Tips Cara Penjagaan Rambut Panjang dengan Asmak Haircare


I dah menjaga rambut sehingga panjang lebih kurang 3 tahun, dahulu dah panjang tapi terpaksa potong pendek sebab terkena chicken pox, setelah 3 tahun berlalu I cuba tak potong rambut lagi.. jadi ni la hasilnya rambut panjang sehingga ke paras pinggang, setiap kali pergi salon rambut buat treatment I pun tak faham kenapa orang salon tu suruh I potong rambut I sikit sebab katanya trim je sikit buang cabang-cabang tu tapi I still tolak sebab I tahu ada sahaja produk yang boleh membantu untuk perbaiki masalah rambut pecah-pecah ni. Kalau betul tak boleh baru I akan trim rambut yang bercabang tu. Tapi tu la selalunya bila trim ni ada juga 1 hingga 2 inci dipotongnya.. bagi I banyak juga tu. hee..

Selain daripada rambut bercabang I juga ada masalah rambut gugur, hampir 1 2 bag plastik juga rambut yang sempat I kumpul memang menakutkan.. I teringat juga orang salon ada cakap kalau I tak jaga dan tak rawat masalah rambut gugur ni silap hari bulan boleh botak.. erk memang I trauma la.. haha siapa nak rambut botak kan.. hilang mahkota sebagai seorang wanita tapi tu la masalah rambut gugur ni ada yang mild dan extreme.. jadi nak tak nak kena juga cari solusi untuk rawat masalah rambut gugur ni..

Pemakanan dan pemilihan produk yang sesuai untuk rambut adalah tersangat PENTING ! Pemakanan kena jaga.. Benda benda mee segera sebolehnya dielak-elakkan nak makan boleh tapi kena berpada-pada at least dalam masa sebulan tu minima kan makan benda yang banyak perasa msg and so on, ikut pada diri sendiri, nak cantik kena banyak berkorban, tapi pemakanan  yang memainkan peranan untuk tubuh badan sihat dan cantik.

Pemakanan yang sihat untuk rambut yang cantik semestinya yang ada kandungan protein.. soya organik, ayam organik eh semuanya nak organik lah tapi ikut kemampuan masing-masing.. I pun bukannya mampu nak consume pemakanan yang organik tapi I cuba juga jaga pemakanan I.. Minuman pula seeloknya minum air bersih 3 liter sehari, rambut ni akan cantik dan sihat jika kita tiada masalah dekat bahagian kulit kepala contohnya seperti kelemumur, minyak and so on.. Bagi I air pun membantu untuk melembabkan bahagian kulit kepala...

Pemilihan produk adalah PENTING juga. I kalau bab shampoo memang akan teliti especially bahan yang digunakan.. sebolehnya I tak nak produk rambut ada kandungan bahan kimia yang berbahaya seperti silikon, sls, paraben and so on.. sebenarnya memang sudah ada produk penjagaan rambut yang betul-betul organik cuma harga dia pun memang $$$ juga la.. tapi kalau nak cantik memang ada je yang sanggup spent money bagi mereka Valur for the money...


But this time I nak perkenalkan produk penjagaan rambut dari Asmak Haircare, bumiputera made... I baru je guna selama 3-4 hari, bukan I je rambut suami dan anak-anak I pun I cuci pakai Asmak Bunga Raya Plus Shampoo 6 in 1, lepas tu I sapu Asmak Hair Moisturizer with serum dan langkah terakhir I sapu rambut satu keluarga I dengan Asmak Sevenis Oil 7 in 1, I rasa I dah jadi macam Hair therapist dah bila pakai produk dari Asmak Haircare ni.


Macam rambut I kena pakai banyak sikit lah sebab rambut I panjang tapi Alhamdulillah really Worth To try ! Rambut bau wangi sangat ! Senang urus and sangat bagus untu terapi urutan kulit kepala. I terangkan one by one ya my first impression for each item.


Asmak Bunga Raya Plus Shampoo 6 in 1

Kandungan bahan ialah  ekstrak bunga raya, minyak kelapa, 'refined babassu oil,' minyak pokok teh, minyak jojoba, ektrak acerola dan fragran. So far yang ni je bahan yang I nampak dalam label botol. Cara penggunaan tuangkan sedikit Bunga Raya Plus Shampoo ke tapak tnagan dan urut secara rata pada rambut yang telah dibasahkan selama 1 ke 2 minit. Bilas sehingga bersih. Nak buat 'double cleansing' pun boleh sebab syampu ni tak menghasilkan banyak buih. To be honest I rasa tekstur produk ni ala-ala perapi.. tapi at the same time ianya bersihkan sekali lebihan minyak dan kotoran pada bahagian kulit kepala. Macam I, I beri fokus pada kulit kepala terlebih dahulu sebab usually bahagian hujung rambut I akan sapu perapi untuk cegah rambut bercabang. But memang not bad juga syampu ni, selama 3 hari berturut-turut I pakai I jadi macam addicted nak cuci rambut I tak tahu kenapa sebab bau bilik air memang semerbak. Bau macam bunga yang manis. Sangat wangi ! Syampu ni sangat sesuai untuk yang ada masalah kelemumur dan kegatalan rambut. Alhamdulillah I can see it well. Memang less gatal and minyak pada scalp I dah berkurangan. Isipadu dalam 500ml. I rasa untuk rambut I kena beli lagi satu botol hee.. memang tak berbuih macam kebanyakan syampu Guys.. but memang not bad rambut flowly habis and volumized ! Love it Love it !


