6 produk untuk cantikkan kuku, kulit, rambut dan kaki !


Kulit, kuku, rambut dan kaki adalah bahagian yang paling dititikberatkan oleh kaum wanita yang bekerjaya tapi kini wanita yang digelar surirumah macam I juga memang takkan lepaskan peluang untuk menjaga kecantikan dan kebersihan terutamanya bahagian kuku. Tumit kaki yang sering merekah juga I kena ambil perhatian sebab tumit yang kasar semestinya akan mendatangkan ketidak selesaan terutamanya apabila berjalan di atas karpet sebab kulit mati tu nanti dia carik fabrik tau, erk memang terasa nyilu habis kalau benda tu berlaku. Kuku juga I rajin jaga sebab I tak suka kalau ada kulit mati disekitar kulit tu timbul sebab nanti I tarik lepas tu berdarah, memang la tak sakit tapi rasa pedih tu mesti ada setiap kali terkena air. Rambut adalah mahkota setiap wanita, memandangkan I mempunyai rambut panjang memang kena jaga elok-elok sebab nak kurangkan rambut gugur. Kulit wajah pula adalah bahagian yang paling penting buat wanita sebab ianya adalah bahagian pertama yang orang sekeliling tengok tau. hee.

Kali ni I nak perkenalkan tak lain tak bukan 7 produk untuk cantikkan kuku, kulit, rambut dan kaki, iaitu :
  1. Freeman Barefoot Peppermint & Plum Foot Scrub RM24.90
  2. Freeman Barefoot Foot Care 1X Assorted RM24.90-RM26.90
  3. Natural Foot Pumice Stones RM10.90
  4. Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask (Wash off/Sleeping Mask) RM26.90
  5. Soothing Watermelon + Aloe Cooling Gel Mask (Sensitive Skin) RM26.90
  6. Nature’s Bounty Gummy Hair Nails & Skin Beauty Supplement RM89.90

But last time I dapat luangkan masa I untuk rawatan kaki bersama Freeman Barefoot di Posh Nail TTDI, to be honest di sini I sebenarnya sedikit sebanyak dapat belajar teknik nak buang sel kulit mati dan rekahan pada bahagian tumit kaki I selain 'pampering' sahaja. Mula-mula Kaki I di scrub dengan  Freeman Barefoot Peppermint & Plum Foot Scrub.. lepas tu dicuci bersih.. kemudian diletakkan dengan Freeman Barefoot Foot Care 1X Assorted lepas tu dibalut dengan plastik. Sekitar 10 minit, kaki I kena scrub pakai tool sampai hilang kulit mati.. lepas tu kena urut-urut.. hmmph memang relieved !

Sekarang I hanya maintain kan sahaja kelembutan kulit kaki I dengan produk Freeman Barefoot Foot Care hanya di rumah sahaja tau ! Bestnya !


Freeman bare foot ni adalah produk yang akan memberi fokus untuk melembab dan memperbaiki masalah kulit kering atau merekah pada kaki. Sebenarnya ada banyak pilihan yang boleh you all pilih mengikut masalah kaki yang you all alami. Macam I masalah kulit kering, kaki nampak tak lembut, tapak kaki merekah dah memang masalah yang biasa I alami. Tapi sekali sekala nak kasi kaki rasa di 'pamper' apa salahnya kan. Bila dah ada produk macam ni memang rasa lebih bersemangat untuk rawat masalah kaki yang I alami. Hehe. Memang rasa puas hati bila nampak kaki ala-ala wanita yang selalu pergi spa je tau padahal rawat sahaja di rumah heee..


Mula-mula basahkan kaki lepas tu gunakan bare foot exfoliating foot scrub.. produk ni adalah untuk menyingkirkan sel kulit mati untuk jadikan bahagian yang kasar lebih lembut dan licin je.. Bahan utama dalam ni ialah peppermint dan plum memang scrub ni bau yang teramat lah wangi... scrub dia tu pun not bad macam sapu pasir je kat kaki.. dalam ni juga ada minyak pokok teh yang sedikit sebanyak bantu untuk soothe dan bagi kaki yang penat ni relaks sikit.. Kalau boleh sambil tu urut-urut lah kaki tu... lepas tu bilas bersih..elok sangat guna 2-3 kali seminggu...


