Servis Andaman Muslimah Beauty Salon and Spa Leen Beauty Taman Serdang Perdana


Hi you all semalam I sempat jadi ratu sehari walaupun I bukan nak jadi pengantin tau.. heee. tapi apa salahnya nak melaram walaupun dah berkahwin anak 2.. saje je sebab I nak feel ratu sehari tu. Servis andaman dan spa kecantikan - Muslimah Beauty Salon and Spa Leen Beauty ni terletak di Taman Serdang Perdana. Bagi yang mengikuti facebook atau instagram Leen Beauty ni memang banyak servis kecantikan dan urutan yang ditawarkan dengan harga bermula dari RM10 ! Tapi pastikan buat appoinment awal-awal untuk mengelakkan anda dari berasa kecewa tau.. (customers non-stop) kalau 1 hari.. 1 harilah berada dalam spa ni..

Moroccan Bath


Servis yang sempat I buat semasa berada di Leen beauty ni ialah Moroccan Bath, memandangkan ada beberapa owner di sini dan salah seorangnya berasal dari Yemen, jadi Leen Beauty telah membawakan rutin kecantikan orang Arab ke Malaysia.. dan Moroccan Bath ni la adalah pakej yang ada disini yang perlu you all cuba sendiri kalau singgah Leen Beauty tau sebab pakej ni memang lengkap untuk mengembalikan keremajaan kulit, mencerahkan kulit dan menyental sel kulit mati untuk penghasilan kulit baru yang lebih halus, mulus dan lembut.


Moroccan Bath ni ada beberapa rawatan bermula dari rendaman kaki dalam air panas suam untuk melegakan ketegangan.. kemudian urutan badan... fuh urutan yang I rasa sangat best sebab segala urat-urat kembang yang masuk angin tu dah start keluar dan badan rasa lebih ringan.. lepas tu ke bahagian bilik Morrocan Bath pula... badan disauna beberapa minit... sebolehnya lagi lama lagi bagus.. tapi Kak Nurul kata I dalam bilik tu tak sampai 5 minit pun.. haha... lepas tu cuci badan dengan Moroccan Soap..


Bahan seterusnya yang digunakan untuk body mask pula ialah campuran herba, moroccan mud, moroccan nilah, lavender, Akher Fassi, Dead Body Peel, sakalah face herbs, cowry herbs, henna dan sedr. Lepas dah bersauna dan cuci badan pakai moroccan soap tu terus i sapu badan I dengan semua bahan ni... then Kak Nurul scrub badan I dengan sarung tangan scrub tu.. sarung tangan tu memang kasar yer lah untuk buang sel kulit mati kan... satu badan habis discrubnya... lepas tu bilas badan macam biasa...


Tadaaa... badan terasa sangat FRESH, bersih, kulit licin halus semulus-mulusnya... sangat direkomen untuk bakal pengantin buat Moroccan Bath ni... Rasa gebu je kulit.. kaki kaki nampak putih glowing habes... heeee.. suka tau Moroccan bath ni...

Just In case you all nak buat Morrocan Bath di rumah you all
boleh dapatkan produk setnya di Leen beauty RM170 per set

Makeup Pengantin RATU sehari by Mimie Samin


Lepas badan dah FRESH hilang segala daki.. I perkenalkan dekat you all MUA Mimie Samin... bukan calang-calang makeup artist tau tapi makeup artist ber'degree' no wonder lah muka I dari biasa-biasa terus jadi macam Puteri kayangan turun ke bumi.. muka dari banyak jerawat terus hilang jerawat tu heee...


Tadaa inilah hasilnya dengan hair setting kepok-kepok oleh Mimie Samin.. you all contact je I rasa pakej gaya macam I ni bermula dengan harga RM650.. apa apa you boleh contact je Mimie di Leen Beauty.. sebab harga is depending pada majlis.


Leen Beauty ni kalau waze dia hantar ke Bangsar South tu baik taip nama jalan tau.. baru jumpa..


Leen Beauty ladies Beauty Lounge hanya benarkan wanita sahaja masuk, lelaki is a BIG NO NO no...  tingkat atas sekali.. masa naik tu exercise sekali..


Pintu nak masuk ke Leen Beauty..


Ruangan yang sangat luas, selesa dan rasa seperti berada dalam studio..


Bahagian studio sesuai sesiapa yang nak buat sesi photoshoot di sini..


Banyaknya fake eyelashes..i paling suka hujung sekali belah kiri.


Ruangan kaunter pembayaran dan pertanyaan..


Ruangan rawatan dan 'coloring' untuk rambut..


Ruangan urutan badan dan 'facial' wajah..


Ruangan Urutan untuk kaki..


Ruangan Pedicure dan Medicure..


Bahagian Moroccan Bath..


Ruangan Servis Andaman Muslimah Beauty Salon and Spa Leen Beauty Taman Serdang Perdana yang sangat luas...


Antara nail polishes yang digunakan di Leen Beauty..


Antara jenis barangan solekan yang digunakan untuk tatarias dan andaman..

Pakej I yang ambil untuk Moroccan Bath ialah RM280 tapi harga sebenar bermula dari RM120 manakala Makeup adn rambut RM 300 tapi harga sebenar bermula dari RM100 sebab servis di Leen Beauty Malaysia kadang-kadang ada promosi kaw-kaw kadang-kadang dari separuh harga untuk semua servis, rasa macam tak rugi mencantikkan diri di sini tau..
Dan jangan LUPA untuk BOOKING sempena Ramadan di Servis Andaman Muslimah Beauty Salon and Spa Leen Beauty Taman Serdang Perdana sebab ada promosi KAW KAW yang sangat murah  bermula dari harga RM10, RM20 dan RM30 !!



Servis setiap rawatan yang bermula dari RM10 :
  • 🌺Eyebrow shaping.
  • 🌺Eyebrow tinting.
  • 🌺Nail polishing.
  • 🌺Manicure.
  • 🌺Haircut.
  • 🌺Hand spa.
  • 🌺Henna mehindi.



Servis setiap rawatan yang bermula dari RM20 :
  • 🌸Scalp massage.
  • 🌸Blow dry.
  • 🌸Threading.
  • 🌸Eyelash perming.
  • 🌸Pedicure.
  • 🌸Oil hair treatment.
  • 🌸Foot spa.

 Servis setiap rawatan yang bermula dari RM30 :
  • 🌼Hands/legs waxing.
  • 🌼Gel polish.
  • 🌼Body scrubbing.
  • 🌼Fake nails extension.
  • 🌼Body slimming.
  • 🌼Facial.
  • 🌼Body massage.
Setiap servis dalam bulan Ramadan sehingga 30 Mei 2019.
  • Sila BOOKING terlebih dahulu
  • Call 0389405676
  • Whatsapp https://Leenbeauty.wasap.my 📛
  • Leen beauty, B-2-10, Jalan sp4/1, Taman serdang perdana, Seri kembangan 📛
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram : @leenbeauty_my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com