Cardfight!! Vanguard versi Inggeris !


Bagi yang masih baru mengenai permainan lawan yang berasaskan kad iaitu Vanguard kali ni I nak bagi tahu you all Cardfight!! Vanguard ni ada dijual dalam versi bahasa Inggeris ! Berasaskan dari kartun Anime Vanguard yang popular telah meraih ramai peminat di serantau dunia maka terhasillah 'Vanguard Cardfight!'

Sebagai seorang yang masih newbie dalam perlawanan kad ni.. I tried to figure out macam mana nak main permainan ni.. hee.. sebenarnya I sangat Happy sebab berpeluang juga untuk mengambil tahu permainan perlawanan kad ni, masa I muda-muda pun I selalu juga main kad lawan tapi bercirikan kewanitaan eg Happy Family, UNO and so on la.. yang ni I rasa budak-budak lelaki je meminati permainan kad lawan macam ni.. apa pun gadis yang peminat Anime pun pasti boleh juga kan.. Disebabkan I ada anak lelaki why not I expose juga dekat dia at least dalam tu boleh mencabar tahap pemikiran dan mental juga kan... hee..



Berdasarkan siri komik oleh Akira Ito, protagonis utama Aichi Sendou, adalah seorang budak lelaki biasa sekolah menengah tahap tiga seorang yang pemalu. Perkara yang selalu di hati Aichi adalah kad "Blaster Blade" yang dia terima sewaktu masih kecil. Kad yang terpenting diterima dari "Vanguard" iaitu sebuah permainan kad yang memerlukan imaginasi seperti berada di "Planet Cray" sebagai pentasnya. Sejak dari hari dia bertemu semula dengan orang yang memberinya kad itu iaitu "Toshiki Kai", kehidupan seharian Aichi mula berubah.




Seperti dalam sinopsis jadi inilah Cardfight!! Vanguard Aichi Sendou dan Toshiki Chai. Pek percubaan ini agak menarik sebab pemain yang bertuah akan mendapat satu kad khas yang ditandatangani oleh pencipta kad lawan sendiri iaitu Akira dari Vanguard. 'Gallatin' dan 'Nelahem' ialah pek ilustrasi alternatif yang akan diberikan kepada pemain dengan setiap pembelian dua pek percubaan ini bermula dari 8 Jun 2018 yang lalu.

Cardfight!! Vanguard ni memerlukan pemain untuk mencipta dek mereka yang tersendiri yang mereka telah kumpul dari perlawanan satu sama lain. Avatar ni you all kena asah lagi dan bekerjasama dengan unit bersekutu, untuk menyerang hendap dek lawan anda. Apa lagi jangan lupa nikmati keseronokan berlawan dengan setiap kad yang anda cetuskan !


Cara nak main Cardfight!! Vanguard ni I serah pada yang pakar sebab I masih seorang yang 'noob' haha.. dalam Toshiki Kai ni ada 'First Guide' jadi bagi yang rasa berminat nak main tu silalah fahami setiap rules tau.


Dalam kad lawan ni ada pengenalan setiap karakter pada atas kad lawan. Lepas tu ada penerangan mengenai kehebatan lawan masing-masing. Jadi yang mana sesuai untuk dipertaruhkan ?

Terdapat 2 unit iaitu Unit normal dan Unit pencetus(Trigger). Unit Normal biasanya bahagian banner bawah berwarna hitam manakala Unit pencetus pula bannernya ialah kuning dimana anda perlu mengaktifkan kesan bila ianya terdedah dari dek anda.



Cara nak baca Cardfight!! Vanguard pula ialah tengok pada setiap kad. Setiap kad akan ditulis diatasnya Grade iaitu tahap dari 1 hingga 3, Shield pula ialah keupayaan untuk melindungi diri dari musuh, makin tinggi nombornya lagi senang untuk melidungi rakan sekutu. Power pula ialah kekuatan dalam pertempuran, makin tinggi nombornya makin kuat kad tu.


Yang ini ialah Playmat. Dalam ni ada 3 Bulatan :

Guardian Circle yang atas sekali, Vanguard Circle bahagian tengah manakala rear-guard circle pula bahagian bawah.

