🌸Pengikut Blog🌸

Kehidupan baru untuk kulit dengan Mamonde's Red Energy Recovery Serum


Stress ? Penat ? Kurang sihat ? Kurang bermaya ? Itulah yang I alami sejak akhir-akhir ni. Kemungkinan besar I terdedah dengan gaya hidup yang kurang baik dan pemakanan tak terjaga serta menghadapi persekitaran yang tercemar. Disebabkan tu kulit I jadi lebih sensitif dan nampak 'aging.' :( Tapi nasib baik ada Mamonde's Red Energy Recovery Serum yang sedikit sebanyak membantu untuk menyelesaikan isu masalah kulit I sekarang. Mamonde telah memformulasikan serum terbaru mengandungi bahan istemewa ber'trademark' yang mengembalikan kembali hidupan dan tenaga ke kulit kita. Serum ini mempunya 'blossoming Energy™' dan ekstrak delima untuk mengembali dan merevitalisasi kulit yang keletihan ke kondisi yang lebih optimum.




Inovasi terbaru dalam Mamonde ialah The Blossoming Energy™ sejenis bahan aktif yang istimewa untuk menggalakkan lagi tenaga dalam kulit dimana bunga-bungaan ini telah dikaji selama 28 tahun dengan mengikuti pemerhatiaan melalui kitaran hidup termasuklah perubahan dari segi warna dan suhu... Mamonde telah menemui komponen yang unik untuk membantu bunga bunga ini terus berbunga dan hidup lebih lama dari usia sebenarnya. Komponen tersebut telah diekstrak, diuji pada kulit dan dibangunkan menjadi bahan utama dalam Red Energy Recovery Serum. Ianya bertindak membekalkan tenaga kepada kulit dan menjadikannya lebih sihat.


Bahan lain di dalam Mamonde's Red Energy Recovery Serum ialah The Pomegranate Blossom dan buah-buahan. 'The Pomegranate Blossom juga tidak akan layu tapi akan bertukar menjadi buah delima apabila tempoh mekar tamat. Buah delima dan bunganya diketahui mempunyai polyphenol dan phytoestrogen yang tinggi serta vitamin B dan C. Polyphenol mempunyai keupayaan untuk melindungi tumbuhan dari sinaran UV berbahaya dan kulit manusia diberikan kebaikan anti-oksida yang tinggi, menekankan sistesis untuk mengaktifkan oksigen bagi membantu memulih dan menghidupkan kembali kulit-kulit beriritasi. Bunga dan buah-buahan yang berwarna merah dikatakan tinggi dengan polyphenol  daripada buah-buahan dan sayuran yang berwarna lain.


The Red Energy Recovery Serum bertindak dengan 3 cara :
  1. Menguatkan sistem pembentengan lembapan kulit dan sistem pertahanan diri untuk kulit yang sihat dan lembut.
  2. Meningkatkan pengeluaran tenaga kulit dengan membawa kitaran sel menjadi normal disamping mencantikkan tekstur kulit
  3. Lembapan dan hidrasi yang lebih mendalamuntuk menjadikan kulit lebih sihat dan 'dewy.' Teknologi serum cecair jenis 'glide-on' terdiri daripada lapisan 'membrane lipid' pada permukaan kulit untuk mencegah hilangnya lembapan dan kerosakan.
Ini merupakan langkah yang ideal selepas menggunakan penyegar pada wajah. The Red Energy Recovery Serum bebas daripada bahan-bahan berasaskan haiwan, minyak mineral, polyacrylamide, imidazolidinyl urea, triethanolamine, pewarna sintetik, surfaktan PEG dan paraben.

Telah diuji secara dermotologi dan hipoalerfenik dan menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



Dijual dengan harga RM130 untuk 30 ml, RM190 untuk 50 ml, Mamonde's Red Energy Recovery Serum boleh didapati di Mamonde Beauty Counters di Aeon 1 Utama, PJ, Aeon Mid Valley Megamall KL, Aeon Bukit Indah JB dan Aeon Tebrau City JB. Ia juga boleh didapati di Hermo.my dan Lazada.com.my.

Facebook: @Mamondemy
Instagram: @MamondeMalaysia
Laman web: www.mamondegarden.my

1 comment :

www.syafierayamin.com