Sky Symphony's Jungle Jam di Resorts World Genting


Cuti sekolah ni memang terlampau banyak aktiviti menarik yang diadakan serantau Asia namun Resorts World Genting dalam usaha untuk menjadikan pusat membeli-belah Sky Avenue jauh lebih 'happening,' 'kids friendly' dan penuh dengan hiburan yang bermanfaat. Kali ini Genting telah memperkenalkan karakter haiwan yang direka kembali dibawakan khas ke dunia realiti dengan menggunakan CGA - animasi dihasilkan melalui komputer pertama kalinya dengan persembahan rutin tarian mengikut komposisi asli.

Persembahan ini telah direka oleh syarikat hiburan animasi CG Genting Malaysia, Genting Studios untuk membawakan  isi jalan cerita yang berkualiti, premium dan bertaraf dunia dalam produksi CG animasi.


"Tugas pertama yang diambil-alih oleh Genting Studios adalah memperbaharui maskot watak Genting dan mengimejkan mereka kembali untuk tontonan seisi keluarga ", kata Regis Brown, Timbalan Urusan Pengarah Genting Studios. "Jungle Jam memperkenalkan watak haiwan dalam CG-
 animasi sambil menari bersama lagu asli yang lebih menarik dalam suasana hutan yang menghijau.

 Jungle Jam adalah pengeluaran kedua CG hasilan-animasi dan Genting Studios mempunyai perancangan terbaru yang masih di dalam pra-pengeluaran untuk tahun 2019, pelan untuk menghasilkan lebih banyak jalan cerita untuk maskot yang diminati. Genting Studios telah diamanahkan untuk memelihara dan meningkatkan warisan karakter haiwan yang berasal dari Genting dengan melancarkan semula karakter ini kepada penonton yang mengunjungi Resorts World Genting. "

Jungle Jam telah dihasilkan lebih dari empat bulan oleh pasukan Genting Studios yang terletak di Los
Angeles dan Kuala Lumpur. Persembahan ini diarahkan oleh Guy Vasilovich ( All I Want For Christmas Is You, Lego Star Wars) dan 'executive produced' oleh Daniel Regis Brown (Dex Hamilton, Pumpkin Reports) serta Steven Lim Tze Siang (Siri animasi Saladin, Bola Kampung:
The Movie). "Jungle Jam" adalah komposisi asal oleh komposer Gigi Meroni yang memenangi Anugerah Emmy, dengan tambahan audio dan kesan kerja hasil pengeluaran oleh Central Post Los Angeles.


Persembahan yang mengambil masa selama 5 minit ini merupakan karakter yang telah dicipta kembali dengan memaparkan kumupulan haiwan yang menawan dan sebagai penjaga tidak rasmi Resorts World Genting iaitu :  Harimau - Tabby, Gajah - Allie, Orang Utan - Joe, Geno - Dinosaur dan dua watak baru iaitu Benny seorang penghibur ( seekor beruang matahari Malaysia ) dan juga Callie seekor naga. Watak haiwan ini telah diperkenalkan sejak dari 25 tahun yang lalu dan telah diperbaharui agar karakter nampak lebih segar dan watak Benny si penghibur dahulunya ialah seorang badut tapi telah diubah agar disukai lebih oleh kanak-kanak. Callie seekor naga asalnya ialah seekor ulat tetapi telah ditukar menjadi seekor naga ilham daripada Kuil Chin Swee yang mempunyai 9 ekor naga di dinding. Watak-watak yang telah dimodenkan ini pertama kalinya dipersembahkan melalui skrin LED. The Highland Heroes juga akan muncul pada tahun 2019 di ruangan pintu masuk Skytropolis Funland, taman tema dalaman terbaru di Genting yang telah dibuka sejak dari 8 Disember yang lalu.

The Highlands Heroes merupakan persembahan yang berwarna-warni dan menyeronokkan  serta hubungan antara watak yang berbeza untuk menghantar mesej positif mengenai hubungan persahabatan. Dengan harapan agar mereka generasi akan datang dapat melindungi untuk kepentingan alam sekitar melalui persebahan haiwan dan hutan.



Jungle Jam akan berada di pentas SkySymphony, dimana skrin LED tinggi sekitar empat tingkat akan muncul dengan pertunjukan muzk yang dilengkapi dengan 'state-of-the-art' sebanyak 1,1001 takal bola yang akan bergerak mengikut bentuk yang berbeza, berwarna warni seperti buah anggur dan juga bentuk makhluk-makhluk menyerupai haiwan di dalam hutan yang akan memberikan pengalaman penuh keasyikan pada para pengunjung.

Persembahan lain juga seperti Ocean Groove dengan Maestro Ning, Forest Urban Symphony
dan The Goddes akan turut dipersembahkan juga. Netflix dan Volvo juga telah menggunakan SkySymphony sebagai alternatif untuk pengiklanan.


Dato 'Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure dan Perhotelan Resorts World Genting berkata, "SkySymphony yang popular telah berjaya menarik pandangan pengunjung yang datang untuk melihat sendiri cahaya kinetik, pemasangan audio dan visual terbesar di Asia. Beliau sangat teruja dan bangga dengan memperkenalkan kandungan asal dari yang lain kepada pengunjung yang hadir, sekali lagi, semasa cuti sekolah akhir tahun telah menjadikan sambutan semakin positif terhadap pertunjukan ini pada musim yang lalu. Pengeluaran yang memukau ini akan menjadi bahan visual yang indah kepada 25 juta pengunjung yang hadir pada tahun 2018.

Tayangan perdana Jungle Jam di SkySymphony telah ditayangkan sejak dari 18 Disember 2018. Jungle Jam akan dipersembahkan setiap dua jam dari jam 10.00 pagi hingga tengah malam. Pertunjukan lain iaitu Ocean Groove dengan Maestro Ning, Urban Symphony Forest dan The Goddess juga akan bergilir untuk persembahan di SkySymphony sepanjang hari pada setiap 30 minit. Pertunjukan SkySymphony adalah sebagai pelengkap untuk musim cuti sekolah ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.

5 ulasan :

  1. menarik, thanks for sharing!

    Anda sedang mencari pilihan tudung seperti jenama qaira hijab? boleh klik disini moss crepe dan instant shawl

    BalasPadam
  2. GERD ini satu penyakit yang biasa orang kena tetapi bukan bermaksud kita boleh pandang remeh tentangnya.
    Apa itu GERD dan macam mana nak elak atau merawatnya? Ketahui simptom gerd dengan lebih lanjut.

    BalasPadam
  3. Create an effective signboard or get signboard design and
    signboard kedai near you to advertise your business now!

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com