Saiz Pinggang macam kerengga dengan Hushworx Fitness Wear

Violet Hushworx Fitness Wear RM170 yang ni PINGGANG I tau.. heee

Sebagai seorang mama kepada 2 orang anak, I noticed saiz pinggang I dah mula berubah dari saiz 24 jadi saiz 40.. hahaha...no la but biasalah lepas pregnancy memang selalu kembang sana sini especially diet I memang ke laut.. usually in my instagram yes memang banyak jenis bengkung yang ada dalam timeline but at the moment entahlah to be honest I don't really berminat yet dengan bengkung yang lalu -lalu dalam IG I sebab mostly yang promoted and the founder not even have kids yet and surprisingly yang bukan wanita tulen yang pakai so from there I susah nak bagi trust.. mereka punya body sudah tentulah belum 'stretchy because of pregnancy'kan.. ramai kata kalau pantang betul-betul mesti body macam kerengga... heee talk about my pantang.. I memang rajin pakai bengkung zig zag kain tu tapi habis pantang... pemakanan tak jaga jadi memanglah kembang balik haha... entahlah lepas pregnant memang badan jadi macam on/off sekejap gemuk sekejap kurus.. 😅


Okay back to the cerita I sebenarnya baru-baru ni ada attended satu event pengenalan mengenai Hushworx Fitness Wear. Mula-mula ingat korset biasa-biasa je.. tapi bila dah tengok sendiri nampak macam teruja nak cuba.. waktu tu I tengah bloating sebab 1st day M kan and memang perut buncit lah sebab the blood udah* lama terkumpul.. orang ingat pregnant lah kot padahal perut bloat-bloat habis..LOL.. masa I datang I love the sisters-staff dalam tu sebab memang very friendly and trust me mereka punya pinggang MAK AIH curvy habis..I would love to have body macam tu juga.. taknak kurus but CURVY tu paling penting ! Masa tengok one by one korset yang ada dalam store tu.. I noticed memang a bit different dari korset biasa yang I pernah jumpa sebab yang ini luar latex dalam cotton.. keselesaan I don't know yet sebab I baru je pegang several 'corset's dalam tu...


So bagi yang nak dapatkan korset Hushworx Fitness Wear.. you all boleh terus pergi ke store  Hushworx Fitness Wear di Lot No1-17A, Amerin Mall,  Jalan Impian Indah,  Taman Impian Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor yang sebelum ini penjualan korset Hushworx Fitness Wear bermula sekadar dropship sahaja dan nama terdahulu ialah hushbabyxoxo dimana Nur Rizlin menjenamakan semula jenama ini di bawah empayar Hushworks Ventures. Produk membentuk tubuh dan menyokong tulang belakang ini menggunakan material yang diimport dari Italy yang sememangnya memberikan keselesaan kepada si pemakain.

Latex Fit sesuai untuk lelaki.

Pengasas Hushworx Fitness Wear iaitu Puan Nur Rizlin Zanudin, 37, hanyalah berpendidikan sekadar SPM dan bergelar seorang ibu tunggal dahulunya pernah merasa rendah diri dan tidak yakin dalam melakukan sebarang perkara namun anak bongsu datipada tiga beradik berasal dari Selangor ini terdahulunya pernah menetap di Arab Saudi selama tiga tahun. Pengasas juga memulakan kerjaya sebagai perkhidmatan pelanggan di MAS pada 1999 sehingga 2009 mengikuti jejak langkah bapanya yang berasal dari Perak turut bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Nur Rizlin juga pernah menjadi jururunding kecantikan pada tahun yang sama.


Dapat menjaga anak sambil duit masuk adalah impian setiap wanita termasuklah I sendiri.. bagi I Puan Nur Rizlin merupakan sumber inspirasi sebab mengambil keputusan berhenti kerja dengan menjalankan kerja-kerja sambilan disamping dapat meluangkan masa lebih dengan anak-anak.

Puan Nur Rizlin pun sebenarnya mempunyai masalah yang sama seperti I dimana masalah berat badan yang turun naik dan mula memikirkan untuk memakai korset namun buntu memikirkan jenama mana yang terbaik untuknya. Oleh sebab itu beliau mendapat idea untuk menjual korset selesa dipakai pada 2013 sebab masa tahun tersebut memang sukar mendapatkan jenama pilihan.. time tu pun bengkung paling popular pun ialah bengkung zig zag dan girdle. Kim Kardashian adalah contoh  personaliti antarabangsa yang popular menggayakan brand waist trainers telah dijadikan sebagai sumber inspirasi oleh Puan Nur Rizlin untuk kajiannya.

