3 Tarikan Menarik The Adventurers' Web di AEON Nilai Mall


The Adventurers' Web ialah sebuat tempat 'family education and entertainment' akan dibuka pada 23 Mac 2019 bertempat di Level 2 AEON Nilai Mall berdekatan dengan kawasan Food Court yang seluas 2,440 kaki persegi. Zon yang berinovatif di mall ini adalah bertujuaan memberi keutamaaan pada para pelanggan untuk mengalami sendiri keseronokan konsep di pusat membeli belah ini yang dikenali sebagai 'The Active Mall.'


The Adventurers' Web juga direka khusus untuk mereka yang inginkan kebebasan dan berani untuk berada di zon yang tidak diketahui. Tapi kena berhati-hati jika berada di dalam zon ini kemungkinan besar sesiapa yang termasuk dalam sesawang ni mungkin tidak akan kembali. Berfungsi seperti sesawang dimana setiap jejaring dalam ni akan memberikan pengalaman yang menarik dan seronok di dalam AEON Mall dalam Malaysia ni dimana gabungan sains dan teknologi terus ke dunia purba kala sehinggalah dunia penuh keseraman akan memberikan kenangan sampai bila-bila kepada pelanggan yang membeli-belah di AEON Mall ni.

Paling menarik The Adventurers' Web bukan sekadar untuk bersuka ria serta berseronok je tapi sebenarnya adalah untuk memantapkan lagi kemahiran berfikir, menggalakkan sesi pembelajaran dan merapatkan silatulrahim bersama-sama keluarga serta rakan-rakan.


Menurut Shinobu Washizawa iaiatu Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. berkata ibubapa masa kini mencari aktiviti yang menarik untuk anak-anak mereka supaya dapat berimaginasi. The Adventurers' Web akan memberikan yang diperlukan khusus untuk kanak-kanak dan remaja untuk mengambil peluang dalam mengalami sendiri aktiviti pendidikan secara interaktif yang menyeronokkan.

3 Tarikan Menarik The Adventurers' Web di AEON Nilai Mall ialah the Dinosaurs Rangers, Monster House, dan juga Mini Science and Technology Discovery Centre adalah tarikan yang akan berubah pada masa semasa namun konsep interaktif dan mencabar akan menjadikan tempat ini lebih menyeronokkan sambil mendapat ilmu kemahiran yang baru.

1. Mini Science and Technology Discovery Centre

FLOOR INTERACTIVE PROJECTION
Bagi yang meminati sains dan teknologi anda perlu terokai sendiri Mini Science and Technology Discovery Centre dimana di sini terdapat hab mini sains khas untuk kanak-kanak dan pelajar. Direka untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak mengenai teknologi melalui aktiviti dan pameran seperti bungee tunggang terbalik, lantai interaktif, program robotik dan banyak lagi aktiviti menarik di sini dan hanya perlu untuk diterokai sahaja.

AR SAND BOX

AR Sand ialah sebuah projek yang  menggabungkan aplikasi visualisasi 3D dengan pameran pasir yang akan menggunakan tangan untuk mengajar konsep sains bumi. Kotak pasir realiti (AR) yang diperkukuhkan membolehkan pengguna membuat model topografi dengan membentuk pasir mengikut ketinggiana yang di ingini kemudian peta warna elevasi secara 'real-time' dengan kehadiran garis kontur topografi, dan simulasi air. Sistem ini mengajar konsep geografi, geologi, dan hidrologi seperti cara membaca peta topografi, arti garis kontur, aliran air, kawasan tadahan, salur, dan lain-lain.

REVERSE BUNGEE
Reverse Bungee ini pula memerlukan kemahiran untuk mengimbangi badan untuk melawan graviti dengan sokongan daya potensi. Kalau macam I tidaklah tak mempunyai kekuatan dah nak melompat sambil terbalik. Tapi bagi yang aktif dan lincah WAJIB cuba Reverse bungee ni tau.

ROBOTIC PROGRAM
Di sini juga terdapat aktiviti program robotik.. kanak-kanak atau pelajar bolehlah mengasah bakat untuk programkan robot buat dia boleh menari ke, berjalan, bersenam dan macam-macam lagi.

MICROSCOPE
Yang ini pula mikroskop.. mikroskop sememangnya umum tahu boleh melihat benda yang mempunyai saiz mini mikro.. cuba you all perhatikan RM1 you all ada tak nampak nama Seri Paduka Baginda di bahagian Destar tu. Hee teruja pula tengok..

2. The Dinosaurs Rangers


Pelanggan yang berkesempatan untuk memasuki The Adventurers' Web akan kembali ke zaman purba kala dimana you all dapat terokai dunia yang penuh dengan binatang bersaiz besar iaitu Dinosaurs. Didalam ni terdapat lebih kurang 10 ekor Dinosaur hidup tau.

Telur Dinosaur yang sudah menetas heheh..


Objektif The Dinosaur Rangers ni adalah untuk memberikan pengalaman yang menghiburkan terutamanya buat kanak-kanak disamping dapat mengimbau sejarah dengan mengenali beberapa jenis spesis Dinosaur yang telah pupus di muka bumi.. bersaiz 1,700 meter per kaki.. di sini bakal mengasah kemahiran untuk berfikir secara mental dan fizikal.. Ianya juga merupakan pusat tumpuan untuk trip sekolah dan tadika. 5 aktiviti dalam The Dinosaur Rangers ini ialah : Education Training, Delivery Training, Maze Exploration, Dinosaur Fossil Assembly dan juga Dinosaur Knowledge Test.

