NLA Watches More Than A watch, Your Own Colour Fashion Watch - Time Galerie


Bestkan bila dapat bergaya dengan jam yang mempunyai lebih dari 1 warna ? Tapi paling best semua warna yang ditawarkan oleh NLA Watches boleh dikenakan dengan apa jenis pakaian yang dipakai tiap-tiap hari sebab warna hitam, putih dan lutsinar memang FIT dengan warna apa pun pakaian yang digunakan. Tu sebablah tagline nya More than just a watch.

Jenama NLA ni menggunakan konsep rekaan elemen sesuai untuk gaya hidup yang ringkas. Jam untuk gaya fesyen ini menitikberatkan pemilihan warna mengikut citarasa sendiri.

Terdapat 3 jenis dan warna dalam 1 kotak NLA Watches ni iaitu :

  • White Dial with white PU Strap
  • Black Dial with Black Leather Strap
  • White Dial with clear crystal PU strap
Dengan menggunakan 'glass material' iaitu 'Mineral tempered glass' mempunyai daya tahan yang kukuh dari terkena benda tajam pengakibat* calar-balar tau - Kaca galian lebih keras daripada kaca resin atau kaca akrilik. 5/10 pada tahap skala kekerasan Mohs. So memang tak mudah pecahlah kalau terjatuh atas lantai. Setiap jam dalam kotak ni menggunakan 'pin buckle style' I think ianya lebih secure berada di pergelangan tangan.

'Strap Material' berwarna hitam menggunakan genuine leather manakala yang warna putih dan lutsinar pula menggunakan PU leather. Ketebalan dial dalam 11 mm dan berdiameter  dalam 38mm. Mempunyai 3 jarum dan tarikh. Kalis air sedalam 30 meter. Menggunakan pergerakan ' Japan Quarts Movement.'

Setiap jam mempunyai permukaan yang ringan which is penggunaan sangat selesa dan muat untuk saiz pergelangan setiap individu. 'Close-Fit Strap' pula sangat lembut, selesa dan boleh dibersihkan secara terus dengan air.Yang jam berwarna putih tu bercahaya di dalam gelap which is  dalam tempat gelap pun boleh tahu pukul berapa.

Bagi I NLA Watches ni lebih kepada jam untuk bergaya dimana I boleh pilih warna jam mengikut mood harian I. Tapi paling best boleh FIT any baju yang I pakai setiap hari.

'I am just limited edition'
I am not perfect, "I am just limited edition." 
This is the best thing of me,
and is better than being perfect...



Warna putih melambangkan kesucian, nampak lebih kemas dan bersih.. sangat sesuai digayakan di tempat kerja atau pun waktu korporat.. Nampak macam budak remaja.. Nerdy pun sesuai pakai sebab jam nampak besar dan sesuai untuk yang rabun macam I tengok jam nak tahu pukul berapa.. hehe..


Paling best waktu tutup lampu tanpa rasa takut, gelisah dan gusar...


Ianya bercahaya di dalam gelap, at least bila bangun tidur tak nampak jam didinding... nampaklah juga jam pukul berapa di pergelangan tangan...


Nak pergi swimming pool terlupa cabut jam tangan sebab tak sabar nak berenang... nasib baik kalis air sedalam 30 meter.. tapi tak pasti bagi yang pergi diving.. pandai-pandailah adjust sendiri..


Warna hitam bukan zaman kegelapan tapi nampak seperti seorang yang 'strict' nampak smart dan just perfect and fit.. ianya boleh disesuaikan dengan semua warna kulit.. sesuai untuk lelaki dan wanita.. tanpa ragu lagi ianya menjadikan anda kelihatan seperti seorang yang mempunyai personaliti dan lebih 'organized' serta hanya memandang ke hadapan..


Sangat cantik apabila digayakan dengan bag berwarna coklat.. tampak lebih mempesona dan mempunyai jati diri...


Warna lutsinar sebenarnya menandakan anda seorang yang sihat... tampak elegan dan menampakkan anda seperti seorang yang 'easy going'... lebih tertib dan nampak lebih stylo gitu..


Nampak cantik digunakan bila tengah buat multi-tasking job...


Bila orang tersayang pakai nampak lebih akrab perhubungan.. hee...

Mana nak dapatkan NLA Watches ? Sila klik di sini sekarang > @timegalerie.my <

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com