Barbie Eyesland Colorful Contact Lenses

Nova Brown 14 mm

I seorang yang alami masalah rabun jauh mungkin sebab I selalu menatap gajet, TV dan laptop terlalu lama. Dulu power rendah je sekarang power makin meningkat. Sedihkan. Tapi dalam dunia ni bukan I seorang sahaja rabun jadi I rasa macam I tidak keseorangan dalam masalah ni. Bila ramai yang rabun jadi memang akan wujud 'manufacturer' 'creator' yang akan bantu untuk mereka yang ada masalah yang macam I alami.. dan produk tersebut akan menjadi lebih kreatif. Contohnya benda berkaitan mata kan... dulu-dulu siapa yang pakai spek mata dipandang hina dan keji.. macam movie orang puteh dulu kala...tapi sekarang bumi mungkin sudah terbalik, siapa yang pakai spek mata akan dipandang tinggi seolah-olah muka nampak macam pelajar pintar, orang bijaksana konon nye lah...



But I rasa macam bertuah dapat tahu ada contact lenses yang berwarna dan ada EYE POWER untuk masalah rabun memasing.. dengan harga yang ditawarkan sangat murah untuk 1 pasang tapi setiap produk di barbieeyesland adalah 100% asli, berkualit tinggi dan barangan original adalah keutamaan. Mula-mula tipulah I cakap tak takut sebab harga dahlah murah boleh percaya ke ? Huhu... siapa sangka kan bila produk dah sampai rasa macam okey Let's try these eye lenses !

So I decided to give a TRY ! I pilih warna ala-ala innocent gitu, haha, Nova Brown 14 mm & Icy Blue 16 mm.

Icy Blue 16mm
Kedua-dua 'Coloured Lenses' Barbie Eyesland memang tidak mengecewakan.. I lebih suka contact lenses yang berwarna tak nampak warna hitam tapi nampak betul-betul warna lenses tu.. brighter than my own color lah..

Siri Nova tu sangat popular untuk kesan mata 'Eurasian' bagi I diameter dia kecil iaitu 14mm tapi I rasa I lebih selesa dari yang besar.. baru nampak macam 'blendable' untuk natural look... warna dia pun nampak lebih cerah tau.. jadi nampak sweet dan innocent look gitu... Bila I pakai Nova Brown ni buat I nampak macam Uqasha Senrose pula dah.. haha.. betullah orang kata nak solekan lagi cantik memang kena pakai contact lenses...

Icy Blue 16 mm pula memang sesuai untuk pergi dating waktu malam haha... sebab warna biru buat wajah nampak sangat Romantik tau.. Warna solekan yang lebih garang buat muka nampak lebih kontra dan 'brightener.' Saiz diameter pun lebih besar dari iris mata I tu sebab dia kasi effect nampak mata lebih bundar, bulat dan besar. I akan pakai coloured contact lenses ni bila pergi event macam tu la.



Barbie Eyesland ni disebabkan menjaga kualiti jadi bila delivery hantar dalam kotak. Lepas tu dapat extra candies.. hee...apa pun packaging Ya Ampun memang menarik sebab 'colorful' memang kenalah dengan tema - barbie eyesland tu, lepas tu botol pun packaging cantik dengan pembalut penuh bunga-bunga & buah-buahan.. memang rasa macam anime sangat.. creative !


Setiap pembeliaan 1 pasang contact lens akan dapat 'free gift' contact lenses storage box. Best kan semua provided ! Memang I suka. Kalau pergi kedai biasa kadang-kadang I tak dapat pun bekas untuk simpan contact lenses selagi I tak minta. Ni I marah ni, heheh.. Lagi satu before I forgot to mention ! Delivery service memang tip top tu, haritu kau order kalau tak gangguan sama ada cuti umum atau cuti perayaan memang haritu atau esok barangan di tempah akan dihantar dan sebelum 1 minggu akan sampai. hee. Pantas tak ? Dan paling best siap ada coverage di Singapore lagi tau.


Eye Power : Supposedly belah kanan I ialah 2.75 tapi eye power tu tak provided dalam barbie Eyesland jadi I kena ambil lower sikit iaitu 2.50... but never mind as long as I boleh nampak dunia I dah happy pun... heeee....


Tekstur Barbie Eyesland ni sangat nipis dan terlalu lembut... tu sebab bila pakai rasa macam tak pakai contact lens langsung.. cuma bila terlalu lembut tu kena hati hati, takut tak sedar je kita pakai contact lens lepas tu terbawa tidur... erk..


Ada cara nak pakai dibahagian belakang... tapi bagi you all yang pakai dan rasa tak selesa atau ada reaksi yang tidak diingini I rasa better stop and you all boleh return and refund kembali.. tapi kalau okey boleh teruskan..

So far untuk I.. I selesa dan bila pakai with correct eye power buat dunia nampak jelas rasa macam seronok je tak kabur pandangan heee...

Paling BEST bila beli Barbie Eyesland you all dapat 'FREE SHIPPING' untuk semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak . Manakala RM25 untuk Singapura.

Contact Lenses Barbie Eyesland rekomen digunakan selama 3 bulan dan maksima 8 jam sehari tau.

Mana Nak order ?
Di sini : https://www.barbieeyesland.my/

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook : https://www.facebook.com/BarbieEyesland
Instagram : https://www.instagram.com/eyesland_lens/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com