Interactive Kart Ride


Dekat dalam Education Hub ni menarik sebab ada persembahan.. bagi yang jenis melayan persembahan macam I.. bolehlah masuk sini..


Lol bila tengok posing ni dah macam apa dah hehehe...

Bagi  Velociraptor makan daging..


Tiba-tiba Velociraptor jadi JINAK habis bila dapat makan daging kalau tak menggila ini dinosaur.. hehehe...


Yang ini pula Dinosaur Maze, tempat kumpul telur.. lepas dah kumpul... yang 1 lagi biji telur tak jumpa pun.. haha memang kelakar part tu bila I lari menyelamatkan diri tak cukup kaki dah la pakai kain kan.. hahaha...I dah suspicous bila 1 biji telur lagi tak jumpa... memang betul mak Dinosaur jadi tak keruan tengok telur kena pegang dengan manusia..


Dinosaur Fossil Assembly.. I tak sempat main yang ni.. tapi macam menariklah kalau dapat susun fossil ni.. macam main susun lego dah... hehehe...

3. Monster House


Last not least tempat yang I paling suka ialah Monster House... tempat yang boleh mengeluarkan suara gedik menjerit tapi to be honest I langsung tak menjerit I banyak ketawa.. what..  awal-awal memang seram tapi sebab I sangat 'curious' nak tahu apa dalam setiap sudut tempat ni.. time tu pun memang tak rasa nak keluar cepat tapi nak terokai apa yang menarik di sini.

THEME RENO ialah pakar dalam tema kreatif.. Tema kreatif ni akan memberikan kesan WOW pada yang melihatnya dengan mata sendiri dimana THEME RENO akan membawakan konsep terbaru dari outdoor ke tempat kediaman untuk menepati kehendak pelanggan. THEME RENO merupakan DESIGN & BUILD perunding tema.


Keluasan sekitar 250 meter persegi dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Bahagian Keluarga : Cute & Cheeky Little Monster, yang kategori lagi satu pula ialah Extreme base : Creepy & Scary Experience. Objektifnya adalah direka untuk hiburan yang mengandungi ciri pengalaman yang unik  yang perlu diterokai oleh pelanggan. Bukan hanya untuk kanak-kanak malahan dapat menarik minat remaja juga untuk terokai dunia yang penuh mistik dan misteri ni. Setiap MONSTER dalam rumah ni adalah direka sendirian berhad untuk tayangan umum.

Terdapat  13 bilik yang menyeramkan iaitu :

  1. Monster Room
  2. Portal
  3. Alive Forest
  4. Door Of Choice
  5. Burial Narrow Walk
  6. Clown Room
  7. Creepy Corridor
  8. Morgue
  9. Slaughter House
  10. Infinity Monster
  11. Photo Room
  12. Zombie Hands
  13. Hanging Head
Bagi yang tak mampu meneruskan sesi penerokaan di Monster House ni.. sememangnya memang Rugii.. tapi kalau tak tahan juga jangan khuatir jangan risau sebab setiap zon akan ada I QUIT ROOM.. heee... satu je I suka sebab tak ada yang jenis PERANJAT atau SERGAH -sergah.. tu yang I rasa okaylah kalau jenis sergah sergah tu memang I tak nak teruskan perjalanan...


ZONE 6 : CLOWN ROOM

ZONE 11 : Photo Room

Zone 12 : Zombie Hands

Zone 10 : Infinity Monster Cage

Zone 9 Slaughter House
Apa pun I dah terokai 3 Tarikan Menarik The Adventurers' Web di AEON Nilai Mall, anda bila lagi ? Huhuh rasa macam nak REPEAT lagi sekali pergi sini.. sebab I tak naik lagi Reverse Bungee tu.. teringin juga nak belajar program robot.. Hope To see you again AEON Nilai Mall, nasib baik rumah mak I dekat gila dengan Nilai.. heee.. Untuk video, sila tonton di Youtube I atau dibawah ni je :



The Adventurers Web AEON NILAI MALL akan dibuka pada 23 March 2019. Bagi Yang masih baru ke AEON MALL anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik dan bakal nikmati diskaun istimewa pada hari pembukaan. 200 Tiket akan diberikan pada yang terawal sahaja dan boleh membawa pulang hadiah yang menarik bagi yang bertuah. Tiket combo juga akan diberikan 20% untuk yang membeli belah di AEON dimana harga tiket yang sebenar RM49. Anda dapat alami 3 tarikan dalam The Adventurers Web AEON NILAI MALL. Ahli kredit kad AEON juga berpeluang untuk menikmati 30% diskaun untuk masuk ke dalam The Adventurers Web AEON NILAI MALL.

Untuk esok sahaja pada Sabtu 23 March 2019 - Tiket Combo jadi RM29 instead of RM49*( Normal days)

Jangan LUPA Hashtag ye : #aeonmyadventurersweb #AeonMallNilai #MonsterHouse

Jangan risau.. I dah selamat keluar dari sesawang ni.. hehe..

The Adventures Web
Tingkat 2 – Entertainment Hall
AEON Mall Nilai
No 2, Persiaran Pusat Bandar,
Putra Point, Putra Nilai, Nilai
Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website:  www.aeonretail.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/aeonmallnilai/
Instagram : https://www.instagram.com/aeonmall_nilai/?hl=en


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com