DINOSAURS ALIVE ! di Paradigm Mall waktu cuti sekolah ni.


Musim cuti persekolahan sudah bermula sejak dari 23 - 31 Mac 2019. Jadi dengan kesempatan ini jangan lupa bawa anak-anak you all terokai dunia purba kala dengan haiwan yang sudah pupus di muka bumi tapi muncul kembali untuk diperkenalkan pada generasi masa kini.

Terdapat beberapa model Dinosaurs di sekitar Paradigm Mall, jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama makhluk-makhluk ni tau.


Selain itu terdapat banyak aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang kehadiran Dinosaur di sini iaitu:

  • Persembahan 'The Living Dinosaurs' secara langsung
  • Dinosaurs Walkabout
  • Augmented Reality Dinosaurs
  • Dino Ride
  • Dinosaurs Origami Workshop
  • Button Badge Colouring
  • FOSSIL Dive
  • Ark Park
  • Dino Run



Kebanyakan aktiviti akan berjalan di lokasi Upper Atrium, Level UG bermula dari 22 Mac sehingga 7 April 2019. So far kami sekeluarga dah dapat discovered semua aktiviti dalam Dinosaurs Alive ni tau. Bukan main happy anak-anak I sebab bagi I ini adalah aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak disamping dapat menambah ilmu secara interaktif.



Di sini juga mak ayah, anak-anak dapat tunggang Dinosaur tau.. selalunya tempat lain budak-budak je tapi sini I pun boleh tunggang tau.. tapi memang krekkrukkrekkruk tulang belakang ku bila naik dinosaur ni mungkin atas faktor usia. Nak naik dinosaur ni kena belanja minimum RM50 dalam 1 resit di Paradigm Mall manakala RM20 untuk ahli WCT buddy.


Dino Dive pula ialah aktiviti untuk kanak-kanak cari huruf-huruf yang tersembunyi dalam bebola bebanyak tu.. lepas tu susun menjadi perkataan.. lepas dah lepas cabaran ni.. you all bakal mendapat baucer diskaun..


Aktiviti mewarna 'button badge' pula adalah sebagai kenangan yang boleh dibawa balik pulang.. warna cantik-cantik tau bila dah kena press nanti tak boleh cabut dah hee..


Dino Run Challenge pula ialah permainan interaktif untuk menjadi Dinosaur Runner.. kalau you all dapat kalahkan markah yang sebelumnya ... you all akan dapat hadiah misteri dari Paradigm Mall..


Ark Park pula ialah permainan interaktif yang membawa anda ke dunia Dinosaur, adakah anda boleh  survive berada di dalam dunia Dinosaur ? Setiap pemain dapat merasai dunia tersebut dalam 2 minit sahaja..


Di bahagian The Boulevard Level G terdapat 2 ekor Dinosaur gergasi iaitu Tyrannosaurus Rex dan Mamenchisaurus.


Kenali jenis-jenis Dinosaurs yang terdapat di Paradigm Mall :

  1. Paralophosaur ( Jenis Herbivor ) Asal Kanada
    - Berat seperti sebuah van yang penuh.
    - Panjang lebih kurang 4 buah kereta.
    - Kelajuan sekitar 25 meter per jam
    - Bahagian tanduknya dibina seperti bentuk crumhorn
  2. Ankylosaurus ( Jenis Herbivor ) Asal Kanada
    - Bahagian perisai sama seperti seekor buaya moden.
    - Ekor digunakan sebagai senjata.
    - Perisai selalunya dimakan kot. huhu
    -Fosil dijumpai di Kanada & Montana
  3. Velociraptor ( Jenis Karnivor ) Asal Asia Tengah
    -Mempunyai tulang rawan seperti burung
    -Nama bermaksud 'swift robber;
    - Sejenis karnivor yang penipu
    - Berat lebih kurang daripada seekor ayam belanda
    - Tinggal di kawasan Asia Tengah dan Mongolia
  4. Protoceraptors ( Jenis Herbivor ) Asal Amerika Utara
    - Sejenis Herbivor
    -Dijumpai di kawasan seperti Mongoloa dan Amerika Utara
    - Namanya bermaksud Muka Pertama bertanduk
    - Saiz seperti seekor babi yang besar
  5. Tyrannosaurus Rex ( Jenis Karnivor ) Asal Amerika Utara
    -Dinosaur yang mempunyai 60 gigi tajam
    -Sebatang gigi bersamaan 9 inci panjangnya
    - Menggunakan ekornya untuk mengimbangi badannya
    - Berat seperti seekor Gajah Asia
    -Kelajuan maksima lebih kurang 18 meter per jam iaitu lebih laju dari manusia..
  6. Mamenchisaurus (Jenis : Herbivor ) Asal China
    - Berat 2 kali ganda dari Gajah Afrika
    -Mempunyai leher lebih panjang dari bas sekolah
    -Ketinggian 3x lebih tinggi
    -Makan 1200 salad sehari
    - Minum lebih daripada 100 galon air sehari
    -Tinggal di Cina



Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai beberapa spesis Dinosaur dengan mengimbas kadmereka menggunakan aplikasi Dinosaur 4D+ secara percuma.


Di Dinosaurs Alive booth juga terdapat beberapa maklumat fakta mengenai Dinosaurs. So apa lagi Jom timba ilmu bersama-sama anak-anak anda disamping menyaksikan persembahan secara langsung di situ !


Dinosaur Berjalan Jalan ke WCT Malls di Petaling Jaya dan Johor Bahru


Petaling Jaya, 22 Mac 2019 - Dinosaur menjelajah ke WCT Malls: Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Johor Bahru untuk cuti sekolah ini ! Pelanggan akan dibawa ke dalam dunia dinosaur iaitu zaman prasejarah di mana pelayaran kehidupan yang menyeronokkan akan bermula. Direka khas untuk kanak-kanak, keluarga dan peminat Dinosaur, kedua-dua pusat membeli-belah ini akan menawarkan aktiviti berkaitan Dinosaur yang interaktif, penebusan secara eksklusif dan bengkel menarik yang bakal menggalakkan penggunaan daya imaginasi!

Di Paradigm Mall, pelanggan bersama keluarga dan anak-anak mereka akan memulakan ekspedisi penemuan yang lebih mendalam, bakal menemui fosil tersembunyi, ambil bahagian untuk mengalami sendiri perjalanan hidup seekor dinosaur, menonton persembahan secara langsung oleh baby dinosaur, dan berdiri di sebelah replika dinosaur yang sedang mangaum : T-Rex.

Dinosaur Alive di Paradigm Mall Petaling Jaya
22 Mac - 7hb April 2019

Dari 22 Mac hingga 7 April 2019, pelanggan akan mendapat pengalaman dengan menonton Dinosaur Alive di Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ). SPelanggan yang masuk ke pusat membeli-belah di Paradigm Mall, mereka akan disambut oleh tujuh dinosaur animatronic bersaiz realistik termasuk spesies ikonik seperti Tyrannosaurus (T-Rex) dan Memenchisaurus yang terletak di Boulevard di peringkat G, serta Ankylosaurus, Velociraptor, Parasaurolophus dan non- dinosaur animatronic seperti Parasaurolophus dan Protoceratop yang terletak di Atrium Atas di peringkat UG. Sudah pasti tempat yang sejuk berhawa dingin  akan dikunjungi pada cuti sekolah ini di mana kanak-kanak boleh melibatkan diri dan belajar lebih banyak tentang reptilia prasejarah sambil memupuk kreativiti dalaman dan imaginasi mereka!

Bengkel Aktiviti & Bengkel Dinoclub
Pelanggan dan anak-anak akan dapat mendekatkan diri dengan junior T-Rex semasa aktiviti Walkabout Dinosaur dan dapat mengambil gambar banyak-banyak dan semestinya akan berkongsi gambar di platform sosial media. Satu drama siri akan berlangsung sepanjang tempoh kempen termasuk The Living Dinosaurs Live Show - pertunjukan langsung selama 25 minit dengan Triceratops, T-Rex dan Velociraptor pada hujung minggu.

Aktiviti beramah-mesra bersama kanak-kanak dan keluarga yang lain* termasuklah Fossil Dive, Bengkel Origami Dinosaur, Button badge Colouring, Ark Park, Augmented Reality Dinosaurs, Dino Run, dan Dino Ride. Bakal menjadi hari yang menyeronokkan untuk para keluarga dimana kanak-kanak boleh menjadi ahli paleontologi sambil menerokai penemuan yang menarik dan mewujudkan kenangan yang bakal tidak dapat dilupakan.

