gateway@klia2 lancarkan ‘BOBA Challenge’ untuk peminat teh boba Malaysia!

Sepang, 19 Julai, 2019 – Obses dengan minuman sejuk yang menyegarkan - teh susu dan gabungan mutiara kenyal boba? gateway@klia2 akan menganjurkan ‘BOBA Challenge’, yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos, 2019. Istimewa buat si penggemar teh boba, jangan lepaskan peluang dan sahut cabaran ini!

Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls berkata. “Teh boba telah melihat lonjakan besar dalam popularity sejak kebelakangan ini. Dalam usaha menghangatkan lagi demam teh boba ini, kami telah memulakan langkah dengan menganjurkan cabaran yaitu meneka jenama teh boba, yang pertama seumpamanya di negara ini. Kami sangat berterima kasih kepada peniaga di premis kami – Chatime, Tealive, Gong Cha, Regiustea, Xing Fu Tang, T Bun dan

Wincaa yang sudi berkolaborasi agar peminat teh boba dapat berkumpul bersama.” Setiap jenama mempunyai keunikan rasa yang tersendiri, seperti perasa busa keju, gula hitam, susu panggang, serta perasa buah yang menyegarkan, ianya dapat memberi pelanggan banyak pilihan untuk memilih perasa yang mereka gemari.

Maklumat Cabaran

Cabaran ini akan berlangsung di gateway@klia2. Peminat setia teh boba dikehendaki merasai tujuh jenis minuman yang mewakili jenama berbeza dan meneka jenama teh boba dengan tepat.

Setiap peserta boleh menyertai pertandingan ini sehingga tiga kali sehari. Peminat teh boba bukan sahaja dapat menikmati minuman percuma malah pemenang cabaran akan menerima bekalan teh boba percuma selama setahun*.

Cabaran ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki Kad Pengenalan sah dan berusia 18 tahun ke atas. Untuk menyertai, pengunjung boleh mendaftarkan diri di premis pertandingan yang berada di aras dua, balai ketibaan, berhampiran dengan H&M.

Chua menambah, “Seperti biasa, kami sentiasa ingin memberikan pengalaman unik yang menarik lagi menyeronokkan, kami berharap cabaran ini akan memberi kesan berpanjangan kepada pengunjung kami yang mempunyai minat yang mendalam terhadap teh boba.”

Butiran penuh pertandingan, boleh didapati di: www.gatewayklia2.com.my Jadi, tandakan kalendar dan ayuh lawati gateway@klia2 untuk menyertai pertandingan ini bersama rakan-rakan dan keluarga tercinta.


Bagi maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi, sila ikuti kami di:

Website: www.gatewayklia2.com.my
Facebook: www.facebook.com/gatewayklia2/
Instagram:https://www.instagram.com/gatewayklia2/

*Tertakluk pada Terma & Syarat.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com