SEA LIFE Malaysia - akuarium terbesar di LEGOLANDⓇ Malaysia


SEA LIFE Malaysia merupakan akuarium terbesar dan yang terbaru di LEGOLANDⓇ Malaysia Resort. Pelawat yang hadir pasti akan terpukau dengan penggembaraan yang penuh intimasi dan interaktif dibawah ombak-ombak kecil, SEA LIFE Malaysia akan menceritakan suasana didalam lautan dan habitats yang terdapat didalamnya yang pasti sebolehnya akan menarik perhatian bagi mereka yang masuk ke dalam akuarium terbesar ini.

Menawarkan keseronokan serta pendidikan mengenai kehidupan marin, LEGOLANDⓇ Malaysia Resort percaya tarikan terbaru ini pasti akan memberikan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari banyak mengenai planet biru aset semulajadi ini.


Fakta mengenai SEA LIFE Malaysia :
  • 2 tingkat akuarium ini berlokasi di bahagian antara usaha sedia ada Merlin Entertainments, LEGOLANDⓇ Malaysia Theme Park, LEGOLANDⓇ Water Park, dan LEGOLANDⓇ Hotel yang mempunyai keluasan kawasan sebanyak 2,123m².
  • SEA LIFE Malaysia mempunyai 25 tangki paparan dalam 11 zon habitat yang mempunyai 13,0000 hidupan dari laut dari 120 spesis.
  • Tangki terbesar iaitu tangki lautan mempunyai terowong dimana pelawat dapat melihat sendiri jerung, ikan pari dan hidupan laut yang lain berenang di dalamnya dengan 385,000 liter air.
  • SEA LIFE Malaysia percaya dengan pengetahuaan dan pendidikan yang akan diberikan kepada pelawat mengenai terumbu karang yang telah menyumbang secara keseluruhan ekosistem dalam kehidupan marin di bumi.
  • Zon Habitat dalam SEA LIFE Malaysia antaranya ialah : Shoaling Ring, Malaysian Rainforest, Seahorses, Stingray Bay, Coral Reef, Jellies, Ocean View, dan Ocean Tunnel ( Tangki terbesar dalam akuarium )
  • Terdapat 'behind-the-scenes tour' istimewanya untuk para pengunjung yang hadir mempelajari mengenai tahap kesihatan dan cara penyediaan untuk semua hidupan laut setiap hari di SEA LIFE Malaysia.
  • Untuk menjadikan pengalaman belajar yang lebih impak dan diingati, SEA LIFE Malaysia telah memuatkan elemen interaktif di setiap zon habitat. Secara mudahnya, kanak-kanak yang melawat Rockpools dapat mempelajari melalui sentuhan  mengenai habitat semulajadi yang ada di Rockpool dengan memberikan impak pada hidupan laut dengan tutorial interaktif.
  • SEA LIFE Malaysia juga akan memaparkan Sungai Johor iaitu sungai utama di Malaysia sebagai perangkul utama identiti tempatan.
  • SEA Life Malaysia juga akan memasukkan Hutan Hujan Malaysia sebagai zon pameran. Kewujudan eleman unik tempatan pasti akan membuatkan mereka yang mengunjungi SEA LIFE Malaysia ni akan berasa sangat WOW ! ;)

SEA LIFE -GLOBAL : Visi SEA LIFE adalah untuk menjadi jenama akuarium yang terbesar dan berjaya dengan meletakkannya sebagai penerokaan yang mengujakan ( Amazing Discoveries ), dalam SEA LIFE Trust ialah 'Breed, Rescue dan Protect' dan meletakkan sepenuh hati di setiap perkara yang dilakukan.

Pemuliharaan yang dilakukan sepenuhnya oleh SEA LIFE telah merangkumi strategi untuk pembiakan, menyelamat dan melindungi ( BRP ). Lebih daripada 300 marin biologi, aquarist dan pekerja yang memberi sokongan penuh di Marine Animal Welfare Department di Weymouth di UK dan akuaria di seluruh dunia telah memastikan semua yang dilaukan akan menepati misi BRP.



  • SEA LIFE merupakan nombor 1 akuarium terbesar di dunia.
  • SEA LIFE telah menyambut kedatangan pengunjung hampir 1 juta lawatan dari sekolah dan telah memberi 155,000 persembahan yang berinspirasi mengenai hidupan laut kepada pengunjung setiap tahun.
  • Sesuai untuk semua ahli keluarga termasuk yang paling muda.
  • Kunci utamanya ialah ' FUN LEARNING' sebagai tarikan utama. Untuk kanak-kanak dan orang dewasaakan diberikan peluang untuk berinteraksi dengan hidupan laut melalui program sekolah mahupun lawatan. SEA LIFE telah bekerjasama dengan sekolah dan cikgu sekolah secara individu untuk membangunkan informasi yang pastinya akan memberikan inspirasi pada orang muda.


