Tolonglah cari Pakej Perkahwinan yang boleh dipercayai kalau tak nak rasa tertipu..

Ada tak sesiapa ingat kes yang masih baru lagi yang melibatkan hari kebahagiaan individu lain? > baca disini < Kes dimana pihak pakej perkahwinan yang catering tak hantar makanan, tetamu dah datang tapi makanan masih tak ada lagi. Malu besar pengantin bila kes macam ni berlaku! Bila cakap mengenai isu ni, bukan orang lain je yang kena hadap masalah yang sama, rupanya kawan I yang kahwin last time pun kecewa sebab catering dia tempah haritu saji makanan yang tidak mencukupi.. baru-baru ni juga saudara I sendiri catering nak jamu makanan pada tetamu yang datang tapi biarkan makanan berlebihan dalam kuali (tak refill) dan tuan rumah terpaksa bungkus bagi pada jiran berdekatan. Hmmph rupanya tak semua perkahwinan itu sempurna terutamanya bila bab hari persandingan.

Disebalik isu sedih macam ni kita sebagai pengguna WAJIB ambil tahu kalau nak perkahwinan sempurna tanpa ada masalah yang datang menimpa kelak at least duit yang dikeluarkan tak rasa sia-sia. Jarang I tengok pakej perkahwinan MURAH nowadays. Memang akan banyak duit digunakan jadi jangan sia-siakan peluang yang ada dengan Tertipu dengan "wedding planner" yang mengambil kesempatan. Bukan sahaja catering ada juga kes TERSILAP pilih MUA, makeup biasa-biasa tapi caj bukan main mahal. Paling takut kalau MUA pakai alat makeup yang tak berkualiti silap hari bulan mahu rosak kulit Oo. Tak pun waktu tengah bersanding makeup dah nampak bercapuk dan cair bila dalam gambar nampak macam apa dah kan ? So nak tak nak kita wajib pilih MUA yang ada skill dan pakai produk solekan yang sesuai dengan muka kita tau.

Banyak betul I tak puas hati dengan pakej perkahwinan lately ni. I lagi sakit hati jika pasangan yang nak berkahwin tak ambil serious bab ni.. bayar mahal-mahal pakej perkahwinan tapi tak dapat seperti yang diingini... tak ke membazir duit dah dekat situ. Sebenarnya tak kisahlah mahal atau murah sesebuah perkahwinan cuma I nak ingatkan berhati-hati je sebab malas dah nak baca isu kena tipu dengan pakej perkahwinan.. I rasa kesian sebab yerlah dah kumpul duit ribu raban nak kahwin tapi kena tipu... benda tu boleh jadi trauma tau bagi yang jenis tak boleh 'move on'.. kadang-kadang sampai anak cucu pun masih teringat-ingat...

Jadi jangan jadikan hari bersejarah anda sebagai 'nightmare' sebab kena tipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.. tak pasal pasal masuk page viral dan akan kekal lama je dalam internet... huhu Ingatan buat kita semua...

So, macam mana? Mana nak cari pakej perkahwinan yang boleh dipercayai ? Bagi I itu semuanya atas usaha anda sendiri.. cuba SURVEY sebanyak mungkin sebab tak salah pun nak cari yang mana better lagi best bajet tak tinggi pun boleh juga dapat servis tip top.. itu rezeki andalah jawapnya..

I hanya boleh suggest you all cari yang boleh dipercayai.. kat mana ? Jom pergi The Wedding Fest Wedding Festival pada 1,2,3 Mac 2019 di PWTC dimana dalam festival ni hanya trusted vendor sahaja yang terlibat...



Di The Wedd Fest by AP Event ni banyak vendors yang boleh dipercayai paling best sponsor-sponsor yang terlibat juga adalah mostly terkenal, seperti ZENI Gold  & Jewellers, ROSE Katering, Istana Puteh by Gee Cantik, KAY GIFTS, dan D Rose Manis. Majalah rasmi Ratu Sehari pun ada juga tau. Booth vendors yang ada disana nanti semuanya boleh dipercayai dan diyakini, confirm servis puas hati dan tak mengecewakan…. So PLAN cepat supaya perkahwinan anda jadi GEMILANG jika dapat jumpa 'with the right wedding planner' tau ! Good Luck !

Ada berita baik lagi, Bagi yang follow The Wedd Fest by AP event ada juga contest-contest menarik yang dianjurkan salah satunya menang EMAS, ooo.. siapa tak nak kan? I yang dah kahwin ni pun nak juga menang emas. By the way I joined juga contest anjuran TheWedd Fest dan Zeni Gold, mana tahu ada rezeki melekat kan hee….tapi dia bagi peluang pada pasangan yang belum berkahwin je. Menang emas boleh la terus kahwin. Hehehe…..

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook : The Wedd Fest by AP Event !
Instagram : @wedd.fest
Nombor telefon : 012-3625446/017-3772192

Jangan LUPA save THE DATE ! 1,2,3 MAC 2019 di PWTC,
masuk adalah percuma dari 10pagi-10malam.



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com