Pelancaran Althea A'bloom @ SoftSrv


Althea A'bloom kini mempunyai rangkaian produk yang terbaru yang semakin lama semakin menarik.. antaranya ialah topeng wajah, span solekan dan juga pembersih bintik hitam... nama-nama produk yang diberi sangat comel dan mengikut trendy :
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask
  • A'bloom Anti Blemish Peach Mask
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask
  • A'bloom Water-Me-Long Mask
  • A'Bloom Giant Meringue Puff
  • A'Bloom Baby Meringue Puff
  • A'Bloom BHA Blackhead Blaster


Topeng wajah A'bloom mengikut masalah kulit yang dialami but I suka kesemuanya especially Ac-Me-Peach tu. Macam I ada masalah jerawat bila hormon tak stabil terutamanya time menstruation.. after post-menst kulit I akan jadi sangat kering.. tu sebab I perlukan keempat-empatnya hehe...


A'bloom Brightening Lemon Lime Mask sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berkombinasi. Ianya membantu untuk mencerahkan kulit yang kusam dan memberikan kesan 'glowing' dari dalam. Dos Vitamin C dari ekstrak limau dan lemon untuk menghilangkan bintik hitam manakala teh pula mencerahkan kulit sambil menenangkan kulit. Bahan utamanya pula ialah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract.

Untuk masalah kulit berminyak pula I boleh syorkan untuk cuba sendiri A'bloom Anti Blemish Peach Mask dimana ianya boleh mengurangkan iritasi dan kulit sensitif dimana ianya diselitkan dengan ekstrak peach dan minyak pokok teh untuk mengawal lebihan, mengimbangi lembapan serta membersihkan kulit dari dalam untuk kulit yang lebih lembab dan lembut. Bahan utamanya ialah Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract.


'Superfood' ialah sangat terbaik ! A'bloom nourishing avocado mask pula mempunyai kandungan anti-oksida yang tinggi untuk menyubur dan melindungi kulit dari pencemaran dan mencegah penuaan. Bahan ekstrak avakadi dan bunga raya menjadikan kulit lebih sihat, cukup nutrisi sekali gus menjadikan kulit lebih berseri. Bahan utamanya ialah : Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract.

Paling I suka ialah topeng wajah yang dimuatkan dengan formula untuk menghidrat dan melembab serta menjadikan kulit terasa sejuk dab berair yang tahan lama iaitu A'bloom Moisturizing watermelon Mask ! Minuman yang sedap baik untuk kulit dengan kandungan dari ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk bau yang menenangkan... Bahan utama ialah : Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

I dah guna 3 daripada 4 topeng wajah dari A'bloom. Semua I suka sebab topeng wajah paling ringan, bila buat kerja terutamanya menaip di laptop... topeng wajah ni stay kekal je di kulit. 

Nak tengok DEMO I guna topeng wajah dari A'bloom sila tonton di >sini<

Harga setiap satu ialah RM2. Tapi makesure selalu singgah Althea Website sebab ada SALE all the TIMES ! 10 +10 sheets = RM15 ?!! Tapi asyik OUT of stock je :(



A'bloom Giant/Baby Meringue Puff yang berbentuk macam tearful water, poring, dessert ni pula diperbuat daripada 'high density latex free foam yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sama ada secara basah atau kering. Hadir dalam 2 saiz iaitu Giant dan Baby. A'bloom Giant Meringue Puff adalah pilihan terbaik untuk mereka yang masih menjinakkan diri dalam bidang solekan. Lebih pantas dan mudah berbanding dari alatan solekan yang lain. Mampu menutup cela untuk kulit wajah lebih 'ploles.' 'Finishing makeup' lebih ' dewy' dan lembab bila puff ni direndam dalam air. Setiap sudut mempunyai kegunaan masing masing.

