Kismis California semarakkan kasih sayang menerusi makanan lazat untuk hari raya


Bulan lepas sebelum bulan Ramadan I berkesempatan untuk menyertai pertandingan memasak makanan hari raya dengan Kismis California di Berjaya University College of Hospitality bersama teammate I Naomie dan Hazirah Shah. Bertemakan 'Raya Rasa Sayang' pada hari tersebut bertujuan untuk membangkitkan suasana manis mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri. Membuktikan bahawa Kismis California bukan sahaja berkhasiat malahan cukup sesua untuk dijadikan bahan utama dalam sajian makanan yang boleh dihidangkan untuk menambat selera sanak saudara dan rakan taulan pada Hari Raya dan sebarang keramaian lain.

Kismis yang dikeringkan di bawah sinar matahari California mempunyai rasa manis semulajadi dan mengandungi banyak khasiat kenaikan. Kismis merupakan makanan snek sihat yang sangat digemari oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Buah kering yang bersaiz kecil ni kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat.


Pada acara tersebut kami telah menghasilkan Black Raisins Briyani  In Pineapple bertema Respect dan nama team kami ialah : Pink Glam Ladies. huuu agak mencabar juga sebab pemilihan menu kami ni sebenarnya perlukan kemahiran untuk menghasilkan nasi beriyani nak pula ini adalah kali pertama buat nasi beriyani and actually we failed dari segi penghasilan nasi tu.. hee..


Tadaaa... yang masak nasi ialah Naomie, I buat plating meanwhile air kismis pineapple tu pula dikisar oleh Hazirah Shah.. masing-masing memainkan peranan dalam menghasilkan Black Raisins Briyani in Pineapple ni.. walaupun nasi kami lembik sedikit tapi rasa rempah tu ada.. haha...

Kami punya menu tak menang but it's okay dapat pengalaman pun dah cukup okey dari tak ada kan.. haha...


Chef popular Ili Sulaiman pula menunjukkan cara macam mana nak masak  Beriani Ayam Kismis California dan Roti sosej masala kismis California menggunakan Kismis California. Menurut Chef Ili masakan ini amat digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya lazat dan menyelerakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan juga sanak saudara serta sahabat handai yang datang untuk berhari raya


Kismis California bukan sahaja boleh menambah kelazatan sajian masakan tetapi juga boleh menjadi sumber pemakanan yang sesuai untuk menambah khasiat buat mereka yang mempunyai diabetes.

Buah kering yang sedia dimakan dan mudah dibawa kemana-mana seperti Kismis California telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Amerka Syarikat ( USDA ) untuk orang dewasa iaitu 1½ hingga 2 cawan buah-buahan sehari.

Pelbagai kelebihan Kismis California termasuk sebagai sumber serat, sumber nutrien, sumber kalium ( elektrolit paling penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf ), manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan, semula jadi sepenuhnya, tidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium ( garam ) secara semula jadi dan diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.


Untuk maklumat lanjut dan resepi Kismis California, sila layari : www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Ikuti facebook : @RACAsean.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com