Lipton Nitro Tea kini di High Line, Resorts World Genting


Untuk yang non-alkoholik berita baik untuk anda. Lipton Nitro Tea kini boleh didapati di High Line dan merupakan minuman teh yang unik dan pertama di Malaysia. Satu cawan teh yang sejuk di tanah tinggi bercuaca sejuk, bagi I ianya sesuatu yang mencabar untuk I.

Kerjasama antara Resorts World Genting, Unilever Food Solutions dan French Premium syrup Maker Monin telah menjadikan minuman ini sebagai tarikan terbaru di High Line. Minuman sejuk ini diperbuat dari teh yang direndam dengan Nitrogen diletakkan dengan perasa sirap monin premium yang dihasilkan sejak 1912 oleh pakar melalui penyelidikan oleh Unilever Food Solutions (UFS).

#MixTealogy  bermula pada tahun 2017 dimana teh Lipton telah direndam bersama sirap monin untuk menggalakkan budaya meminum teh ni lebih ke hadapan dan keluar dari sempadan dengan wujudnya penciptaan pelbagai jenis minuman berasaskan teh dan mocktails.

Lipton Nitro Tea secara asasnya telah terhasil dari daun sebenar yang diperolehi di ladang teh lestari di seluruh dunia dan menjadi lebih berperasa apabila direndam/dibancuh bersama rempah semulajadi  dengan sirap monin. Kemudian teh ini dituangkan dengan campuran gas silinder nitrogen gred makanan selama 7 jam. Dari mencairkan cecair tersebut, kehadiran nitrogen telah menjadikan minuman ini sebagai minuman sejuk yang luar biasa dan menyegarkan untuk diminum. Buih nitrogen yang halus turut menjadikan minuman ini lebih seronok dan ala-ala berkrim lagi kaya dengan kenikmatan untuk dinikmati.


Tidak salah untuk melakukan eksperimen dengan memadankan makanan dan minuman seperti Lipton Nitro Tea di High Line kerana restoran ini bukan sahaja menawarkan minuman malahan terdapat 7 hub kaunter makanan yang dapat disesuaikan dengan Lipton Nitro Tea iaitu 'A wave of flavours : Seafood Market,' 'Asia Bagus : Asian Heroes,' 'Beef All About It : Burgers & Shots,' 'Whole Load of Crepe : Jon Big,' 'Meat Lover's Corner : Carnivore,' 'Good Time Are Brewing : Brooklyn Brewery,' dan 'Working Like Clockwork : Back In Time.' Antara menunya seperti : Deli Sandwiches dan BBQ di Carnivore, Chinese Pancakes di Jon Bing, tangkapan segar di Pasar makanan laut, Nasi lemak dengan rendang lobsters dan patty daging dan serta roti yang enak di Burgers & shots. Menu High Line lebih lanjut di > sini <


Dua jenis Lipton Nitro Tea iaitu Blue Owl Nitro Tea dan Spice Bloom Nitro Tea, kedua-dua teh ini dicipta khas untuk dipadankan dengan makanan mengikut kesesuaian citarasa individu.

Blue Owl Nitro Tea dipadankan dengan makanan laut kerana warna birunya umpama lautan manakala Spice Bloom Nitro Tea sangat sesuai untuk makanan hidupan di darat kerana rasa rempah pedasnya sangat sesuai untuk citarasa masakan Malaysian.


Lipton Nitro Tea ni sangat unik dan telah melalui kuasa teknologi dan kepintaran manusia malahan minuman teh ini memang I tak pernah rasa sebelum ni dan I sendiri akui I tak percaya ianya teh kali pertama I melihat dari segi warna dan segi penyediaan. Nusrat Perveen iaitu Pengarah Urusan Unilever Food Solutions Malaysia mengatakan kegembiraannya apabila dapat memperkenalkan Lipton Nitro Tea pertama di dunia di Resorts World Genting. Semangat jenama Lipton adalah melalui kualiti dan kemampanan serta inovasi yang menggunakan campuran teh bersumber dari kawasan ladang teh yang terkenal di dunia dan diperakui oleh Perikanan Rainforest.


Sering menganggap sebagai salah seorang pelopor dunia kuliner di Malaysia, Gerard Walker iaitu Naib Presiden makanan dan minuman di Resorts World Genting ianya adalah salah satu tanda hormat yang hebat apabila Unilever Food Solutions telah memilih untuk melancarkan Lipton Nitro Tea di resort ini serta merasakan ainya adalah peluang untuk memperkenalkan dunia inovatif pertama di sini yang memberikan reputasi terbaik di Resorts World Genting dan juga para pelanggan yang singgah disini untuk menerokai resort ini dan tidak sabar untuk menerokai sesuatu yang baru dan menyeronokkan.


High Line merupakan koleksi yang direka secara eklektikal dengan 7 hub kaunter makanan yang enak dan sedap akan memberikan memori indah yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa yang menikmati hidangan di sini. Tak dilupa juga hidangan minuman yang istimewa iaitu Lipton Nitro Tea yang sejuk dan menyegarkan dilancarkan di sini. Bukan sahaja rasa yang padu tapi minuman Lipton Nitro Tea sangat instagrammable dan pasti instagrammer tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan minuman yang sejuk ini.

Bertempat di dalam ruang seluas 13,094 meter persegi, High Line boleh menempatkan 307 pelanggan di bahagian dalam dan 180 orang pelanggan di bahagian luar. Penubuhan ini meliputi lebar enam lot kedai, masing-masing dengan teres privasi. High Line terletak di Level 4 SkyAvenue, Resorts World Genting, beroperasi dari 11 pagi hingga 1 pagi setiap hari.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com