IMAX dan Gold Class D-BOX kini di BONA CINEMAS, Resorts World Genting


Dunia hiburan sudah tentunya sinonim untuk masyarakat generasi masa kini terutamanya jika anda ialah seorang kaki wayang. Sudah pasti filem-filem menarik yang bakal ditayangkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton. Nak pula 'time' cuti sekolah ni, banyak tayangan filem aksi bakal membuatkan para penonton berasa seperti berada di dalam 'scenes' tersebut.

Penambahan ruangan panggung wayang terbaru di Bona Cinemas iaitu IMAX dan juga Gold Class dengan D-Box bakal menjadikan para penonton dapat menikmati tayangan penuh sinematik dengan penggunaan teknologi yang penuh keasyikan.


Filem yang ditayangkan di Bona Cinemas bagi I semestinya filem terbaru yang tengah hangat lebih-lebih lagi mengenai impian, imaginasi, seni dan ekolisme. So far Bona Cinemas ni I tengok ruangan nampak sangat elegan rasa macam berada dalam hotel taraf 5 bintang je. Bila berada di sini I rasa macam berada di Hollywood gitu mungkin sebab penggunaan cahaya lampu yang memberikan kesan seperti berada dalam drama 'orang kaya'. Haha.


Bagaimana dengan anda? Adakah anda ingin merasai pengalaman berada di atas aras laut 6,000 kaki untuk menonton sendiri karya sinematik yang boleh merangsang 'adrenaline junkie' anda ? Lebih-lebih lagi filem aksi gitu. Filem yang yang diberi sentuhan dengan imaginasi dan kreativiti telah menjadikan ruangan panggung di Bona Cinemas menjadi lebih selesa dan semestinya rasa lebih enjoy ketika menonton filem tersebut.


Bona Cinemas berada di Level 1 di Mall Sky Avenue, Resorts World Genting. Panggung wayang ini mempunyai 6 dewan seluas 38,848 kaki persegi. Semua dewan dilengkapi dengan Sistem suara Dolby Atmos yang terkini dengan kesan sinematik penuh keasyikan sehingga tahan maksima. Makanan ringan pelbagai perasa juga dijual dibahagian konsesi. Koloborasi antara Resorts World Genting dan Kumpulan Filem Bona Cina, panggung wayang Bona telah mengumumkan awal tahun ini sebagai pelopor utama filem Cina terbesar ke dalam pasaran Malaysia. Kumpulan filem Bona adalah pengeluar filem dan televisyen bersepadu, syarikat pengedaran dan syarikat pameran, menjadikan ianya sebagai syarikat swasta yang pertama yang telah menerima lesen pengederan filem dari negeri Cina sejak pada tahun 1999.


Sejak pembukaanya, Panggung wayang Bona telah berjaya membuktikan mereka telah berjaya menarik minat kaki wayang untuk menonton filem di sini. Panggung wayang Bona telah menawarkan pelbagai tayangan menarik yang hit dalam bahasa Mandarin, Kantonis, Inggeris, Korea dan Thai dengan teknologi audio-visual yang canggih dan tempat duduk yang penuh keselesaan. Penambahan ruangan IMAX dan Gold Class dengan D-BOX menjadikan Panggung wayang BONA nampak lebih istimewa.


Teknologi IMAX  berasal dari perkataan Imej maksimum dimana ianya dianggap dengan sesuatu ruangan yang luas terutamanya yang berkaitan dengan imej gambar bergerak yang penuh keasyikan dengan menangkap saiz dan resolusi imej menjadi lebih besar walaupun butiran asalnya adalah bersaiz kecil dan bunyi terhasil seolah-olah menjadi realiti dengan pukulan mendatar.


Sesetengah filem - terutamanya dari pengarah Christopher Nolan menggunakan sepenuhnya format video IMAX dimana ianya 10 kali besar dari format biasa teater 35mm , tetapi semua filem di panggung wayang Bona menjalani proses semula digital proprietari untuk membawakan filem asal kepada realiti.


Satu-satunya skrin IMAX yang dikendalikan penuh teliti, panggung wayang Bona dewan IMAX mempunyai ruangan tempat duduk yang boleh memuatkan hampir 250 penonton. Masing-masing bakal mengalami sendiri visual audio yang akan memberikan pengalaman menonton filem ke tahap yang baru penuh dengan keasyikan.


Selain dari IMAX, I terpesona dengan ruangan Gold Class dengan D-BOX Hall merupakan panggung wayang pertama di pasaran Malaysia. Panggung wayang Bona telah menggabungkan dengan kemewahan untuk VIP dengan maklum balas dinamik melalui teknologi D-BOX.


Konsep penuh kemewahan tampak elegan dan seolah-olah berada dalam dunia Hollywood ni pasti akan membawakan ahli kaki wayang hanyut di dalam tayangan nanti sebab memang terasa seolah-olah berada didalam filem tu nanti.


Ruangan Gold Class dengan D-BOX mempunyai lebih kurang 48 tempat duduk. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan sistem pergerakan dengan teknologi D-BOX yang dipatenkan dengan 4 tahap untuk kawalan yang akan berputar dan mengikat pada dua paksi konfigurasi yang akan membawa para penonton seolah-olah berada di dalam aksi filem tersebut.


Awal-awal masuk I sangka ini kerusi urut, butang bahagian kiri tu boleh kawal getaran sebanyak 4 tahap, yang bawah tu pula boleh naikkan atau turunkan kerusi dengan bahagian kaki sekali. Ruang untuk letak bertih jagung pun ada. Tapi sini best sikit sebab jauh lebih selesa dari IMAX mungkin sebab ruangan yang besar dan selesa sikit kalau nak keluar pergi tandas tak ada nak langgar atau terpijak kaki orang lain.


Digabungkan dengan sistem audio Dolby Atmos yang terkini membuatkan para penonton dapat mendengar bunyi 3D dimana you all dapat rasa seperti berada di dalam filem tu la untuk setiap babak terutamanya babak kejar-mengejar, atau yang kejut mengejut ( cerita seram) dan paling best dapat rasa kesan setiap berlakunya impak sama ada secara fizikal atau emosi. Muka I lepas tonton filem Mortal Engine, filem aksi yang sedih penuh tangisan, siapa yang nangis tengok part Shrike tu angkat tangan. ha ha ha.


Lepas dah habis tonton Aquaman dan Mortal Engine di panggung wayang BONA, wajib singgah tandas Gold Class ni, huuu, tandas pun cantik gitu.. memang 'instagrammable' habis kat sini.. hehe..


I dah tengok filem di sini, you all bila lagi? Selamat menonton !

Untuk maklumat lanjut, sila dail +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com