Special Effects di GSC 4DX buat I rasa macam berada dalam filem


GSC telah melancarkan hall terbaru khas untuk 4DX di One Utama dimana sebelum ni berada di Paradigm Mall Johor Bahru. Menariknya 4DX ni buat para penonton takkan rasa mengantuk atau bosan sebab rasa macam naik 'roller coaster' terutamanya filem aksi atau 'thriller.'

Tonton wayang bukan sahaja menghadap skrin dah sekarang tapi korang boleh rasa seperti berada di dalam filem ni. Setiap babak setiap saat pasti dapat dirasai penuh kusyuk dengan menggunakan teknologi sinematik 4D yang berasal dari Korea Selatan iaitu CJ 4DPLEX -  terdapat lebih kurang 20 pergerakan signature dan juga kesan persekitaran.

Antara kesan khas yang ada adalah seperti angin, air hujan, kabus, petir, buih dan aroma haruman..and kerusi pun bergerak macam roller coaster, I harap GSC 4DX sediakan seat belt juga. Nak pula scene macam Bumblebee turun bukit, pergh memang terasa macam kita pun turun bukit.... huhuh... I rasa seronok part buat Charlie buat air lemon tu pergh memang keluar bau aroma lemon tu...

Kerusi 4DX ni dia bukan sajaja ada kesan getaran ( vibration ) tapi dia bergerak juga... tu yang I rasa lain dari yang lain... so far memang enjoy habis lah tonton wayang dengan 4DX..


Harga tiket pula masa I tengok haritu RM34 untuk dewasa, tapi tak pastilah sebab kadang-kadang harga berbeza... kalau you all nak tahu lebih lanjut boleh layari website GSC sendiri.. sebab I dengar dia ikut masa.. kalau waktu cuti sekolah mungkin harga lain-lain  tapi hopefully below RM34 lah ... bagi I afford lah kalau macam tu rege harga tonton movie.. memang betul betul rasa macam dalam movie kot.. heee..




Tak 'prefer' letak air panas dalam 'cup holder' tu mahu tak terbang air nanti hahaha.... letak pop corn pun berterabur dah..


Bagi I zaman moden kini merupakan tahap teknologi semakin canggih.. nak pula anak-anak muda lebih suka sesuatu lain dari yang lain, ekstreme kalau boleh lagi mencabar... tak dapat berlakon dalam filem tak per lah janji dapat experience seperti berada dalam filem tu pun dah cukup baik heee..




 I dah tengok Bumbleebee dengan 4DX you all bila lagi ? Enjoy the movie..


GSC dalam perancangan untuk membuka dua lagi lokasi 4DX pada tahun 2019, yang bakal berada di GSC IOI City Mall, Putrajaya dan di GSC Southkey, Johor Bahru. Selain daripada 4DX, GSC bersedia untuk membuka pawagam ScreenX pertama pada tahun 2019 - teater multi-projection yang memberikan pengalaman 270° untuk filem panorama. Dengan menggunakan sistem proprietari untuk mengembangkan skrin ke dinding sisi, penonton boleh mengalami bingkai imejan sekeliling secara tradisional dan memberikan rasa seperti berada di dalam filem.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gsc.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com