I beli 20 helai baju hanya RM10 sahaja di Tapau Sab, Jalan Jalan Japan


Wanita memang dah sinonim dengan membeli-belah terutamanya pakaian. I rekomen untuk mama yang ada anak-anak untuk beli pakaian kanak-kanak secara borong di Jalan Jalan Japan pada hari terakhir Sabtu setiap bulan. Banyak pakaian yang masih dalam kondisi yang masih baik dan cantik-cantik lagi untuk dibeli di sini. Bayangkan pakaian karakter Sanrio Hello Kitty dan pakaian sejuk untuk kanak-kanak pun ada.




1 Plastik RM5, 3 Plastik RM10. Haaa macam ni la harganya. Korang hanya pilih pakaian yang berkenaan, lepas tu gulung, sumbat dan muatkan dalam 1 plastik. Percaya tak kalau you all lipat lagi kecil semua pakaian tu boleh muatkan hampir 10 helai dalam 1 plastik ? Kalau baju kanak-kanak pula boleh dapat 15 helai. Berbaloi ke tidak ? Kalau tidak 1 pakaian dah RM10, TAPI kali ni tapau je boleh dapat 20 helai hanya RM5 untuk seplastik ? huhuh.. memang rasa untung membeli-belah pakaian di sini.


Berbagai pilihan pakaian untuk kanak-kanak dari lengan panjang, lengan pendek, baju tidur, baju kasual, baju santai dan baju untuk duduk di rumah. Kalau bernasib baik boleh dapat pakaian yang berkualiti dan kondisi yang masih baik dengan rekaan serta design yang menarik. Tak percaya ? Korang kena pergi tengok sendiri setiap bulan hari terakhir pada hari Sabtu.


Pakaian orang dewasa. Yang I perasan pakaian yang paling banyak di sini ialah skirt labuh dan skirt sampai paras lutut. Ada macam-macam saiz juga ( random ) baju lengan panjang, baju lengan pendek pun ada.  So far masih ada yang fit untuk saiz I. I grabbed mostly lengan panjang, kain yang digunakan ada yang jenis cotton dan baju panas sesuai untuk kegunaan malam.


Kan I dah cakap pakaian kanak-kanak mostly memang cantik-cantik terutamanya baju pakaian malam dan santai. Karakter popular seperti Minnie Mouse pun ada. Kondisi pakaian masih tip top, ni kalau kat tempat lain mahal dah orang jual.. tapi dekat sini I dah jimat banyak untuk anak dara I. Adelia pun suka pakaian yang I pilih untuk dia :)


Cara mudah je nak beli pakain di Tapau Sab, Jalan Jalan Japan ni.

  • Pilih pakaian yang berkenaan
  • Lepas tu lipat secara mengecil atau gulung ala-ala style pergi travel
  • Sumbat dan muatkan dalam bungkusan plastik
  • Tadaaa READY to PAY, 1 plastik RM5 - 3 plastik RM10
I dapat 2 plastik tu pun I dah rasa cukup banyak tapi Jalan Jalan Japan staff suruh I tambah lagi cukupkan 3 plastik. Tak pe next Sabtu terakhir next month I will go again.



Jalan Jalan Japan ni memang sebuah pusat membeli belah yang berhantu bagi I, mana tidaknya ingat nak beli 1 barang je tapi bila dah sampai ambil lebih 10 barang I pergi beli. Ahahahhaha. Barangan dari Jepun kebanyakannya dah masih dalam kondisi yang tip top dan berkualiti. Kalau bernasib balik dapat barangan edisi terhad juga tau kalau di sini. ( Pre-LOVED items )


Tadaaa, several pakaian yang I beli secara pukal di Tapau Sab, Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall baru-baru ini. Nampak tak fit je dengan badan dan anak dara I, So far we totally LOVE all the clothes! Selesa nak pakai pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman Sesawang : https://www.jalanjalanjapan.com.my/
Facebook : https://ms-my.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Instagram :  @jalanjalanjapanmy

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com