Apa nak makan di High Line, Sky Avenue, Resorts World Genting?


Recently I naik Genting Highlands lagi sekali, terlalu banyak restoran yang I found out boleh fit in my blog tau. Siapa sangka tanah tinggi Genting ni dah umpama syurga untuk tarikan Food & Beverages. Bukan sahaja makanan sahaja sedap-sedap tapi Of course pemandangan yang cantik dengan cuaca dan suhu yang sejuk menambahkan lagi kenikmatan untuk bercuti di sini. Bagi yang bercuti pada masa akan datang di Genting Highlands soonest I suggest/recommend you all untuk check out sendiri High Line di aras 4 Sky Avenue.

High Line memberi nafas baru pada makanan yang berasaskan makanan dari laut dan juga hidupan dari darat. Menurut Gerard Walker, Naib Presiden Makanan dan Minuman di Resorts World Genting berkata mereka menginginkan reka bentuk eklektik dari palet kayu untuk memberikan rasa hangat dengan minuman yang menyegarkan dan makanan yang enak dengan menghirup udara segar di puncak tanah tinggi. High Line mempunyai 7 hub makanan yang pasti akan memberikan impak kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila pada sesiapa yang telah menikmati hidangan di sini.

Ruangan seluas 13,094 meter persegi, High Line menawarkan makanan yang enak dihidangkan di 7 hub makanan yang terdiri daripada Carnivore, Jon Bing, Brooklyn Brewery, Back In Time, Seafood Market Asian Heroes dan Burger Shots.


Bagi yang menikmati makanan di High Line ni, boleh 'mix and match' mengikut selera memasing tau. Macam ala-ala 'food court style' gitu. Bayar mengikut kaunter yang berasingan dan menikmati hidangan di kawasan tempat duduk yang disediakan. Kawasan tempat duduk bukan biasa-biasa tau tapi view yang menarik yang direka khas, eklektik dan kawasan makan untuk komunal- gaya al fresco di paras laut 6,000 kaki.

Untuk suasana mesra alam, pemasangan makanan laut secara besar-besaran telah diwujudkan di High Line dimana kawasan di dalamnya boleh memuatkan hampir 180 tetamu di ruang 345 meter persegi. High Line merangkumi 6 buat lot kedai dan teres peribadi. High Line beroperasi dari 11 pagi sehingga 1 pagi setiap hari.


A wave of flavours : Seafood Market

Pasar makanan laut di High Line mengambil inspirasi tradisi meriah seperti di pasar makanan laut yang popular di Jepun iaitu Japan's Tsukiji, Pike's Place in Seattle, Washington dan juga Spain's Marcat del pelx. Kiosk makanan ni dihidangkan secara segar dengan mengeluarkan ikan yang masih hidup dan segar dan perlu dimasak dengan secepat mungkin agar kesegaran dapat dinikmati.


Di kaunter makanan laut, pasar makanan laut memberi fokus pada gaya Asia dalam penyediaan makanan laut yang dihidangkan dengan pilihan hidupan laut di dalam akuarium. Ikan segar yang ada setiap hari ialah seperti seabass, pomfret cina, kakap merah dan tilapia. Kesemua ikan segar ni akan dimasak dengan cara masakan mengikut permintaan.

Bagi yang bercitarasa nak makan spesis kerang ni. Di kaunter makanan laut ni juga menyediakan pelbagai pilihan kerang, kepah, dan kupang. Ianya akan disediakan ala-ala 'shell-out' di mana hidangan di dalam baldi kecil yang pasti akan membuatkan selera mebuak-buak dengan kombinasi udang, scallop dan juga sotong.


Yang jenis suka makan makanan laut Barat pun boleh pilih mengikut citarasa sendiri dimana bar makanan laut di High Line menawarkan tiram dari Kanada, Ireland dan New Zealand termasuklah koktel udang dan pilihan keju. Makanan laut yang terawet dan diasapkan juga berada di bar ni.  Hidangan makanan laut di sini dilengkapi dengan 'Raw Wine Bar' yang menawarkan 'New World Wines' dengan botol khas mengikut makanan laut yang dipilih.

Yang ala-ala 'shell-out' ni tak silap I ada 2 jenis rasa yang I pernah cuba satu Kam Yong satu lagi butter taste. Dia punya sotong tu bula kunyah sangat 'chewy' gitu.


Asia Bagus : Asian Heroes

Gambar Lobster ni ialah 'Prawn Pan Mee with King Prawns and truffle oil.' Tapi bagi yang alah dengan makanan laut boleh mencuba sendiri menu 'Soupy Beef Noodles dengan Wagyu Beef.'


Di stesyen Asia Bagus : Asian Heroes ni menjadikan menu rasa yang mewah walaupun ianya ala-ala makanan tradisional di Malaysia dengan menggunakan barangan makanan yang premium. Kiosk ni sangat popular di Genting dengan menawarkan nasi lemak dihidangkan dengan rendang lobster.