A'bloom Giant Meringue Puff : Sesuai untuk sapuaan bedak asas, blusher dan concealer.
A'bloom Baby Meringue Puff : Sesuai untuk contour dan highlihting, eyeshadow



Ianya akan menjadi 2kali ganda lebih besar dari saiz yang asal bila direndam di dalam air.

Untuk kesan solekan 'dewy' : Basahhkan puff dan picit keringkan air. Gunakan setiap sudut untuk solekan asas manakala untuk kesan 'matte' gunakan puff yang kering unttuk litupan penuh.

Penggunaan puff adalah selama 1-3 bulan. Cara nak bersihkan cari pembersih yang sesuai untuk 'beauty blender' atau 'puff.' Bersihkan sehingga tiada kesan solekan atas puff.. lepas tu picit puff sehingga tiada saki baki buih dan air. Keringkan.

A'bloom Giant Meringue Puff : RM8
A'bloom Baby Meringue Puff : RM11 ( 3 small pieces )


A'bloom BHA blackhead Blaster ni ialah 'currently my favourite!' Sebab ianya buat liang pori rasa bersih rasa boleh bernafas ! Tak perlulah dah guna 'extraction tools' yang menyakitkan untuk keluarkan bintik hitam dan bintik putih. Bahan utamanya ialah BHA semulajadi ( White Willow Bark Extract 5,000ppm) yang sesuai untuk jenis kulit berminyak dan berkombinasi. 


Warna hitam yang seakan arang ni bertindak sebagai pembersih bintik hitam secara mendalam dengan bahan semulajadi. Tekstur seperti lilin hitam yang akan mencair pada permukaan kulit untuk menyingkirkan bintik hitam, bintik putih atau yang baru nak terbentuk tanpa rasa sakit langsung ! Hanya dalam 1 minit bintik hitam akan keluar bila ada 'small technique massage.' Selain itu ianya juga mengekalkan lembapan kulit dan menyingkirkan lebihan minyak pada wajah yang tidak sihat tau. Paling best BHA blackhead blaster telah diuji secara klinikal untuk ujian Non-Irritation. Bukan sahaja untuk bintik hitam ianya juga boleh menyingkirkan sel kulit mati yang kehitaman di sekitar kawasan siku dan tumit kaki.

Cara nak guna, lepas bersihkan wajah, tuam wajah dengan air suam untuk liang pori terbuka.. then sapu BHA blackhead blaster pada wajah. lepas tu buat urutan sehingga bintik hitam keluar atau sampai puas hati... later rinsed.... tadaaa... liang pori rasa lebih bersih !

Althea A'bloom BHA blackhead blaster : RM16


Sekitar majlis pelancaran Althea A'bloom @ SoftSrv.. kami dihidangkan dengan minuman dan makanan yang 'irresistible sweet' boleh pilih sama ada nak kopi, soda, atau teh. Kalau nak ambil semua pun boleh..


Waffle Charcoal ni memang I rekomen sangat untuk you all try sendiri di @softsrv ni sebab sangat sedap, lebih crispy diluar lembut didalam... warna arang dia pun sangat menawan.. I suka suka ! Ais krim pula I ambil later bila nak balik... wee..


Benda paling best ialah DEKO Althea Velvet powder punya penutup.. heee... I punya overdosed sweetness dah.. heee.. Thanks Althea !


Ni antara deko yang boleh buat atas produk dari Althea.. heee Cute gila kan..


Antara Althea Angels yang tengah busy deko depa punya Althea Velvet powder..


Last not least I ambil kesempatan untuk mencuba sendiri produk Althea Collection.. walaupun dah ada kat rumah tapi tetap nak pakai lagi hehehe...


Antara produk kecantikan yang paling I suka ialah eyshadow dan lip tint tu... lepas ni harap Althea akan re-consider untuk hasilkan mascara dan eyebrow pencils hee...



Apa pun thanks for inviting me as an Althea Angels..
Nak beli produk Althea : my.althea.kr


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com