Walaupun I dah banyak kali tengok Star Fish tapi tapak sulaiman warna coklat ni memang first time.. geram je tengok, paling best dapat sentuh bahagian atas tapak sulaiman ni untuk rasa permukaan tekstur atas badan dia tu.. eiii geram betul sebab comel.


Nak pegang starfish ni kena hati-hati tak boleh ganas nanti kaki kaki kecil dekat bawah dia boleh tercabut tau..


Bahagian interaktif ni kita boleh pilih ikan, dan corakkan ikan kita mengikut corak yang kita suka dah siap nanti tekan SWIM dia akan masuk dalam akuarium interaktif..


Jellyfish ni warna dia sebenarnya putih je tapi ada butang LEGO Bricks boleh tukar warna .. jadi Obor obor ni akan bertukar warna mengikut warna yang kita pilih tapi I rasa obor-obor ni nampak lebih cantik dan menarik bila mereka dapat pengcahayaan berwarna oren.


Port cantik yang ada kapal lanun wajib ambil gambar... makesure you all duduk bawah lampu tau..


Bahagian masuk SEA LIFE Malaysia, ada photographer di sini nanti dia akan tangkap gambar sefamili di sini..


Photo Board ni akan berada di sekitar tempat masuk.. jangan lupa tangkap gambar di sini ..


Kampung House di ialah small tunnel yang menempatkan ikan-ikan yang kecil,


Comelkan ikan-ikan ni terutamanya yang ada belang-belang hitam dan oren..


Yang ni tak silap I ikan belut berelektrik tau.. hee.. I agak geli sikit tengok ikan ni sebab badan dia memanjang tak macam ikan yang lain..


Yang ni sebenarnya udang tau.. udang ni dia akan makan sel kulit mati ikan-ikan yang besar.. heee..


Ada lagi terowong... terowong untuk kanak-kanak..

Bagi yang ingin merasai dan mempelajari hidupan laut di SEA LIFE Malaysia  ni bolehlah buat pembelian 'Triple-Park annual pass' di laman web rasmi LEGOLAND Malaysia atau www.visitsealife.com untuk menikmati kesemua persembahan LEGO Friends Live Show. Dengan pas anual ini, tetamu yang hadir dapat menikmati 12 bulan tanpa terhad ke dalam Taman Tema LEGOLANDⓇ Malaysia, Water Park dan SEA LIFE. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, sila layari LEGOLANDⓇ Malaysia melalui Facebook dan Instagram.

Selamat menambah pengetahuaan semua !

10 ulasan :

  1. Oh my god! Dah pergi dah hari tu. Memang cantik tempat dia kan! I wish diorang banyakkan lagi space sebab mesti budak-budak lagi happy tengok akuarium yang besar-besar. But as for now ok juga. Suka part jerung tu dengan kuda laut. Comel!

    BalasPadam
  2. Wah bestnya dalam Legoland dah ada akuarium! Mesti lagi seronok nak bawa anak kesini nanti. Last Yaya pergi Legoland sebelum kahwin. Teringat hotel dia yang best tu. Lepas ni boleh pergi lagi sebab dah makin best!

    BalasPadam
  3. Menarik dan best walaupun tatap gambar sahaja. Mesti best kan di sana. Jika Naim berpeluang ke sana. Naim nak ke Legoland ini. Terima kasih review

    BalasPadam
  4. cantiknya semua hidupan air ni. pelbagai jenis hidupan, warna dan saiz. kalau bawak anak-anak bercuti ke area johor bahru memang wajib singgahlah. diorang paling excited dapat tengok sea life

    BalasPadam
  5. macam best je. teringin nak pgi. last time pegi akuarium rasanya yang dekat langkawi tu. in shaa Allah kalau ke legoland akan singgah akuarium ni :) terima kasih share

    BalasPadam
  6. Seronoknya beb, I teringin sangat nak pergi tapi tak kesampaian lagi. Harap dalam tahun ni adalah rezeki nak bawak anak ke sana. Seronok dapat pergi tempat macam ni lagi-lagi bila ada budak kecil. Sebenarnya mak bapak dia akan excited lebih.

    BalasPadam
  7. Wah seronoknya dapat jalan jalan dengan kids dan kenali pelbagai hidupan laut di Sealife. I memang nak bawak anak anak datang kat sini tapi tak tahulah bila.

    BalasPadam
  8. Terbesar? Wow maksudnya saya kenalah bawak anak-anak pergi untuk melihat kan. Harap-harap tahun ini dapat pergi. Mesti teruja anak-anak saya nanti. :)

    BalasPadam
  9. Terbesar di Legoland or di Malaysia ? Confuse sikit. I dah lama teringin pergi ke legoland nie tp sampai skrg x terpegi2. One fine day nak jugak dtg sana n nak explore semua tmpt. Akuarium nie nampak best je nk pergi. Budak2 mesti suka

    BalasPadam
  10. Wow! best tempat ni, guess what i have not been to legoland before and wish to make a trip there with my family too.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com