You all dah cuba ke Produk Kosmetik keluaran Althea ?


Pernah tak you all mencuba sendiri produk kosmetik Althea Korea ni? Sebelum keluaran kosmetik ni Althea telah mengeluarkan produk penjagaan kulit terlebih dahulu dimana telah menerima respons yang positif dari seluruh negara yang dijajah oleh Althea tau. So kali ni I berpeluang untuk mencuba sendiri kosmetik dari Althea korea. 'Well to be honest' I rasa produk dari Althea ni makin lama makin banyak dan makin menarik ! Selain daripada produk keluaran Althea. Laman sesawang Althea juga menjual produk dari jenama yang lain. So memang banyak pilihan produk yang boleh didapatkan dalam Althea.


First item yang I cuba ialah Skin Relif Spot Film Gel. Mula-mula I ingat ianya sejenis gel yang terus meresap ke dalam kulit untuk kurangkan rasa iritasi bila jerawat tumbuh rupa-rupanya ianya sejenis gel yang bila kering dia jadi macam kulit lebih tapi memang seronok bila part tarik tu.. macam pakai topeng masker tau. I rasa bila you pakai ni you kena tunggu kering baru boleh sapu solekan.
Sebab I rasa gel ni bertindak untuk elakkan alat kimia lain melekat pada bahagian iritasi selain merawat jerawat tu sendiri.


Althea Flawless Creamy Concealer hadir dengan 4 warna iaitu #01 Vanilla, #02 Ginger, #03 Honey, #4 Mocha. Tujuan concealer ini ialah untuk menutup cela parut, bintik dan paling utama mata panda. Memang sangat mudah untuk diratakan pada permukaan kulit. I tak pasti last time Syahira did mentioned to us that concealer ni east to oxidize ? Ha ha ha never mind but I suka gila dia covered I punya flaws pada wajah. Tak ada rasa besar, paling best it helps to lembab and membantu untuk kesihatan kulit. I don't know bahan apa yang ada dalam ni sampai banyak benefits tu. heee. Sebenarnya I suka sebab sebatang RM15 je compared with other brands harga untuk sebatang concealer pun bukan mahal habis.


Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea ni hadir dalam 8 warna gabungan shimmer dan glitters. Tak sangka ini adalah koloborasi bersama Bunga Citra Lestari tau seorang penyanyi dan pelakon popular di Indonesia yang lebih dikenali sebagai BCL. Selain tu BCL ni seorang wanita yang cantik dan merupakan ikon fesyen juga. Dan I sebagai pengguna trust me eyeshadow ni la yang berada dalam beg mekap i siap bawa ke sana ke sini yer la sebab ringan dah semua warna adalah warna kegemaran I, kalau you all bijak boleh je buat makeup natural dan heavy. warna sangat PIGMENTED ! dan sangat mudah nak glides pada bahagian kelopak mata. I suka I suka dan I rekomen untuk newbie in makeup tau.


Spotlight Eye Glitter dari Althea ni hadir dalam 2 warna #01 Gold Light dan #02 Pink Light.. ianya sejenis produk yang buat mata nampak sparkling habis. Sangat mudah untuk dijadikan sebagai eyeshadow sebab mudah untuk diratakan pada bahagian kelopak mata. Especially kalau yang buat Crease, half moon crease atau full crease.


Ada kandungan seperti squalene untuk merapi dan meningkatkan nutrisi pada kulit dan ada pigmen shimmer yang halus untuk beri kesan berseri dan bersinar. Paling BEST memang tahan lama dan tak comot langsung WALAUPUN I smudge banyak kali. The formula stays on the place lepas dah kasi kering dalam 2-3 minit gitu !!!


Althea Watercolor Cream Tint pula erk macam makan food coloring tau warnanya. Sangat pigmented ! 1 dot je dah buat bibir nampak ALIVE. Harga sebatang RM20 untuk 4.5 ml. Bibir nampak sangat juicy lepas sapu cream tint ni. SO BOLD and rasa macam makanan je tau. Ada bahan seperti asid hyaluronik untuk cegah bibir dari berlaku pengelupasan dan mudah untuk 'touch-up' session dan sangat selesa bila disapu pada bibir. Warna pada bibir tahan lama tapi bibir tetap rasa lembab dan lembut dan terdapat 4 warna iaitu #01 Plum Cream, #02 Strawberry Cream, #03 Peach Cream dan #04 Marron Cream ! To be HONEST antara 4 colors ni I paling suka Plum Cream !! Lagi satu kan nak remove this cream tint you need to use makeup remover just in case hehehe.. because the color stays tau.. heheheh..


Last not least I dapat stickers from ALTHEA yehaww time to DECORATE my makeup STUFF !! Tak sabar nak bawa pergi travel semua ni.. Thanks Althea for making us look BEAUTIFUL All the TIMES ! Hee.. tonton my video tau untuk MAKEUP LOOK using all of these Cosmetics from Althea !


Untuk pembeliaan ataupun maklumat lanjut, sila layari :
Website : https://my.althea.kr/ atau 1ST TIMER ? 
Dapatkan RM20 disini : https://share-my.althea.kr/x/oZBWgJ


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com