Lepas tu bila dah cuci bersih sapu lah sikit losyen kaki bare foot, time tu boleh dah asah bahagian tumit kaki tu dengan Natural Foot Pumice Stones, secara jujurnya benda ni lah I paling jarang nak buat sebab I rasa macam nyilu sapu benda batu ni atas tumit kaki... tapi bila orang lain buatkan I rasa okey je hehehe... batu ni khas untuk buang sel kulit mati yang degil.. gosok-gosok sampai tumit tu nampak rata...


Lepas dah setel sental tapak kaki dengan batu tu... sapu lagi sekali bare foot lotion untuk hidrat kembali bahagian yang baru lepas sental.. losyen ni bau dia wangi bahan dia you all boleh baca dalam watsons store online ye.. losyen kaki ni kalau boleh sehari sapu 2-3 kali pada bahagian yang perlukan perhatiaan lebih.. jangan risau losyen kaki bare foot dari Freeman tak macam losyen biasa... memang losyen khas untuk kaki dimana lepas sapu dan urut.. langsung tak tinggalkan kesan melekit atau basah... terus meresap ke dalam kaki tanpa membuatkan kaki rasa kering... so bila dah habis sapu pada kaki... bila jalan pun lantai tak rasa licin atau melekat pada lantai tau.. syok je rasa kaki lepas tu..


Tadaaa, tapak kaki ku sebelum dan selepas... sebelum bukan main merekah.. lepas tu bahagian merekah tu siap ada kesan-kesan hitam.. memang menakutkan... bila dah pakai produk kaki dari Freeman ni... wow.. nampak lebih hidrat kan.. bersinar-sinar dan berseri je rupa kaki ku... hehehe.. sangat REKOMEN !


Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask (Wash off/Sleeping Mask)  DAN Soothing Watermelon + Aloe Cooling Gel Mask (Sensitive Skin)  memang totally worth to try sebab produk ni menyejukkan wajah dan bagi relaks kan pada wajah yang penat. So far I dah cuba dua-dua memang puas hati. Bau pun ya ampun bau macam buah-buahan. Sejuk je wajah bila pakai. Baca di  >sini<


Last no least ialah Nature's Bounty Hair, Skin & Nails Gummies dengan Biotin. Yang ini ialah sejenis makanan tambahan yang sedikit sebanyak memberikan kebaikan untuk keseluruhan badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Tapi I ada problem a bit sebab bahannya ada bovine gelatin so I don't recommend untuk yang vegeterian.. But I ada terbaca review.. memang ramai yang dah cuba Nature Bounty Hair, Skin & Nails Gummy ni.. ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai but right now I will pick yang sesuai sebab ada yang makan katanya breakout, but then rest terlebih dahulu lepas tu dia start balik semula makan supplement ni dia sambil tu jaga diet mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat.... and the result dia cakap rambut makin lebat, kulit makin lembut dan lembab and kuku cepat panjang dah jarang pecah-pecah.

Dalam Nature's Bounty Hair, Skin & Nails Gummies dengan Biotin mengandungi sebanyak  7.5mg Vitamin C, 7.5 IU Vitamin E, dan 1250mcg Biotin. Biotin adalah salah satu vitamin yang anda perlukan hanya sedikit sahaja untuk dapat hasil. Sesetengah orang memerlukan lebih makanan tambahan seperti Biotin dan perlukan sedikit sahaja bergantung kepada diet anda.

Secara keseluruhan, jika anda ingin menggunakan suplemen vitamin yang mengandungi biotin, I rasa produk ni la paling sesuai untuk anda mulakan.. but like I said ianya bergantung pada Diet dan kesihatan anda sendiri juga tau.

Mana nak cari keenam-enam produk ni?
Haruslah ke : @watsonsmy

1. Hydrating Glacier Water Pink Peony Gel/CreamMask (Sleeping Mask) RM26.90
2. Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask (Wash off/Sleeping Mask) RM26.90
3. Soothing Watermelon + Aloe Cooling Gel Mask (Sensitive Skin) RM26.90
4. Nature’s Bounty Gummy Hair Nails & Skin Beauty Supplement RM89.90
5. Freeman Barefoot Peppermint & Plum Foot Scrub RM24.90
6. Freeman Barefoot Foot Care 1X Assorted RM24.90-RM26.90
7. Natural Foot Pumice Stones RM10.90
Untuk Maklumat lanjut, sila layari :


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com