Amino Mason lancarkan produk penjagaan rambut botani ekslusif bersama Guardian di Malaysia


Sebagai seorang yang memiliki rambut yang panjang, sejujurnya rutin penjagaan rambut adalah perkara utama yang I titikberatkan sebab kalau tak dijaga dengan baik rambut I akan berlaku proses keguguran yang mengerikan. I juga sejenis yang sangat jarang-jarang nak ke salon, kadang-kadang dalam tempoh sebulan langsung tak pergi. Pergi salon pun bila nak 'curl-curl' je bahagian bawa rambut hehhehe.  Sememangnya I memang pernah terfikir untuk menjaga dan mendandan rambut tanpa perlu mengunjungi salon profesional sepanjang masa.

Tapi sekarang I tidak perlu khuatir lagi sebab produk Amino Mason yang berasal dari Jepun ni diiktiraf sebagai jenama penjagaan rambut paling laris di jepun, UK dan Amerika Syarikat. Meskipun pasaran telah dibanjiri  oleh begitu banyak produk penjagaan rambut, Amino Mason disifatkan sebagai jenama penjagaan rambut semulajadi pertama yang diperbuat 100% daripada bahan botani, iaitu ekstrak buah-buahan dan herba serta diperkuat dengan 18 Jenis Asid Super Amino - kesemuanya penting untuk membersih, melembap, melindungi dan menguruskan kulit kepala dan menjaga kesihatan rambut.

Produk Amino Mason menjanjikan imbangan PH, menggunakan hanya bahan semulajadi daripada kekacang, yang bukan sahaja lembut dan melembabkan kulit kepala, tetapi juga tidak mengandungi paraben, silikon, sulfat atau sebarang pewarna sintetik dan surfaktan berasaskan petroleum. Cuaca yang panas dan lembab di Malaysia menjadikan rambut cepat berminyak dan kotor, oleh itu rambut perlu dicuci selalu dan penggunaan produk penjagaan yang betul dan berkesan sangat penting.

Kerosakan rambut dapat dibaiki secara lebih berkesan kerana asid amino dan keratin dengan skala molekul yang dikurangkan dapat menembus jauh ke dalam rambut dimana rangkaian produk Amino Mason mengandungi asid amino, keratin dan platinum yang disediakan dalam ketekalan krim putar yang bertindak dengan menembusi hingga ke korteks atau lapisan ketiga kulit kepala dimana bahan asli dikenali sebagai 'amino keratin.'

Tahap kelembapan dan kederiaan sentuhan adalah benar-benar berlainan kerana khasiatnya melembabkan hingga ke hujung rambut untuk menjadikan rambut cantik berseri, manakala kolagen segar dengan keupayaan dan keserasian membendung lembapan menguruskan persekitaran kulit kepala dan menjadikan rambut lembap dan berkilat dari pangkal ke hujung sebaik sahaja tahap amino dan keratin dipulihkan, platinum memainkan peranan sebagai penutup untuk mengedap permukaan dan mencegah pelepasan protein dan lembapan ( punca kerosakan ).

Dua rangkaian penjagaan rambut Amino Mason yang meliputi 8 jenis produk berlainan telah diperkenalkan di majlis pelancaran media pada 30 April 2019 di Eight Days Salon di Ikano Power Centre dimana I sebagai model rambut  jemputan untuk sesi 'Hair Demo.'


The Smooth Hair Care Series dengan jambangan Mawar peony membawakan syampu, serum rawatan, pupur dan air rambut diperbuat daripada susu seduhan esen kecantikan daripada  madu Mawar, Aprikot, Buah Delima, Rosemary & Lavender dan adunan buahpbuahan botani seperti lemon dan raspberi. Siri ini disyorkan untuk rambut normal hingga berminyak.


The Moist Hair Care Series dengan jambangan Mawar Putih membawakan syampu, serum rawatan, pupur, minyak rambut dan krim malam diperbuat daripada sisi seduhan esen kecantikan daripada madu manuka, minyak mangga, minyak badam & minyak argan, dan adunan avakado & cherimoya. Siri ini disyorkan untuk rambut kering dan hingga normal.


Amino Mason Moist Butter Milk Hair Mask Pack pula adalah siri penjagaan untuk rambut yang alami kerosakan teruk dimana ianya adalah gabungan 'mask with pack'. Untuk memulih dan melembab untuk 'masking effect' manakala kesan 'Hair Pack' pula memulih dan menyuburkan rambut dengan nutrisi.

Amino Mason Moist Night Cream merupakan rawatan untuk rambut setelah dicuci  sebelum masuk tidur. Penggunaan krim malam untuk rambut dari Amino Mason ini akan menjadikan rambut lebih mudah diurus pada waktu pagi. Produk ini merupakan jenis krim yang mudah di sapu dan tidak berminyak.


10 makanan utama yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan rambut ialah seperti :
  • Salmon/Makerel mengandungi lemak Omega-3, Protein, Vitamin B12 dan Zat Besi
  • Sayuran berdaun hijau gelap ( bayam, brokoli) Vitamin A, Vitamin C, Zat Besi Kalsium
  • Kacang Protein, Zat Besi, Zink, Biotin
  • Kekacang Kekacang Brazil ( Selenium), Walnut ( zink, asid alfa-linolenik) Pekan, gajus, badam (zink)
  • Ayam Itik Protein Zat Besi
  • Telur Protein Zat Besi
  • Bijian Penuh ( Zink, Zat Besi, Vitamin B)
  • Tiram



Rambut I ialah rambut yang berminyak, berkelemumur, tapi sangat kering dan frizzy di hujung.. sounds like a combination hair problem pula... the thing is semua ni can lead to rambut gugur.. Nasib baik I jumpa cepat Amino Mason ni. Masa Hair Demo I cuba Moist punya formula  khas untuk rambut yang kering.. sebab I rasa punca kekeringan ni yang menghasilkan lebihan minyak untuk cover bahagian yang kering tu.


Tadaaa.. hasil bubbles dari Amino Mason dah macam whipped cream...
Rambut I semasa


Lepas dah keringkan rambut.. rambut terus nampak VOLUMIZED instead OF flat !! I am totally IN LOVE with IT ni rasa tak sabar nak beli satu set lagi.


Rambut nampak lebih shining ! Mudah dibentuk dan diurus.. I suka rambut I sebab nampak lebih flowly.. hee..


Thanks Amino Mason for invited me during the launch..
Met awesome people juga.. heee

Rangkaian penuh produk Amino Mason kini boleh didapati secara ekslusif di smeua gedung Guardian di Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Untuk maklumat lanjut tentang Rangkaian Penjagaan Rambut Amino Mason, sila layari:
Instagram : @aminomasonmalaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com