Kebun dalam Bandar di Bangi Golf Resort


Dengan mengenegahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR dengan menggunakan konsep Kebun dalam Bandar. Bangi Golf Resort (BGR) mengajak orang ramai mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk Iftar Sesama insan-insan yang mereka sayangi sempena mengambil keberkatan daripada kehadiran bulan Ramadhan untuk menikmati sajian enak disediakan oleh kumpulan chef berpengalaman bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Iftar Sesama 

Seiring dengan maksud ‘sesama’ itu sendiri iaitu ‘bersama’ ialah maksud tersirar di sebalik Iftar Sesama di BGR yang bukan setakat sajian buffet berbuka puasa malahan banyak kebaikan yang lain.

Berkongsi Pahala 

Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) buat mereka yang menjamu sajian enak di BGR untuk berkongsi pahala bagi mereka yang kurang bernasib baik.

Makan Sedap-sedap tapi jangan membazir

Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada
mereka yang memerlukan dalam usaha memenuhi janji  untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai, kami juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran. Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com
juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini sepanjang Ramadan ini.

Untuk membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, hingga kepada hidangan Barat, untuk cita rasa lebih moden lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu adalah tarikan utama untuk pengunjung yang hadir disediakan.

Menu Menambat Selera

Spaghetti Bolognese

Di dapur Barat, tunas rasa anda akan dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara.
Spaghetti Carbonara
Sous Vide Egges dengan Cendawan Espuma
Bahagian masakan India pula, tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak,untuk digandingkan bersama nasi kukus.
Kari Ikan Tenggiri


Kambing Masak Hitam Mamak
Ukiran kreatif buah tembikai

Nasi Ayam
Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri.
Laksa Singapura
Pencuci Mulut

Apa maknanya berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulut yang enak belaka. Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.

Chicken Satay

Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadhan, aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging, serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda.

Sup Kambing Mamak

Nasi Kerabu

Kambing Bakar

Ipoh Har Dun

Chicken Varuval
Kesemua sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India ini ada di buffet utama di Garden Terrace, termasuk seksyen gerai dan dapur masak segar (live station).

Persembahan LIVE turut disediakan untuk para tetamu yang datang berkunjung ke BGR.


Siapa sini hantu durian ? Durian ni la menu buahan utama yang akan berada di BGR.


Taman permainan turut disediakan sewaktu kami menjamu selera di BGR.


Stesyen buffet untuk ambil makanan.



Kambing bakar menu utama yang tidak mungkin akan dilepaskan oleh sesiapa yang datang menikmati makanan di BGR.


Kari pelbagai pilihan.








Berbaloi-baloi
Apa yang pasti, selain pahala dan kebajikan yang diperoleh, dengan nilai wang yang dikeluarkan selera berbuka puasa juga berjaya dipenuhi kerana Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi BGR menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett untuk kanak-kanak.

Tempahan online - https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/ 

Menjangkakan kunjungan yang luar biasa pada Ramadhan ini, pihak kami juga telah melakukan pelbagai persiapan untuk keselesaan pengunjung. Ini termasuk, menambah baik kemudahan surau dan tandas yang telah melalui proses pengubahsuaian.

Lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan. Surau kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa, manakala untuk mengelakan berbaris panjang, tandas daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang.

BGR juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat  yang menyumbang dalam memeriahkan Iftar Sesama -

Photobooth - Feteandfiesta
Instagram: @photobombkl
Durians – Durian Hill
Instagram: @durianhill_official
http://www.durian-hill.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com