* Tertakluk kepada terma & syarat, siapa cepat dia dapat, hee...

Penebusan Dino Riders Eksklusif
Kanak-kanak juga akan dapat menerokai kreativiti mereka dengan menunggang mainan dinosaur Spinosaurus dan baby T-Rex dengan hanya membelanjakan minimum RM50 dalam resit tunggal di Paradigm Mall PJ, pelanggan boleh terus menebus 'free ride' si Dino Riders pada hari pembelian yang sama. Ahli WCT Buddy dapat  menikmati faedah eksklusif dan boleh menebus 'free ride' dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dalam satu resit tunggal. Jangan lupa kongsikan pengalaman menaiki Dinosaur dalam laman sosial media anda tau !

* Terma & syarat dikenakan


Jurassic World di Paradigm Mall Johor Bahru
Pelanggan di Johor Bahru juga dapat menyaksikan sendiri reptilia prasejarah termasuklah Velociraptor biru yang realistik dimana Paradigm Johor Bahru (Paradigm JB) akan membawakan anda ke Dunia Jurassic disana bermula dari 20 Mac hingga 10 April 2019!

Karnival Kanak-kanak & Bengkel
Dalam tempoh kempen juga, pelanggan bersama keluarga dan anak-anak mereka boleh mengetahui lebih lanjut mengenai adaptasi evolusi dinosaur melalui sesi Meet & Greet dengan Triceratops dan T-Rex Baby Dinosaur.

Selain dari sesi interaktif, keluarga dengan anak-anak juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti bertemakan dinosaur yangmesra kanak-kanak termasuklah World Colouring, Camp 5 Rock Climbing, Kids Carnival Games & Kiddie Rides with Beryl’s Chocolates Funland serta nikmati promosi istimewa dengan membeli edisi terhad jurassic merchandises.

Penebusan Ekslusif Dunia Jurassic !
Pelanggan bukan sahaja dapat menikmati Promosi Cuti Sekolah Parkson semasa membeli-belah di Paradigm JB; tetapi juga layak mendapat sesi 'Climbing' selama 20 minit dengan hanya berbelanja minimum RM80 (atau RM50 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) * di mana kanak-kanak boleh menguji tahap kelajuan dan ketangkasan mereka dalam aktiviti 'rock-climbing.'

Di samping itu, peminat dan pengumpul Jurassic World boleh menebus Bag Tote Dunia Jurassic secara PERCUMA dengan berbelanja minimum sebanyak RM280 (atau RM200 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) *.

* Terma & syarat dikenakan dan sementara stok masih ada

Jadi, jangan lupa COP tarikh dan pergi ke WCT Malls: Paradigm Malls di Petaling Jaya dan Johor Bahru untuk jadikan percutian sekolah ini lebih istimewa dan tidak dapat dilupakan!

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi, sila lawati laman web mall di : www.paradigmmall.com.my dan www.paradigmall.com.my/jb, 

Facebook di https://www.facebook.com/ParadigmPJ/ dan
https://www.facebook.com/ParadigmJB/

Instagram di https://www.instagram.com/paradigmpj/?hl=en dan https://www.instagram.com/paradigm.jb/?hl=en.

Mengenai WCT Malls Management Sdn Bhd

WCT Malls Management Sdn Bhd, anak syarikat WCT Holdings Berhad, ditubuhkan pada tahun 2015 dalam pengurusan pusat membeli-belah di bawah Kumpulan WCT, iaitu Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, pusat membeli-belah gateway @ klia2 dan Subang Skypark. WCT Holdings Berhad disenaraikan dalam pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

4 comments :

  1. Samalah kat Johor ada juga Dino ni kat Paradigm, semalam singgah juga walau takde anak kecik hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha i singgah sebab boleh naik dinosaur bukan selalu boleh buattttt

      Delete
  2. So burn through no additional time and hit your preferred online shop and search for the Dinosaur costume that will extravagant your taste! The shopping alone will be enjoyable. realistic dinosaur suits

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com