Yang bahagian kiri ialah damage zon, atas kanan zon pencetus iaitu zon trigger, dek pada bahagian kanan tengah manakala drop zone bahagian bawah sebelah kanan. Setiap benda yang korang nampak dalam gambar tu semuanya ada peranan tersendiri. So korang kena fahamkan konsep Cardfight!! Vanguard ni.


So yang inilah sebahagian karakter dalam Cardfight!! Vanguard ni. I pun kurang pasti how it works. you kena tanya pada yang pakar.


Kad lawan Aichi Sendou first guide.


Antara karakter dalam Aichi Sendou punya kad lawan dek percubaan.

So macam mana dah dapat idea macam mana nak main Cardfight!! Vanguard TRIAL DECK  ni ? Now I need an enemy untuk join I main kad lawan ni bersama-sama. Husband I tak reti pula main.. bila tengok pemain pun mostly lelaki you all.. mesti dorang ketawa bila tengok seorang mak orang 2 anak sibuk pula nak bermain Cardfight!! Vanguard ni tau. Hey hey jangan pandang rendah you all. Sebab I pun masih memahami konsep permainan ni tau. Kalau bukan I mesti anak lelaki I akan minat kan ?

Lagi satu Cardfight!! Vanguard telah diumumkan oleh Bushiroad dimana ianya telah menjangkau ke era keempat yang terbaru, dengan sedikit perubahan format permainan dan animasi Cardfight!! Vanguard akan keluar season terbaru berdasarkan siri komik oleh Akira Ito bermula sejak 5 Mei 2018 yang lalu. Suara latar untuk animasi tersebut akan ada bahasa Inggeris dan semua episod itu anda boleh tonton di Cardfight!! Vanguard channel Youtube.

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Cardfight!! Vanguard ni dalam versi Bahasa Inggeris sila layari : https://en.cf-vanguard.com/products/ atau https://en.bushiroad.com/ ataupun nak  lihat pemain Cardfight!! Vanguard di Malaysia, boleh akses sini : https://www.facebook.com/CFVMYS/

Senarai kedai yang jualCardfight!! Vanguard versi edisi Inggeris dalam Malaysia :

  1. Decards Enterprise: Add: 1-68, Summit City USJ, Jalan Kewajipan, Subang Jaya, 47620, Selangor
  2. Me Two Sdn Bhd Add: 27, Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor, 41200
  3. Ultimate games Corner Add: Lot D6, Tingkat 3, Metro Point Complex, Jalan Sungai Jelok 8, Kajang, 43000 Selangor
  4. Comic Tracks Add: S30, IOI MALL , 2nd floor , Bandar Puchong Jaya, Puchong 47100
  5. ACE Cards & Collectibles Add: TK-10, 3rd Floor Midvalley Megamall, Kuala Lumpur, 59200
  6. Azone Games & Hobbies Add: Bo1-11, MKH Boulevard, Jalan Bukit, Kajang, Selangor, 43000
  7. Vanguard Café Add: F10 , Aeon Mall Shah Alam, 40100 Shah Alam, Malaysia
  8. Ministry of Hobbies Add: Millennium Square, Lot 1-042 No 90, Jalan 14/1, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor
  9. 25C Arts and Hobbies Add: 25B, Jalan SS4D/2,People's Park, Petaling Jaya, 47301
  10. Genius Maze Add: 16-1 Suria Jelutong, Jalan Bazar U8/99, Seksyen U8 Shah Alam
  11. Little Akiba Add: 44B, Jalan SS15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
  12. Card Games Kingdom Add: B5-2-9, Jalan Teknologi 2/1A Signature Park Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya Selangor.
  13. Toysbar Add: 4A jalan ss22/21 Damansara Jaya Petaling Jaya Selangor 47400
  14. Neko Neko Nyaa Add: Lot 11390, Commercial Centre, Jalan Song,Tabuan Height, 93350 Kuching Sarawak.
Maklumat lanjut di sini : https://kcdistributions.com/.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com