LEGO Friends raikan Hari Persahabatan Sedunia di LEGOLANDⓇ Malaysia Resort


I selalu TONTON Lego Friends Series dalam Netflix. Now I got a chance to meet them just in persons and watch their performance at LEGO City Stage. Yay.. I love their Outfit very pastelittee girlish gitu.. let me introduce you guys the characters from Right to the left : Stephanie, Mia, Andrea, Olivia and Emma. I feel like I I balik zaman teenagehood yay !!! Watch their performances by swipe to the left and another coverage in my YouTube.




LEGOLANDⓇ Malaysia Resort menjemput mereka yang tinggal di Malaysia untuk bertemu dengan Olivia, Emma, Stephanie, Mia dan Andrea, iaitu sahabat baik dalam siri TV LEGO Friends dimana mereka telah menggembara dari Heartlake City ke Malaysia untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru dan akan menghiburkan para tetamu yang hadir dengan persembahan yang penuh semangat dan lincah di tama tema LEGOLANDⓇ Malaysia Resort.


Persembahan akan berlangung setiap hari pada pukul 11 pagi, 1 petang, 3 petang dan 5 petang di LEGO City Stage. So jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak tonton persembahan LEGO Friends.


Just a happy Face dapat main tali Pom Pom sebelum aktiviti bermula...


Your kids dapat created cute things dengan LEGO Friends Bricks. I love the colors so pastel-lizee..


Julai merupakan bulan yang sempurna untuk LEGOLANDⓇ Malaysia Resort memperkenalkan LEGO Friends di taman tema ini kerana ianya merupakan bulan persahabatan sedunia untuk diraikan bersama-sama rakan baru, LEGOLANDⓇ Malaysia Resort telah berkoloborasi bersama LEGO Friends untuk mencipta pelbagai aktiviti yang akan menggalakkan anak-anak untuk belajar mengenai diri mereka sendiri, membentuk identiti mereka sendiri dan kemahiran sosial yang positif pada peringkat umur yang masih muda menurut Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLANDⓇ Malaysia Resort.


LEGO Friends telah dicipta secara spesifik untuk menepati citarasa permainan yang penuh gaya dan
menggalakkan pemikiran yang kreatif terutamanya untuk kanak-kanak perempuan. Permainan, Persembahan dan aktiviti yang akan dibina dalam jenama ini akan meningkatkann fokus dan memberikan kanak-kanak ini lebih banyak peluang untuk berperanan besar. Oleh sebab itu, LEGOLANDⓇ Malaysia Resort telah memuatkan pelbagai aktiviti dan persembahan yang menarik sebagai salah satu usaha untuk semua orang termasuklah kanak-kanak perempuan untuk melawat taman teman ini. LEGOLANDⓇ Malaysia Resort.juga bakal memperkenalkan banyak lagi aktiviti untuk menjadikan taman tema ini sebagai destinasi untuk mereka yang sudah berkeluarga.


LEGO Friends akan mengadakan persembahan hampir ssetiap hari secara langsung dan 5 karakter perempuan yang berpesonaliti yang berada di Heartlake City. Mereka akan bekerjasama dalam berpasukan untuk membantu rakan baru mereka menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Setiap karakter mempunyai personaliti yang unik dimana ada yang sejenis tegas, ada yang tak begitu cerdik, kreatif, penyayang dan pelbagai lagi yang mebentuk persahabatan dengan sepenuh hati.


Dalam persembahan selama 20 minit ini, peminat dapat menyaksikan sendiri karakter utama iaity Andrea yang sudah bersedia untuk konsert tahunan Heartlake City. Seluruh keluarga digalakkan untuk memberi sorakan dan menyertai aksi bersama LEGO Friends yang sedang bersiap sedia untuk persembahan terbesar mereka! Nyanyian dan tarian bersama lagu-lagu popular LEGO Friends iaitu BFF dan Friends are Forever dengan momen menyanyi secara interaktif untuk menggalakkan lagi peminat untuk menyertai sekali termasuklah pergerakan menari. Penonton pasti akan terpukau dengan persembahan dari LEGO Friends dengan teknologi terbaru iaitu pemetaan visual.


Bagi yang ingin merasai kemeriahan LEGO Friends  ni bolehlah buat pembelian 'Triple-Park annual pass' di laman web rasmi LEGOLAND Malaysia untuk menikmati kesemua persembahan LEGO Friends Live Show. Dengan pas anual ini, tetamu yang hadir dapat menikmati 12 bulan tanpa terhad ke dalam Taman Tema LEGOLANDⓇ Malaysia, Water Park dan SEA LIFE. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, sila layari LEGOLANDⓇ Malaysia melalui Facebook dan Instagram.

Selamat berhibur semua !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com