Asmak Hair Moisturizer With Serum Advanced Series

Kandungan utama serum pelembab rambut Asmak ni ialah dengan ekstrak dari bunga raya, minyak zaitun, minyak argan, minyak kelapa, dan minyak buah rosa canina. Bahan dengan nama saintifik : Cylopentasiloxane, cylotetrasiloxane, hydrogenated olive oil unsaponifiables, hydrogenated ethylhxyl olivate, argan oil pef-8 esters, hibiscus rosa-sinensis flower extract, rosa canina fruit oil, cocos nicifera (coconut oil), mineral oil, cyclopentasiloxane, cylohexasiloxane, fragrance. Serum rambut ni memang 'not bad' I suka suka, selalunya pakai serum rambut isupadu sikit yang ni 1 botol isipadu serum sahaja dah 300ml, cuba bayangkan sapu di rambut dalam kuantiti sedikit sahaja, 1 botol I rasa boleh tahan sampai setahun kalau untuk rambut I dan I seorang sahaja pakai. Memang sharing is caring. I sapu juga serum ni pada rambut sesiapa yang ada dalam rumah I. Bau dia pun best wangi je. Serum ni sapu bila rambut dah kering, sapu dari akar rambut hingga ke hujung rambut.

Serum rambut pelembab rambut Asmak ni diformulasikan khusus untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dengan menggunakan teknologi terbaru yang bertindak untuk menjadikan rambut lebih bersinar, hitam berkilat dan mudah untuk diuruskan dari dalam dan luar untuk setiap helaian rambut. Ianya juga menjadikan rambut lebih lembab dan hidrasi sepanjang masa tanpa mengeringkan rambut. Bagi yang ada masalah rambut yang bercabang dan adalah 'curly' halus serum ni sedikit sebanyak membantu rambut untuk nampak lebih 'flowly' habis. I sangat rekomen untuk yang jenis rambut suka kaler-kaler tu cuba sendiri serum ni, untuk rambut I memang I senang nak urus memang ianya membantu juga untuk hilangkan kusut pada hujung rambut.


Asmak Sevenis Hair Oil 7 in 1

Kandungan bahan seperti light mineral oil, minyak pokok teh, minyak babassu, minyak kelapa dara, minyak kastor, minyak zaitun, minyak argan dan fragran. Campuran pelbagai jenis minyak menjadikan rambut lebih subur. Lepas rambut dah kering boleh sapu minyak ni pada rambut. So far I rasa minyak ni lagi bagus jadikan sebagai minyak urutan rambut. Ikut kegunaan masing-masing, macam I, sebelum bersihkan rambut, I akan tuangkan amaun mengikut rambut I, dan buat urutan kepala dari kulit kepala sehingga hujung rambut. Lepas tu biarkan selama beberapa minit tak pun sebelum tidur I balut dengan plastic wrapper, esok pagi tu I bersihkan rambut dengan syampu Asmak Bunga Raya Plus.. walaaaaahh... rambut memang lembut dan sungguh senang untuk diuruskan.. plus rambut memang nampak lebih hitam dan shining gitu.. I rasa rambut I nampak lebih healthier than before ! Boleh jadikan minyak ni sebagai 'treatment spa' juga tau. Bau pun wangi.


So far selama beberapa hari menggunakan produk Asmak Haircare... I sebagai pengguna memang sangat puas hati dengan bahan dan 'results' yang I dapat untuk rambut I dengan produk ni. Husband I pun I perasan dia pun pakai syampu ni tau.. dia cakap macam perapi je teksturnya. Rambut nampak lebih sihat, senang urus and wangi dari pagi sampai ke malam tak pun sampai ke hari yang akan datang pun masih wangi. I perasan juga setiap helaian rambut I rasa macam lebih tebal dari sebelum. Sebelum ni I rasa rambut I nipis je, tapi sekarang rasa macam lebih berisi - volumized ! I sangat rekomen untuk sesiapa yang alami masalah rambut nipis cuba juga syampu ni. Lebihan minyak pun berkurangan dan scalp nampak lebih bersih. erk.. so far memang sesuai sangat dengan rambut I... rambut orang lain I tak tahu..


Bagi yang berminat nak mencuba sendiri Asmak Haircare, Sila layari :
Website – https://mham.com.my | https://asmak.com
FB page – Shampoo Bunga Raya HQ
IG – asmak.haircare
Hotline – 019-9708897 | www.wasap.my/60199078897

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com