masalah dermatitis di dalam liang pori, melembab dan menyuburkan kulit. Paling best ianya juga berkesan untuk menanggalkan bintik putih dan bintik hitam dengan mudah untuk wajah yang lebih bersih. Diformulasi dengan minyak zaitun, minyak argan, dan air mineral harrogate serta soda dan juga minyak pokok teh.

Minyak zaitun meningkatkan keanjalan kulit dan memperbaharui sel kulit baru. Manakala minyak argan merawat sel tisu kulit yang berparut serta bertindak sebagai anti-radang, efektif sebagai pelindung tabir suria, paling bagus ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan pembasmi kuman. Air Harrogate kaya dengan mineral yang efektif untuk merawat masalah kulit gatal dan kemerahan. Minyak pokok teh berkesan untuk mengurangkan jerawat, baking soda pula bagus untuk menyerap lebihan minyak dan kotoran dari dalam liang pori.

I noticed Soda Pore Deep Cleansing Oil ni memang membersihkan wajah I dari solekan dan kotoran secara efektif, kulit I nampak lebih bersih dan liang pori terasa lebih ringan. Kulit I juga nampak lebih cerah setiap kali I bersihkan kulit wajah I dengan Soda Pore Deep Cleansing Oil ni. Tekstur minyak yang likat bau yang mild bila kena air ianya bertukar menjadi seperti air berwarna 'cloudy white.'  So far dia jadikan kulit I tetap lembut.

👉 Soda Pore Bubble Foam cleansing baking powder + cleansing brush 

First Impression I agak tertarik dengan packaging, sebab came with cleansing brush. Cleansing brush tu agak tak selesa sedikit sebab bila nak buat circular motion terpaksa gerakkan sekali botol tu rasa macam berat je hehe.

Cleansing foam ni sebenarnya campuran sparkling water dan baking soda yang direka khas untuk yang mempunyai masalah kulit berminyak dan kulit berkombinasi. Produk ini bertindak untuk menyingkirkan lebihan minyak dan mengurangkan keradangan. Membantu untuk membersihkan pori yang tersumbat dan jerawat.

👉 Soda Pore Deep Cleansing Foam baking powder + cleansing scrub

Pembersih busa secara mendalam ni berasaskan air karbonat, baking soda dan pokok teh yang direka khas untuk masalah kulit berminyak dan kombinasi. Produk ni sama seperti Soda Pore bubble foam namun lebih bersih. Membersihkan pori yang tersumbat dan jerawat. Sesuai untuk bersihkan solekan yang kalis air. Tekstur ni ada biji-biji biru halus tau bertindak seperti scrub.

👉 Aloe Soothing essence 80% Moist Firming Gel Cream Cooling 

Seperti umum ketahui, Aloe vera adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan khasiat terutamanya untuk melembab, melembut, menyuburkan, memulih dan menenangkan kulit wajah. Tekstur wajah juga lebih halus selembut sutera bagi yang kerap mengamalkannya. Krim ini bertekstur gel dan apabila disapu pada kulit ianya berubah menjadi tekstur berair. Krim ini menyejukkan kulit dimana ianya bertindak untuk melambatkan proses penuaan. Ianya amat mudah untuk meresap ke dalam kulit dan bertindak sebagai sebagai lapisan pelindungan untuk kesan lembapan yang lebih lama.

Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif. Produk ini juga bebas paraben dan mengandungi minyak pokok teh. Krim ini juga mengandungi ectoin untuk mengelak fluktuasi suhu, Iritasi UV, dehidrasi, dan alahan kimia yang berbahaya. Kaya dengan kandungan untuk mengurangkan keradangan, mempercepatkan proses penyembuhan, menguatkan imuniti kulit dan ertindak sebagai penghadang.

Last time Tangan I terkena minyak panas, I cepat-cepat sapu krim ni, Alhamdulillah dia sejukkan permukaan kulit yang terkena minyak panas tu. Sekarang kulit tu dah clear tinggal parut yang semakin pudar. Setiap hari kena sapu memang nampak kesan kulit lebih better.

👉 pure essence mask sheet mugwort 

Ekstrak Mugwort sangat bagus untuk menyegar dan mengurangkan keradangan pada kulit. Minyak mugwort mengurangkan pencambahan kalenjar sebaceous, meningkatkan pertahanan kulit pada persekitaran dan penuaan. Ekstrak Mugwort menggalakkan penyembuhan luka yang lebih cepat menghilangkan bengkak-bengkak pada wajah. Ianya menjadikan solekan lebih segar, mengurangkan ketegangan dan tekanan kulit serta merangsang, membersih dan mencerahkan kulit wajah. Ianya sangat sesuai untuk yang sensitif dan beriritasi.

👉 Biotin Essential Nutrient for hair Vitamin-B7

To be honest I sememangnya mempuyai masalah rambut gugur and still working out to finding a solution for my hair fall problem. Biotin Essential Nutrient for hair Vitamin-B7 ni bau dia macam segar dan kurangkan kegatalan pada bahagian kulit kepala. Setiap kali I cuci rambut I pakai Biotin Essential Nutrient for hair Vitamin-B7 ni I dapat rasa rambut I less oily. Kandungan Biotin dan Panthenol ni sangat efektif untuk bersihkan kulit kepala dari habuk, sebum dan sel kulit mati pada permukaan epidermis. Paling best kalau amalkan pemakaian syampu ni rambut lebih lembut bersinar selembut sutera tau. Bau rambut pun wangi tahan lebih lama. > More Info <


So far produk Holika Holika ni memang tak mengecewakan I. Sangat sesuai untuk yang alami masalah kulit sensitif.

Bagi you all yang berminat dengan produk yang I cuba ni boleh lah layari : https://www.amazon.com/holikaholika, Instagram :  holikaholikaglobal_official

Post a Comment

www.syafierayamin.com