Body Shaper ni is my target now
Mudah dipakai, selesa dan tidak sakit apabila dikenakan kepada tubuh badan dari situlah lahirnya jenama korset Hushwork Fitness Wear yang tidak akan bergulung, tidak merimaskan, tidak berasa sakit akibat besi yang mencucuk pada bahagian tertentu jika korset dipakai dalam tempoh yang lama.

hushbabyxoxo adalah nama instagram lama sejak dari tahun 2013 yang menjual lingerie dan fancy corset sehingga 2017 kini telah ditukar menjadi hushworx fitness wear untuk produk shaping. 2 jenis produk berlainan turut diasingkan.

“Saya berfikir bagaimana untuk membawa jenama saya sendiri ke Malaysia dan pada masa yang sama saya tidak terikat dengan pekerjaan sebaliknya masih boleh berniaga sambil menumpukan perhatian kepada penjagaan anak. “Kerana kekurangan modal, ketiadaan rangkaian dan kurang kenalan serta sokongan kewangan menyebabkan saya hanya menjadi dropship kepada produk tersebut, sebagai langkah awal menjinakkan diri dalam dunia bisnes,” katanya.

Bermula sekadar dropship, Nur Rizlin membina kepercayaan mutlak daripada pembekalnya dan pada masa sama memberikan khidmat rundingan percuma kepada pembekal tersebut. Akhirnya beliau diperkenalkan dengan seseorang yang membantunya dalam perniagaan.

“Saya menolong dia menjual dan menjadi advisor tentang style dan apa perlu jual pada ketika itu. ketika tu juga penjualan lingerie belum terkenal di media maya. Saya simpan keuntungan jualan secara beransur-ansur dan pembekal memperkenalkan saya dengan agen yang boleh membantu saya mengorak langkah lebih jauh. “Dengannya saya berbincang bagaimana mereka bentuk korset yang sesuai dengan orang Asia. Produk dengan custom made sangat memerlukan modal yang tinggi. Selepas lima tahun menjalin kerjasama erat, dia menolong saya dalam perniagaan ini sehingga kini. Menerusinya, saya menjalinkan rangkaian perniagaan sedikit demi sedikit dan belajar bagaimana mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank dan institusi,” katanya.

Perbezaan korset jenama lain dengan Hushworx Fitness Weaar

Orang gemuk pun boleh dapat bentuk badan idaman sebab Hushworx Fitness Wear ialah jenama bukan cepat untuk kurus tetapi untuk cepat cantik, itu sebablah tagline 'Confidence Is Luxury' diberikan. Keyakinan adalah sesuatu yang mahal sebab bukan senang untuk dapatkan keyakinan jika tiada semangat disitu.  Wanita pasti akan menjadi yakin setelah memakai korset atau ' body shaper' dari Hushworx Fitness Wear dimana postur badan dapat diperbaiki menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Menurut Nur Rizlin pelanggan yang memakai produknya tak semuanya kurus tapi ada juga yang bersaiz badan besar berjaya mendapatkan pinggang yang ramping sebagai bentuk badan idaman. Setelah mengamalkan pemakaian korser dari Hushworx Fitness Wear pasti diet akan terjaga dan sekali gus impian untuk kurus pasti akan tercapai jua.


Hushworx Fitness Wear melonjak naik apabila Dato' Seri  Siti Nur Haliza telah memakai produk ini ketika dalam pantang didalam IG Stories beliau sebagai langkah promosi. Disebabkan itu kedai yang ada sekarang dibuka di Balakong sejak dari Julai 2017 yang lalu  kerana pelanggan ingin melihat sendiri produk secara fizikal.


Waist trainer dari Hushworx Fitness Wear juga telah dicuba oleh para selebriti popular seperti Nora Danish, Anis Nabilah, Nana Al Haleq, Raja Illya, Watie Elite dan juga insta famous - no wonderlah pinggang masing-masing ramping macam kerengga.


I sebagai salah seorang yang dah mencuba sendiri beberapa korset dari Hushworx Fitness Wear memang dapat rasa perbezaannya..  Antara yang I dah cuba sendiri ialah :


Dari Kiri LatexFit ( Fitness Belt), Tengah Opal (Premium Half) dan Violet ( Basic Trainer ).. bagi I kalau nak beli korset baiklah cuba terlebih dahulu sebab kena ada ukuran yang betul.. macam badan I sesuai pakai yang Violet Basic Trainer baru jadi kerengga.. haha..

Menurut Nur Rizlin, 'persaingan dengan selebriti terkenal di instagram sememangnya cabaran besar kerana mereka sudah memiliki pengikut yang ramai. Produk yang dijual juga mempunyai persamaan dengan saya. Namun saya percaya akan kualiti dan keberkesanannya. Saya memastikan material yang bagus bermula sari saiz kecil sehingga 6XL untuk pelbagai jenis variasi. “Tidak ada lagi korset fesyen yang membantu membentuk postur badan menjadi kecil daripada biasa dan pada masa sama menyokong tulang belakang agar berada di kedudukan betul serta menggelakkan gangguan saraf,” akhirinya.


