Bata Malaysia - Ikatan Gaya Raya bersama Amar & Amyra


Hi You all dah planning nak beli baju raya, kasut raya, beg raya dimana ? I dah ! Kali ni I dapatkan kasut tinggi, kasut tapak rendah di Bata Malaysia.. I dah lama berhasrat nak beli kasut-kasut di Bata sebab I noticed kasut-kasutnya bukan sahaja rekaan semakin lama semakin menarik malahan KESELESAAN tu yang penting I mula titikberatkan. Cuba tengok kasut I pakai tu tinggi juga lebih kurang 3 inci tapi Alhamdulillah tak sakit kaki. Bila dah pakai kasut tinggi sikit 'of course' postur badan I nampak lebih 'better than before.'

Apa yang menarik kali ni bukan sahaja rekaan kasut yang cantik, menarik dan selesa... malahan Bata juga menyediakan hampir lengkap keperluaan untuk 'berGAYA' di Hari Raya Aidilfitri tahun ni seperti beg raya, kasut raya untuk lelaki dan juga kanak-kanak. Paling BEST banyak sangat pilihan rekaan yang ada.


Keterujaan Bata Malaysia memperkenalkan koleksi terkini bagi  musim perayaan adalah sesuai untuk seisi keluarga dengan kepelbagaian citarasa dan rekaan kontemporari dengan gabungan 'twist glam' telah menjadikan Bata Malaysia adalah pilihan nombor satu terutamanya dari segi harga yang berpatutan.

Ikatan dalam Gaya Raya bersama Amyra Rosli & Amar Baharin

Bertemakan Ikatan dalam gaya raya ini adalah persembahan yang dibentangkan oleh Bata Malaysia yang lebih baik dari tahu sebelumnya. Tahun ini, kedai kasut terbesar ini telah memberi fokus untuk mencipta gaya baru, memberi ganjaran dan tidak melupakan detik-detik yang boleh dikongsi dalam kalangan ahli keluarga melalui membeli-belah di Bata Malaysia dengan tawaran terkini.

Jenama ini juga telah bekerjasama dengan pasangan selebriti terkenal iaitu Amyra Rosli dan Amar Baharin untuk mempromosikan Bata Malaysia tahun ini dengan koleksi yang indah sebagai duta kempen dan mereka juga telah melibatkan diri sebagai duta untuk Fesyen Bata Weekend 2019, yang telah berlangsung di Prague, Republik Czech.

Amyra Rosli baru-baru ini menyelesaikan drama popularnya Nur2 di TV3 manakala Amar Baharin dalam 'Jodoh Jodoh Anissa' akan disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi. Pasangan selebriti ini adalah pasangan yang pilihan yang menggambarkan identiti Bata. Kedua-dua Amyra dan Amar mewakili pasangan ideal yang berjaya dalam kerjaya masing-masing dan menyokong imej positif dalam semua aspek kehidupan mereka.


Trend Kontemporari & Luxe moden untuk Wanita

Wanita yang menginginkan gaya minimalis boleh mencuba sendiri luxe moden untuk pilihan pemakaian perayaan mereka pada tahun ini akan mendapati bahawa koleksi terbaru di Bata sangat sempurna dalam memenuhi keperluan gaya mereka. Berasal daripada bahan yang berkualiti tinggi seperti suede, satin dan juga denim, Koleksi Raya ini akan memberikan keselesaan dalam bergaya yang terbaik.

Ia adalah pilihan yang tepat untuk memakai 'regular black pump' dengan gaya metalik yang pastinya akan membuatkan orang di sekeliling toleh kepala untuk melihat kasut ni sendiri. Suntikan salah satu tren yang paling hangat ke dalam #OOTD perayaan dengan 'clear panel wedges' yang terbaru dari Bata mempunyai 3 pilihan warna iaitu  biru metalik, emas atau hitam.

Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar ingin nampak Glamour habis ketika raya, kasut yang ber'glitter' adalah benar-benar penting - dan hanya yang Bata menawarkan GAYA yang sempurna untuk 'mini wedge pumps & strappy stilettos !


Bagi mereka yang berminat untuk mengambil gaya gaya mereka lebih meletOp Raya tahun ini, Bata juga menawarkan barisan kasut moden dalam mempelbagaikan gaya 'floral jacquard' untuk memenuhi hampir setiap pilihan.

