Chriszen Match Matte Serum Foundation 04 Natural Beige


Chriszen Match Matte Serum Foundation 04 Natural Beige


Hi guys ingat tak last month I berpeluang untuk attended Beauty event jenama Chriszen yang telah melancarkan satu produk terbaru iaitu Match Matte Serum Foundation. Terdapat 5 shades mengikut kesesuaian warna kulit masing-masing. Sebenarnya I bukanlah peminat bedak asas sebab selalunya bedak asas ni sangat sukar nak tutup masalah parut chickenpox I tapi so far I dah tried Match Matte Serum Foundation. Tonton video di youtube untuk lihat perbezaan sebelum dan selepas I guna foundation ni ya.

Chriszen Match Matte Serum Foundation 'claimed' ianya bukan sekadar bedak asas sahaja tapi ianya didatangkan dengan 2 'benefits' iaitu 'beautifying' dan juga 'nourishing the skin.' Merupakan sejenis alatan hanya dengan 1 produk sahaja membolehkan wanita di Malaysia terus keluar dari rumah tanpa risau bedak nampak berkilat mahupun bercapuk.


Chriszen Match Matte Serum Foundation ni dikatakan agak istimewa kerana kebaikan serumnya yang konsisten dan hadir dalam saiz molekul yang sangat kecil untuk memberikan litupan yang sempurna pada permukaan atas kulit. Ianya juga akan menembusi ke dalam kulit untuk memberikan kebaikan bahan aktif pada kawasan yang mempunyai masalah. Apabila kulit yang bermasalah ini disapukan dengan bedak asas ni, kerosakan kulit akan dapat diperbaiki dan sekali gus tona warna kulit nampak lebih baik dan 'ploles habis' gitu.


Dipek dengan 11 bahan yang 'powerful' seperti : ekstrak bearberry, ekstrak oat kernel, red sea algae, ekstrak liquorice, vitamin B3, frangipani, trehalose, fucogel (biosacharide gum-1), extract aloe vera, ekstrak madu manuka dan juga ekstrak hazel..  dimana bedak asas ni memberikan kebaikan yang penting untuk keperluaan kulit seperti penghidratan, anti-oksida yang melindungi kulit dari radikal bebas dan juga kandungan bahan seperti anti-aging.  Tambahan lagi Chriszen Match Matte Serum adalah bedak asas yang sangat ringan, seperti pelembab 'skin-tinted,' dan bila sentuh kulit rasa ala-ala selembut kain baldu tanpa rasa melekit.


Pengguna yang menggunakan Chriszen Match Matte Serum Foundation ni akan dapat merasai sendiri keunikan bedak asas ini dimana ianya bukan sahaja menampakkan wajah nampak 'ploles' malahan ianya dapat mengurangkan masalah garisan halus dan penuaan. 

Ianya sangat sesuai dengan semua jenis kulit Asia dan terdapat 5 tona warna iaitu Natural Ivory, Light Beige, Nude Beige, Natural Beige dan Rich Honey. Warna kulit I pula sesuai dengan Natural Beige. I suggest sebelum nak beli bedak asas ni kena cuba 1 by 1 ya untuk tentukan warna kulit sendiri.

Wujudnya idea dalam penghasilan Chriszen Match Matte Serum Foundation adalah dengan menitik beratkan keperluaan wanita di Asia yang mempunyai tona warna kulit yang unik dan memudahkan dalam aplikasi pemakaian bedak asas tanpa rasa melekit, berkilat sebab formula kali ini menjadikan kulit lebih matte dan ploles walaupun dengan hanya bedak asas. Ianya juga ala-ala 'foundation to powder.'

Chriszen Match Matte Serum Foundation (30ml) dijual di seluruh farmasi Guardian dengan harga RM56.90( Semenanjung Malaysia ) dan RM65.90 ( Sabah dan Sarawak ).

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari : www.chriszen.com atau Facebook ( fb.com/chriszenofficial) atau IG ( @Chriszen_Official )

Selain daripada Chriszen Match Matte Serum Foundation, Chriszen juga hadir dengan beberapa produk kosmetik yang lain. Take a look by scrolling ke bawah ya. Thanks for reading. :)











Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com