Korset pilihan hati I ialah Violet yang RM170 tu.. I tunggu gaji masuk ni nak beli satu... sangat memerlukan sebab dah cuba haritu rasa sangat selesa... I siap makan 3 cupcakes dan 2 vietnam roll langsung tak rasa senak tau.. betul-betul work in wonder... tu yang I nak sangat kalau boleh nak pakai masa pergi Holiday ni boleh tak at least tangkap gambar postur badan nampak cantik je tau.. heee...

Bermula dari April 1st sehingga Raya. Harga korset berharga dari RM170-RM399, Harga combo RTW Raya RM290 manakala Harga biasa RM199 baju + RM170 corset violet =RM369

Bagi yang ingin mendapatkan produk korset ini boleh terus ke instagram Hushworx Fitness Wear atau pembelian terus dari bilik pameran di :

Hushworx Fitness Wear
Lot No1-17A, Amerin Mall,
Jalan Impian Indah,
Taman Impian Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Untuk keterangan lanjut hubungi :
Nur Rizlin ( Eleen) di talian : +6013 764 4437 / +6018 256 4437

19 comments :

  1. Saya pun memang sedang mencari korset. lagipun Amerin Mall tak la jauh sangat dari rumah. tunggu 1st April nanti baru nak pergi sana lah, harga pun dah sale kan.

    ReplyDelete
  2. wow! this product looks nice and lovely... great to hv nice shape using this product... nice one...

    ReplyDelete
  3. Ramping bak kerengga omg.. best btol nmpk selesa

    ReplyDelete
  4. Sis memang minat dengan kombo set tu..memang sis perlukan korset untuk sakit belakang sis ni...dah alang2 ada jual sekali gan baju tu..so why not rembat je..murah pun murah

    ReplyDelete
  5. Weh babe, kurusnya you. Pakai korset ni lagi nampak kurusnya. Ni mak mak lepas bersalin macam I ni sesuai lah nak pakai korset ni hahahaha

    ReplyDelete
  6. Wow harga kordlset tu not bad tapi worth it lah dengan kualitinya kan .Memang nampak ramping pibggang you bila palai korset tuh .Nampak you pakai pun selesa

    ReplyDelete
  7. nampak best dan selesa. tak pernah dengar brand ni ni tapi tengok fiera pakai nampak kemas dan selesa...ni kalau raya pakai baju kebaya terus meletop2 penampilannya hehehehe

    ReplyDelete
  8. Kalau kita memg terus jadi ape ye.. Hehhe. .Cantik syafiera pakai. .Nak raya ni syafiera oii. .Pakai selalu ye. .Kot dapat pinggang kerengga

    ReplyDelete
  9. Ouh so ada latex fix untuk lelaki juga? Bagus kan? Lelaki nak juga ramping dan fit untuk kelihatan baik. Ha :D

    ReplyDelete
  10. Tengok harga memang boleh tahan jugak. Tapi i memang tengah cari korset jugak ni. Orang nampak i macam kurus je kan. Tapi i nak kempiskan perut i. Perut i tak flat macam dulu dah sebab banyak makan.

    ReplyDelete
  11. Wow rampingnya you! Kita tengok terus rasa teruja nak pi butik dia segera. Ketara sungguh perbezaan lepas pakak korset ni eh? Kitw belum pernah pakai korset, teringin nak cuba!

    ReplyDelete
  12. Fulamak pinggang. Ramping. I mean curvy. Nampak bestnya produk ni. Boleh try

    ReplyDelete
  13. Actually mmg bagus pakai korset ni heheh kalo org dulu2 mmg diaorg galakkan pakai. Selain dapat membentuk badan tp juga boleh jaga posture badan

    ReplyDelete
  14. TB memang mencari corset sekarang ni.. huhu.. alamak tertarik pulak dengan Violet ( Basic Trainer ) tu.. tapi tak tau harga dia.. berapa rm ye untuk dia sahaja..

    ReplyDelete
  15. Oh my i guess i need this korset also, its not only can help to reshape our body but also impove our posture.

    ReplyDelete
  16. Kena rajin pakai klu nk cepat nampak slim, klu selesa dan xda masalah kak pun nk jgk teay

    ReplyDelete
  17. Patut la pinggang mcm kerangga.. Ni rahsia dia rupanya... Dah lama duk survey korset..Nnt nk grab 1 jugak lah

    ReplyDelete
  18. wah tu rahsia kurus ramping je..tak sangka orang lelaki pun boleh pakai ye. boleh cover sikit perut ke depan tu. beli buat hadiah kawan lelaki yang azam setiap tahun nak kurus elok jugak ni

    ReplyDelete
  19. I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. Performance 800i

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com