Koleksi kasut wanita berharga dari RM79.00 hingga RM149.00.


Pilihan Trendy & Serba boleh untuk Lelaki

Mulakan musim perayaan yang sempurna dengan pilihan kasut lelaki yang bergaya dengan harga yang berpatutan. Sama ada anda pergi melawat keluarga & rakan-rakan atau menghadiri acara keagamaan dan ada juga yang ideal untuk sebarang majlis.

Pada tahun ini, Bata mempersembahkan brogues, moccasins, loafers, kasut berenda, pelbagai jenis pilihan sandal & slider suede dan bahan berasaskan PU. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti navy hitam, hitam klasik atau khaki edgy. Bagi lelaki yang ingin memberikan 'Vibe Trend' boleh lah mencuba sendiri beberapa jenis sneakers yang boleh dipilih dari koleksi terkini untuk rangkaian 'top-of-the-line fly-knit.'

Direka dengan penuh keselesaan, kasut lelaki di Bata ni sebenarnya sangat ringan dan serba boleh dari pelbagai sudut. Kaum lelaki yang memakai koleksi kasut dari bata ini akan menjadikan mereka nampak lebih bergaya dengan penuh keselesaan serta mengikut trend terkini !


Koleksi kasut lelaki berharga dari RM59.00 hingga RM159.00.


Raya lebih meriah dengan kehadiran insan kecil yang tersayang

Bata bukan sahaja menyediakan kasut untuk wanita dan lelaki dewasa malahan Bata telah memperkenalkan kasut-kasut yang menarik untuk anak-anak kecil sekali gus menjadikan Bata Malaysia sebagai kedai kasut khusus untuk seisi keluarga. Tahun ini sahaja Bata telah mengeluarkan pelbagai jenis rekaan yang menarik dan setiap rekaan akan menerangi setiap langkah daripada kanak-kanak kecil ini.


Antara kasut -kasut kanak-kanak yang ditawarkan adalah seperti Ballerina pumps dan sandals untuk kanak-kanak perempuan manakala loafers dan slip on formal shoes adalah untuk kanak-kanak lelaki.

Koleksi Kanak-kanak berharga dari RM39.90 sehingga RM129.00.


Beg Tangan -  Aksesori Penting

Beg tangan Marie Claire dan Prive mampu melengkapkan gaya untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Bata telah menawarkan cetakan 'dainty florals' dipasangkan dengan 'gold chain straps' termasuklah 'bucket bags' yang sangat tepat untuk dibawa kemana-maa dan WAJIB untuk pakai waktu raya nanti. 


Beg untuk lelaki pula, Bata Malaysia memperkenalkan pelbagai beg dalam trend terkini. Ini termasuklah beg disangkut pada pinggang yang mempunyai banyak ruang penyimpanan dan ciri-ciri pelbagai fungsi.

Koleksi beg di Bata Malaysia berharga antara RM69.99 hingga RM149.00.


Istimewa Raya tahun 2019 ni.. Bata Malaysia bagi tawaran yang 'awesome' bagi yang berbelanja RM149 ke atas dapat jam tangan dan gelang Marie Claire boleh pilih antara 3 pilihan warna dan dapat diskaun baucar RM25.. manakala yang berbelanja RM99 dapat diskaun baucar RM25 yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Ada terma dan syarat, sementara masih ada stok.


Disebabkan I berbelanja lebih dari RM149, I dapat pilih Jam dan gelang Marie Claire.. I pilih warna rose gold yang tengah-tengah tu. Memang suka gila rekaan ni nampak sangat trendi habis.


Memang puas hati berbelanja di Bata Malaysia. Next pembeliaan I nak beli Beg Marie Claire pula nampak macam elegan je kan..


Bukan I saja yang suka kasut daripada Bata ni anak dara I pun suka betul kasut disini.. dah 2 dia dapat... hehe...



Tadaaa kasut untuk pergi beraya tahun ni nanti... simple je tapi SELESA janji boleh bergaya mengikut kemampuan ! Thanks Bata Malaysia sebab mengeluarkan kasut-kasut yang elegan macam ni...

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Bata, sila layari :
Facebook Bata Malaysia atau Instagram @batamalaysia
Laman : www.bata.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com