4 Menu Lazat di Restoran AA BA TA Cina Muslim


Sebagai seorang yang suka makan masakan Cina Muslim, I berpeluang untuk merasai sendiri beberapa menu lazat di Restoran Cina Muslim AA BA TA. Lokasinya berada di dalam IKON Connaught Shopping Mall Ground Floor dan ianya mempunyai 'easy-access' dari dalam atau luar mall.

Restoran ini AA BA TA diasaskan oleh seorang penyanyi Nico dan juga dua rakan kongsinya iaitu Louise Leong Man Fai dan juga Dr Mohamad Rohaizat Mohamat dan telah dibuka sekitar Oktober 2019 yang menawarkan pelbagai menu yang sihat, sedap, enak dan ringkas dengan harga yang berpatutan buat untuk peminat makanan Cina Muslim.


Abdul Fashah Abdul Aziz atau dikenali sebagai Nico merupakan seorang penggemar masakan cina muslim oleh itu ideanya adalah untuk memudahkan peminat untuk menikmati makanan kegemaran di restoran AA BA TA ini.


Sambutan dan respons telah mula diberikan oleh peminat serta pengunjung yang datang ke Restoran AA BA TA ini mungkin kerana nama restoran yang unik dan penggunaan warna yang menyerlah membuatkan ramai ingin melihat dan mencuba sendiri menu yang menarik dihidangkan di sini. Respons yang memberangsangkan juga menjadikan menu di sini berpatutan dari segi harga.

Imbas QR Code


Lebih dari 30 menu 'ala-carte' yang boleh dipilih oleh anda yang bakal berkunjung ke restoran ini. Tapi terdapat juga menu set untuk 3 orang, 4 orang, 5 orang dan juga 6 orang. 'Which is I think more convenient' untuk yang ada family kecil hinggalah ke besar dengan tawaran harga yang berpatutan. Makanan di sini sudah lah sedap dan kenyang satu keluarga tau.

Antara hidangan yang I sempat cuba di Restoran Cina Muslim AA BA TA ni ialah ayam goreng, sayur kobis dan hidangan paling popular ialah ikan stim dan ikan goreng boom.

Ayam Goreng

Sayur Kobis


Ikan Goreng Boom

Ikan Stim

Satu set boleh makan untuk 4-5 orang

Teh Cina
Kalau you all nak tahu lagi, menurut Nico ikan yang berada di Restoran AA BA TA ni ialah ikan yang dibela sendiri dan pemakanan ikan yang dibela itu bukan makanan biasa-biasa sebab nak jaga kualiti dan kesegaran ikan agar terjamin kerana bagi Nico kualiti adalah keutamaan mereka. Selain daripada ikan, sayur-sayuran yang digunakan juga adalah sayuran yang segar jadi bila makan je pengunjung yang datang ke Restoran AA BA TA ini boleh tahu membezakan kesegaran dan kualiti makanan yang dihidangkan.

Bagi I walaupun dari segi hidangan nampak ringkas tapi 'seriously' sedap-sedap belaka semua menu makanan yang I sempat cuba. Sayur kobis tu pun sedap tau memang tidak mengecewakan.


Next time I datang lagi I teringin nak cuba Udang Goreng, Udang Kukus, dan lauk-pauk yang lain. Sebab semuanya nampak sedap dalam gambar. Restoran AA BA TA Cina Muslim ini dibuka dari 11 pagi hingga 9.30 malam.


Restoran AA BA TA,
G03, Ground Floor,
Ikon Connaught Shopping Mall,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Dibuka setiap hari.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com