🌸Pengikut Blog🌸

Freeman Water Gel Mask & Cooling Gel Mask


Soothing Watermelon + Aloe Cooling Gel Mask (Sensitive Skin) dan Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask (Wash off/Sleeping Mask) memang totally worth to try sebab produk ni menyejukkan wajah dan bagi relaks kan pada wajah yang penat. So far I dah cuba dua-dua memang puas hati. Bau pun ya ampun bau macam buah-buahan. Sejuk je wajah bila pakai.


Soothing Watermelon + Aloe Cooling Gel Mask (Sensitive Skin)


Bahan : Water/Aqua/Eau, Glycerin, Sodium Hydroxypropyl Starch Phosphate, Hydroxypropyl Bis-Hydroxyethyldimonium Chloride, Cucumis Melo (Melon) Fruit Extract, Citrullus lanatus (Watermelon) Fruit Extract, Fragaria Vesca (Strawberry) Fruit Extract, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Xanthan Gum, Leuconostoc/Radish Root Ferment Filtrate, Disodium EDTA, Diazolidinyl Urea, Iodopropynyl Butylcarbamate, Fragrance (Parfum), Red 40 (CI 16035), Red 33 (CI 17200).


Freeman Soothing Watermelon + Aloe Cooling Gel Mask (Sensitive Skin) ialah sejenis topeng wajah untuk 10 minit yang membantu secara pantas untuk memberikan nutrisi, menenangkan kulit dan menjadikan kulit lebih segar. Bertekstur seperti gel lutsinar, cair dan stay on face masa applied tu. I suggest letak dalam chiller so bila sampai kat muka tak adalah jatuh ke bawah teskturnya.. so far not bad la because it works on wonder..bau macam buah tembikai sweet-sweet gitu.. Ekstrak jus tembikai ni sangat sesuai untuk bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif, menghidrat untuk yang selalu breakout-prone skin tu.. macam kulit I la.. manakala jus daun aloe pula bertindak untuk menenangkan kulit iritasi.. hanya 10 minit sahaja tau... lepas tu bilas dengan air suam.. guna 2 kali sehari tapi kalau macam ni gayanya rasa macam nak pakai tiap-tiap hari.. hee...


Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask (Wash off/Sleeping Mask)


Bahan : Water/Aqua/Eau, Glycerin, Dimethicone, Rubus Chamaemorus (Cloudberry) Seed Oil, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Root Extract, Abronia Villosa Leaf Extract, Agave Americana Stem Extract, Yucca Brevifolia Root Extract, Opuntia Coccinellifera (Cactus) Flower Extract, Fouqueria Splendens Stem Extract, Larrea Tridentata Extract, Ethylhexyl Palmitate, Sodium Hyaluronate, Niacinamide, Allantoin, PEG-100 Stearate, Carbomer, Tetrasodium EDTA, Aminomethyl, Propanol, Diazolidinyl Urea, Iodopropynyl Butylcarbamate, Fragrance/Parfum, Limonene, Linalool, Orange 4 (CI 15510), Red 40 (CI 16035).


Freeman Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask pula ialah topeng wajah jenis air dari bahan seperti kaktus dan cloudberry yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya ialah Leave-ON MASK yang bertekstur gel dan ada warna coklat keorenan lutsinar gitu hehe.. ianya bertindak untuk menghidrat kulit yang kering... Kulit yang haus memerlukan 'water gel mask' yang pantas memberikan penghidratan pada kulit khas untuk melembab dan menjadikan kulit lebih lembut. Succulent cactus pula menjadikan kulit 'toink-toink' apabila disentuh manakala Jus cloudberry pula kaya dengan omega dan vitamin C untuk menjadikan kulit lebih berseri. Cuba tengok muka I selepas nampak tak glowing part pipi tu.. BEST sangat pakai mask ni tau...

Freeman Mask @freemanbeautymy

2 comments :

  1. packaging Freeman ni memang lawa. sangat vibrant warna yang digunakan. skrng still ada lagi yang Cucumber and Pink salt. nnt nak cuba yang watermelon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba dua dua memang best muka rasa fresh habis..especially time tengah naek jerawat memang sakit

      Delete

www.syafierayamin.com