Harga pau yang ditawarkan mahal juga kerana pau kali ini mempunyai inti rendang lobster dengan penyediaan kaedah yang ikonik untuk satu-satunya makanan tradisi Melayu. Apa pun sebagai yang dah rasa Pau rendang lobster ni sendiri. I sangat suka rasa inti lain dari yang lain dari pau yang I selalu beli dekat tepi jalan. Apapun... pau ni sangat gebu dan sedap !


Beef All About It : Burgers & Shots

Bagi peminat burger pula. Di High Line ni pula terdapat stesyen direka khas yang menghasilkan patty daging yang seberat 120g buatan sendiri dibakar secara segar dengan roti brioche dihidangkan sekali dengan kentang goreng.


Kulinari yang kreatif di Resorts World Genting juga menawarkan hidangan burger dari klasik  burger keju dengan salad dan tomato.


Termasuklah hidangan signature seperti Lamli ( telur bungkus yang membungkus patty daging dengan mayonis, cili dan lada hitam.

Stesyen Burger dan shots ini menawarkan minuman koktel seperti 'shot glasses' untuk rasa yang 'grittier' gitu khas buat keluarga makanan klasik.


Whole Load of Crepe : Jon Bing

Jon Bing diterjemahkan dari perkataan Mandarin iaitu Crepes Cina - Xien Ping. Kiosk makanan ini pakar dalam Crepes telur bergulung Shanghainese yang dihidangkan dengan kon kertas untuk memudahkan dinikmati dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Crepes ni mempunyai empat jenis rasa mengikut citarasa Rakyat Malaysia iaitu rendang daging, kacang renyah, bawang merah yang manis dan juga pembalut crepe signature.


Meat Lover's Corner : Carnivore

Sandwiches Deli gaya Amerika ni disajikan di High Line, Sky Avenue Resorts World Genting sebagai syesyen khas untuk nafsu Karnivor, heh. Di inspirasikan dari pesaing yang terkenal iaitu Lower East Side Delis di New York City dengan menghidangkan sandwich pastrami yang ikonik termasuklah New Orleanean staple, sandwich udang po'boy di brioche. Ia juga menawarkan lidah Paris iaitu keju Amerika dan pastrami yang ditambah ciptaan unik rasa Malaysia seperti floss ayam dengan toastie mayo pedas dan juga toastie sambal serunding daging . Bahagian Karnivor ini juga menghidangkan kedai runcit untuk sosej premium, daging sejuk dan salami.


2 lagi stesyen yang berada di High Line ialah Good Time Are Brewing : Brooklyn Brewery yang menyediakan hidangan minuman seperti Carlsberg, kronenbourg 1664 Blanc, Asahi dan Connor's on tap manakala Working Like Clockwork : Back In Time pula mennyediakan set quasi cocktail lounge yang akan dibuka tak lama lagi waktu 20th Century Fox World theme park clock. Dekat sini tawarkan single pours of rum, cognac, tequila, vodka, gin, scotch, bourbon, whisky dan single malts.

Apa-apa pun I bukan seorang alkoholik tapi dekat High Line ni ada minuman khas untuk yang non-alkoholik, ianya akan berada dalam my next entri di > sini <


Ikan yang segar disediakan dengan enak !


Ruangan yang selesa dan besar sesuai untuk makan bersama keluarga, kawan kerja atau rakan-rakan.


Ruangan bahagian terbuka ni dapat view pemandangan yang menarik boleh nampak taman tema, dah lah sejuk kalau dapat kena kopi kat bahagian ni memang best !


PROMOSI !

Makan, Minum dan bersantai sepanjang promosi untuk F&B disini setiap satu hari setiap minggu. Pesta sepanjang hari dengan diskaun sebanyak 50% untuk semua minuman beralkohol pada Isnin, Selasa dan Khamis dari pukul 11 pagi sehingga 5 petang. Untuk wanita pula hari Rabu pada waktu malam pula merupakan malam terbaik untuk bersukaria dengan diskaun sebanyak 30% untuk botol Spirit dari 7 malam sehingga 12 pagi untuk kesemua wain, koktels dan juga bar snek dengan percuma 'soft mixers.'

Saksikan perlawanan bola sepak secara langsung di skrin setiap hari Sabtu dan Ahad dengan promosi sepanjang perlawanan dengan 5 botol kecil Carlsberg dan satu burger klasik dan kentang pada RM99.

Nikmati hiburan nyanyian seven-piece NRG Band Rock di High Line pada Jumaat dan Sabtu dari 9 malam diikuti dengan DJ yang akan memutarkan lagu hits terbaru. Eh sambil makan sambil menikmati muzik.

Untuk maklumat lanjut, sila dail +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com