Suka SHOPPING dari laman luar negara ? Jom Buyandship !





Hi semua, ada tak pembaca syafierayamin.com suka membeli belah dari laman sesawang luar negara? Berita baik untuk anda sebab I terjumpa satu site yang boleh membantu anda untuk membeli barangan dari luar negara seperti United States, United Kingdom, Jepun, Korea, Cina dan juga Hong Kong dimana pembeli boleh membeli barangan dari pelbagai kedai online serata dunia, dan barangan dihantar akan dibungkus dalam satu bungkusan dengan mudah.



Buyandship ni sangat mudah untuk digunakan dengan hanya 5 langkah.

  1. Mula-mula anda hanya perlu daftar dengan Buyandship untuk mendapatkan ID ahli anda dan alamat gudang antarabangsa di 7 lokasi seluruh dunia terutamanya US, UK, Jepun, Korea, China, Hong Kong dan juga Jepun.
  2. Lepas tu anda boleh mula membeli-belah di laman pilihan anda. Setelah selesai membeli-belah isikan alamat gudang Buyandship yang terdekat bersertakan ID ahli anda. Semak anggaran harga di halaman Yuran Bayaran Buyandship.
  3. Seterusnya, isikan maklumat penghantaran anda, termasuklah 'tracking number,' di Pengurusan  Penghantaran pada halaman Pusat Ahli.
  4. Penghantaran barangan anda akan dimaklumkan setelah tiba di lokasi Buyandship. Anda akan diminta untuk membayar yuran secara kad kredit atau debit. Semua barangan yang telah sampai di lokasi gudang akan dibungkus dalam satu bungkusan tanpa caj tambahan.
  5. Barangan anda akan tiba dengan cepat dan selamat tanpa kos penghantaran yang tinggi jika anda mengikuti dengan tempat langkah 'tutorial' ringkas ini.


Anda harus membeli di Buyandship terutamanya barangan dari luar negara sebab :
  1. Penghantaran akan dilakukan setiap hari dari gudang Buyandship sedunia termasuklah dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, China dan Hong Kong untuk memastikan setiap hantaran dihantar ke pelanggan dalam jangkamasa 7-10 hari.
  2. Yuran penghantaran mengikut berat barangan sebenar dan tidak termasuk kos bungkusan.
  3. Anda boleh memeriksa status penghantaran yang akan dikemaskini sentiasa dari laman Buyandship. Sistem akan memberitahu anda samada hantaran telah tiba digudang tempatan seperti : 'Tiba di Malaysia' atau 'Penghataran sedang diatur.'
  4. Selepas hantaran tiba di pusat pengagihan di Hong Kong, anda boleh aturkan hantaran anda ke mana saja dalam Malaysia dengan senang, cepat dengan servis yang boleh dipercayai.


Bagi I, servis Buyandship mungkin adalah servis penghantaran yang terbaik buat masa kini, kerana ianya sangat mudah untuk yang gemar membeli-belah dari luar negara. Buyandship juga menawarkan
beberapa laman membeli-belah terpilih unntuk memudahkan pengguna memilih barangan 'value for money.' Laman sesawang Buyandship juga sangat ringkas, konsep minimalis dan mudah untuk difahami. Kalau tak faham boleh gunakan bahagian pertanyaan secara 'real-time' di bahagian kanan bawah untuk bantuan. Bagi yang masih belum pasti macam mana nak beli, anda boleh baca di pos The Ranting Cycnic macam mana dia buat pembelian barangan dengan menggunakan servis penghantaran dengan Buyandship.



Terdapat banyak pilihan laman membeli-belah yang terpilih dalam Buyandship. Jadi ianya akan memudahkan pembeli untuk  mendapatkan barangan yang ingin mereka miliki dari negara seperti United States, United Kingdom, Jepun, Korea, China dan Hong Kong.



Istimewanya Buyandship ni ialah hantaran boleh disimpan di Pusat Pengagihan Hong Kong selama 30 hari dimana pembeli masih boleh membeli pelbagai produk dan barangan dari kedai-kedai online serata dunia dan akan dihantar dalam satu bungkusan. Yuran akan dikenakan dengan mengikut berat sebenar bungkusan bukan berat 'volumetrik' bungkusan. Yuran penghantaran juga boleh menggunakan kadar diskaun dimana pembeli boleh dapat mata rebat dari pelbagai jenis ganjaran melalui pembelian.



1 pound bersamaan lebih kurang 0.4 kg (kalau ikut Malaysia 'measurement'). Dalam Buyandship pula 1 pound bersamaan RM15. Kalau 1 kg 2.2046lbs. 2.2pounds x RM15 = lebih kurang RM30++. Tapi kalau tak pasti boleh gunakan kalkulator yang sedia ada dalam laman sesawang Buyandship di >sini<




Buyandship akan menyatukan semua barangan atas tanggungan sendiri dan boleh disimpan di Pusat Pengagihan Hong Kong selama 30 hari. Yuran akan dikenakan mengikut kiraan berat setiap barangan. Contoh seperti dalam gambar. Jika ada titik perpuluhan ianya akan dibundarkan mengikut nilat tempat yang tertentu.

Antara sebab anda memerlukan servis penghantaran Buyandship :
  1. Gudang simpanan disediakan serta dunia termasuklah di United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, China dan Korea dimana penghantaran akan dilakukan setiap hari supaya pembeli dapat menerima barangan dalam tempoh masa 5-10 hari.
  2. Gudang khusus dan gudang operasi sendiri telah dimantapkan untuk memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan lebih efisyen dan teguh serta mengomptimumkan kualiti servis dan pengalaman pelanggan.
  3. Paling best pelanggan boleh membayar menerusi kad kredit seperti Visa, Mastercard dan American Express untuk memudahkan segala urusan.
  4. Barangan yang ditempah akan terus sampai di pintu tanpa keluar menghadapi kesesakan jalan raya.
  5. Pembungkusan barangan menjadi satu dimana hantaran boleh disimpan di pusat pengagihan Buyandship di Hong Kong dan pelanggan masih boleh membeli-belah dimana-mana kedai-kedai online dalam tempoh tersebut.
  6. Buyandship akan mengemaskini segala maklumat mengenai hantaran.
  7. Segala maklumat adalah sulit dan selamat di Buyandship.
Jika anda masih tidak pasti mengenai servis penghantaran Buyandship anda boleh hubungi staff berkenaan di sini : https://www.buyandship.com.my/ms/contact/

Membeli-belah masa kini semudah ABC sahaja, hanya dihujung jari sahaja barangan yang anda beli terus sampai ke pintu tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu-lintas dengan adanya servis penghantaran Antarabangsa iaitu Buyandship malahan ianya lebih murah, pantas dan selamat !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram : @buyandship.my
Facebook : BuyandShipMalaysia


1 ulasan :

  1. Sis..knpe skg buy n ship xboleh byr gne debit ea..credit card only..sye plk xad credit card..stuck parcel sye dkt buy n ship skg😭

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com